Jadi, bagaimana?

26 1 0
                                    

"Izinkan aku mengatakan sesuatu." Pasir-pasir halus di hujung kaki aku perhati lama.

Kau di sisi, membaling batu-batu kecil ke gigi air mengangguk perlahan.

"Seharian aku memikir perihal kita." Ayatku mati di situ. Dada terasa berat untuk menerus bicara. Entah apa ucap balas yang bakal aku terima darinya -- mungkin sahaja menyiat hatiku.

"Rasa yang ada di hati, hingga ke hari ini, masih utuh. Masih segar. Tak pernah sedikit pun ia berkurang." Air liur ditelan payah. Ah, jika aku ditakdirkan mati, tariklah nyawaku kala ini.

"Dan aku sedar, sedalam mana pun rasa ini berakar di hati, kita sedar rasa ini takkan ke mana. Hanya di sini. Ya, kita berdua nyata sedar pengakhiran kisah cinta kita." Aku menghela nafas panjang. Menguraikan perasaan yang terasa sesak -- hampir melemaskan aku.

"Jadi, apa solusinya?" Kau bersuara. Separa berbisik. Kepalamu mendongak -- merenung langit biru.

"Aku tidak tahu. Meninggalkanmu bukan pilihan. Tapi mungkin itu antara yang terbaik."

"Kau mahu pergi?"

"Kau sendiri tahu, aku takkan mungkin pergi. Dan ia bukannya mudah bagiku."

Tika ini kita terasa begitu jauh, sayang. Tanganku tidak lagi mampu menggapaimu.

"Setiap katamu, aku kira kau telah habis memikirnya?"

"Ya."

"Adakah mencintaiku terlalu lelah bagimu?"

"Tidak sedikit pun."

"Adakah kau temui bahagia bila denganku?"

"Lebih dari yang aku pinta." Aku mengetap bibirku. "Cuma...rasa yang ada ini, apa ia akan terus di sini atau punya peluang untuk terus bercambah?"

"Aku tidak punya jawapan."

"Aku sedar itu."

"Jadi, apa seterusnya?"

"Apa mungkin kita bisa terus menunggu?"

Kau tidak membalas.

Cinta dan JanjiWhere stories live. Discover now