>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Nick Robinson as Shahran's cast.
BAB 2
Shahran dan Asyraf kini duduk di dalam kafeteria itu untuk menikmati makan tengahari. Situasi itu adalah situasi yang paling tidak menyenangkan bagi Shahran kerana dia akan di kelilingi oleh orang-orang yang tidak diingini. Mendengar suara Anas sedang bergelak tawa bersama kawan-kawan barunya membuatkan hatinya sakit.
Bagaimana persahabatan mereka terhenti begitu sahaja. Dia tahu dia bersalah. Tapi Anas juga tiada kurangnya. Hanya disebabkan jawatan dan seorang perempuan mereka jadi seperti itu. Mereka kehilangan segala-galanya yang mereka ada sebelum ini. Shahran tidak tahu bagaimana hendak memulihkan perkara itu.
"Awak tak makan ke.?"
Pertanyaan itu menarik Shahran kembali ke dunia nyata. Dia menoleh serta-merta. Asyraf sudah memandangnya kebingungan.
"Apa.?"
Asyraf tidak segera menjawab kemudian menarik nafas panjang. "Awak tak nak makan ke.? Tak beli makanan.?"
Shahran turut menarik nafas panjang. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya walaupun itu adalah soalan yang sangat mudah.
"Ran..."
Shahran memandang Asyraf yang kini sudah membetulkan kedudukannya dengan wajah yang sukar untuk dibaca.
"Kalau awak tak nak berada kat sini..." Asyraf memandang sekali imbas ke arah Anas yang masih rancak bersembang dengan kawan-kawan barunya. "Kita tak perlu duduk kat sini buang masa."
Shahran mendengus perlahan. "Tak ada apa-apa lah, Raf. Awak jangan risau. Saya hanya tunggu Mikha baru saya akan makan."
Asyraf hanya mengangkat bahunya langsung tidak percaya dengan jawapan itu bagaimanapun memutuskan untuk tidak berkata apa-apa lagi. Dia kenal benar dengan sahabat baiknya itu.
"Hai!!"
Serentak mereka berdua menoleh. Mikha segera duduk dalam keadaan tercungap-cungap bersama Misrah, kawan baiknya.
"Kenapa awak lambat.?" Tanya Shahran serta-merta.
"Kami terpaksa bantu doktor baru yang akan kawal klinik kampus kita." Mikha menjawab.
Asyraf dan Shahran berkerut serentak.
"Doktor baru.??" Asyraf mengecilkan matanya sambil berfikir. "Apa dah jadi dengan Puan Shanty.? Doktor lama kat situ."
Mikha dan Misrah berpandangan seketika kemudian mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu.
"Kami pun tak tahu apa jadi." Ujar Misrah.
Shahran tidak berkata apa-apa. Puan Shanty. Dia masih mengingati dengan jelas wajah wanita itu. Sangat ramah dan cantik walaupun sudah berumur. Akan tetapi, Puan Shanty juga adalah orang yang paling dicurigainya. Kata-kata wanita itu padanya setiap kali sering menimbulkan ketakutan dalam dirinya sendiri.
Shahran memandang kulit tangannya yang kini terkoyak akibat jatuh di dalam bilik persalinan itu. Dia menelan air liurnya agak gementar. Bukan kerana kesakitan atau apapun. Tapi kerana tiada darah yang keluar mengenai luka itu. Sakitnya juga langsung tidak dapat dirasa.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...