Adrian

348 44 26
                                    

BAB 25


Shahran memandu keretanya di jalan yang sunyi itu sambil memandang sistem penunjuk arah yang dipasangkan pada kereta itu. Ia sudah menjelang waktu tengah malam dan dia tetap mengambil keputusan untuk bergerak walaupun banyak perkara yang hampir menghalangnya untuk melakukan perkara itu.

Mendapat pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali menjadi penyebab. Mengatakan jika dia ingin tahu semua perkara mengenai dirinya, dia harus datang ke tempat yang dinyatakan. Tempat yang dia tidak pernah kunjungi. Tempat yang dia tahu agak jauh dari tempat tinggalnya.

Akan tetapi, dia tidak menyangka yang tempat itu juga jauh dari kawasan perumahan yang lain. Jalan yang dia lalui saat ini hanya dipenuhi hutan belukar. Ingin berpatah balik sudah terlambat. Dia sudah memandu sejauh ini. Dan ini juga satu-satunya peluang untuk dia mengumpul segala-galanya.

Shahran membetulkan sedikit kedudukannya apabila dia menemui jalan mati. Jalan mati yang membawanya kepada satu bangunan usang dengan kawasan lapang yang luas di sekelilingnya. Dia mula merasa ragu-ragu dengan keadaan itu. Melangkah keluar dari kereta dengan bahaya yang menantinya di situ.

Dia memandang sekeliling. Cuba melihat jika ada sesiapa di situ. Mujur sahaja beberapa lampu di perkarangan tempat itu masih berfungsi. Dia membaca satu papan tanda usang yang ada di situ bagaimanapun hanya dapat mengenalpasti bahawa ia adalah sebuah kilang sebelum ini.

Dia tersentak apabila ternampak satu kelibat berjalan perlahan-lahan menuju ke hadapan keretanya. Berpakaian tertutup serba hitam bagaimanapun dia dapat memastikan bahawa kelibat itu adalah lelaki. Dia hanya duduk tidak berganjak masih memandang orang itu. Kelibat itu hanya berdiri memandangnya dengan kedua-dua tangan di masukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya. Shahran memandang sekeliling cuba memastikan sama ada terdapat orang lain atau tidak.

Apabila memastikan bahawa orang itu berseorangan, Shahran mematikan enjin kereta lalu keluar perlahan-lahan dari keretanya. "Awak cakap awak akan beritahu saya semuanya kan?"

Kelibat itu langsung tidak menjawab sebaliknya hanya memandang Shahran dengan posisi yang sama.

"Saya dah datang ke sini." Shahran menutup pintu keretanya. "Saya nak awak beritahu saya semua."

Perlahan-lahan kelibat itu berjalan kemudian berhenti apabila berhadapan dengan Shahran. Dia membuka penyelubung kepala yang menutupi wajahnya itu.

Shahran membesarkan matanya serta-merta. "Ad... Adrian?"

Lelaki yang berdiri di hadapannya itu tersenyum sinis. "Akhirnya..."

Shahran mengecilkan matanya. Tidak begitu terkejut jika lelaki itu terlibat kerana dia sememangnya berada dalam senarai mencurigakan.

"Rasa dah lama tunggu saat ni."

Shahran mengangkat keningnya. "Saat ni?? Saya nak awak teruskan tujuan awak panggil saya ke sini tanpa banyak berdolak-dalik lagi."

Adrian tergelak dalam keadaan menyeringai. Wajah lelaki itu kelihatan lain dari yang biasa. "Awak tahu tak..."

Shahran membesarkan matanya serta-merta. Agak terkejut melihat sesuatu yang luar biasa. Sesuatu yang belum pernah dilihatnya. Di tangan kanan Adrian kini ada satu benda bercahaya. Jalur-jalur putih seakan-akan urat elektrik berlegar-legar di situ seolah-olah menari bersama.

"A... Pa..."

Adrian tersenyum mengerikan memandang lelaki itu. "Awak tahu tak yang awak dah banyak menyusahkan hidup saya??"

Humanoids ✔Where stories live. Discover now