>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Shahran above
BAB 9
Shahran duduk di atas katilnya setelah selesai memberus gigi pada malam itu. Dia memandang sekeliling. Teringat kejadian di mana ada kelibat yang pernah berdiri di situ. Sehingga kini dia tidak tahu siapa kelibat itu dan apa tujuannya. Ia pernah datang dua kali lagi selepas malam itu bagaimanapun Shahran tidak dapat mengesan apa-apa.
Kebelakangan ini Shahran merasakan hidupnya tidak selamat lagi. Pelbagai perkara bahaya dan aneh sedang berlaku di sekelilingnya dan secara langsung atau tidak, ia pasti akan terlibat dengan dirinya. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukan. Banyak persoalan mula menghantuinya.
Segala kebenaran yang diberitahu kepadanya oleh Encik Masran pada hari itu masih menghantuinya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia ingin mula mencari tahu semuanya tetapi tidak tahu hendak mula dari mana. Dia mula curiga terhadap dirinya sendiri. Siapa doktor yang mengesan keanehan pada dirinya itu? Dia perlu meminta jawapan daripada orang itu.
Gadis itu. Gadis yang pernah membantunya sebelum ini. Yang pernah melihat keanehan dan kepelikan yang ada pada dirinya. Dia langsung tiada peluang untuk bertemu dan bercakap dengan gadis itu lagi. Dia tidak tahu hendak mencari ke mana. Jika dia sudah melihat gadis itu, ia akan menghilang dengan cepat.
Adrian pula masih dengan perangai anehnya. Sepertinya lelaki itu berminat dengan latar belakang kehidupan Shahran. Wajahnya terlalu sukar untuk dibaca. Kekuatannya juga membuatkan Shahran berfikir panjang. Lebih-lebih lagi dia melihat lelaki itu di majlis percubaan permainan video itu baru-baru ini.
Dan doktor baru itu. Lelaki dengan wajah selamba yang masih tidak diketahui identitinya. Yang masih lagi misteri. Lelaki ini yang paling mencurigakan bagi Shahran. Banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak sedap hati padanya. Dia masih tidak tahu apa tujuannya doktor itu menggantikan tempat Puan Shanty yang juga tidak dapat dipastikan kenapa dia berhenti.
Shahran mendengus kuat. Semua perkara ini benar-benar mengganggunya sekarang ini. Entah kenapa satu-persatu perkara yang aneh mula berlaku. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi saat ini. Di mana kebenarannya juga tidak dapat dipastikan.
TRUUT!! TRUUT!!
Shahran tersentak dari lamunannya. Bunyi dan getaran telefon bimbit itu benar-benar menariknya kembali ke dunia nyata.
TRUUT!! TRUUT!!
Shahran segera mencapai telefon bimbitnya dari atas meja betul-betul di sebelah katilnya. Nama gadis yang paling dicintainya terpapar pada skrin hadapan menyebabkan dia tersenyum sebelum menyambut panggilan itu.
"Hello."
"Hello, Ran..."
"Ya, Mikha..."
"Dah tidur ke.? Saya tak mengganggu kan.?"
Shahran tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu penuh rasa kebimbangan. "Tak. Tak mengganggu pun."
"Tak sempat nak ucap selamat tinggal dengan awak hari tu..."
Shahran tergelak. "Saya balik dulu. Memang tak sempat."
"Asyraf ada beritahu awak dah balik." Mikha bersuara di talian. "Saya harap tak ada apa-apa yang berlaku."
"Tak ada. Jangan risau." Shahran menjawab masih tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...