BAB 26 : ARMAN ZAHIDAN
Hadha duduk di satu sudut sambil membesarkan matanya memandang setiap orang yang ada di situ satu-persatu. Tidak tahu apa yang baru sahaja didengarnya ini satu penipuan ataupun kebenaran yang terlalu mengejutkan untuk ditelan. Mikha hanya duduk kebingungan tidak tahu hendak mencelah di mana.
Asyraf sedang berdiri di suatu sudut sambil merenung seseorang dengan tajam sambil berpeluk tubuh. Tidak pasti sama ada merasa gembira atau sebaliknya. Shahran hanya menarik nafas panjang memandang kawan-kawannya yang lain. Anas hanya duduk selamba sambil memandang setiap orang yang ada di situ. Dia hampir tergelak sendiri melihat riak wajah setiap mereka.
"Awak pun..."
Serentak semua orang memandang Mikha kerana menjadi orang pertama memecah kesunyian yang kekok itu.
"Sama macam mereka?" gadis itu merenung Anas.
Lelaki itu tergelak menyindir. "Ya. Dan jangan risau, Mikha... Saya tak lah terlalu cintakan awak sampai saya sanggup buang kawan-kawan baik saya."
Mikha cuba mengukir senyuman. Gembira dengan perkara itu bagaimanapun sedikit terasa dalam masa yang sama.
"Jadi awak putuskan untuk beritahu semuanya sekarang?" Asyraf mengangkat keningnya.
Anas mengangkat bahunya selamba. "Membiarkan Shahran dibunuh bukan sesuatu yang saya nak."
Shahran hanya memandang lelaki itu. "Selama ni... Awak cuba menyiasat sendiri tak?"
Anas menarik nafas panjang. "Lebih kurang. Semuanya tak semudah yang saya sangkakan."
"Kenapa awak tak boleh halang apa yang ayah angkat awak buat tu kalau awak dah tahu perkara ni??" Asyraf masih berkerut memandang lelaki itu.
Anas menggerutu sambil menggolekkan bebola matanya. "Cuba lah awak buat kalau awak ada kat tempat saya."
Asyraf hanya mendengus kuat.
"Dah sejauh mana awak tahu?" Shahran memandang Anas.
Anas hanya mengangkat bahunya selamba. "Saya tak tahu banyak mana. Tapi saya dah boleh jangka siapa yang terlibat dan sebagainya."
Serentak semua orang berpandangan.
"Siapa yang terlibat?" Asyraf mengangkat keningnya. "Selain Adrian dan ayah angkat awak tu."
"Well..." Anas berdehem sedikit. "Yang lain bukan berada di kawasan kampus. Semuanya orang bawahan ayah saya."
"Macam mana dengan doktor tu?" Hadha mencelah setelah sekian lama berdiam diri di suatu sudut.
"Dia memang mencurigakan." Anas mengangkat bahunya. "Tapi dia manusia. Bukan ciptaan. Saya tak pasti apa tujuan dia. Sama juga dengan gadis yang selalu dengan dia tu. Tapi mereka bukan macam kita."
Hadha menarik nafas lega tanpa dia sedari. "Setakat ni hanya Adrian yang mencurigakan."
Asyraf sempat lagi menggolekkan bebola matanya memandang reaksi gadis itu yang mana hanya dia seorang sahaja yang perasan.
"Tapi hari tu saya nampak dia di pembukaan permainan video tu." Mikha mengerutkan dahinya.
Anas mengangkat bahunya. "Dia datang bagi pihak kawan dia. Dan saya tak tahu siapa kawannya tu. Saya tak pernah nampak lagi. Dan saya memang tak tahu sesiapa dengan nama itu."
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...