Adrian's Story

394 55 14
                                    

Bab 28


Rizal menendang kuat pintu rumahnya apabila dia membuka kunci. Anas dan Shahran terus sahaja membawa Adrian yang kini sudah semakin lemah masuk ke dalam sebelum di letakkan di atas sofa di ruang tamu. Hadha hanya mampu menyusul dengan wajah tercengang masih teringat dengan apa yang terjadi. Dia hampir tidak dapat memastikan kenapa dia terlibat dengan perkara itu.

"Apa kita patut buat sekarang?" Shahran memandang keadaan lelaki yang terbaring lemah itu.

Anas tidak mampu menjawab soalan itu sebaliknya memandang kawan-kawannya itu sebelum beralih memandang Rizal. Lelaki itu kini sedang melihat sesuatu pada telefon bimbitnya sebelum melekatkan pada telinga. Shahran dan Hadha turut memandang doktor itu. Persoalan mereka masih belum terjawab mengenai Rizal. Apa yang pasti, lelaki itu memiliki sesuatu yang dahsyat.

"Hello..." Rizal bercakap di telefon. "Awak kat mana sekarang ni??"

Hadha dan Shahran berpandangan cuba untuk meneka dengan siapa lelaki itu bercakap. Anas pula hanya menunggu.

"Ikut Jyra!" pekik Rizal sambil tangannya meraba-raba rambutnya sendiri. "Dia tahu kat mana. Sekarang!"

Ketiga-tiga mereka hanya mampu memandang doktor muda itu. Tidak mampu membuka mulut untuk bertanya.

Rizal segera menamatkan talian. "Kita kena tunggu dulu."

"Apa yang kita tunggu?" Anas mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. Sepertinya belum tahu apa yang sedang dia lakukan.

"Kita nak buat apa dengan dia?" Hadha segera mencelah apabila terpandang Adrian yang masih terkulai lemah.

"Saya dah minta bantuan." Selamba Rizal menjawab.

"Bantuan dari mana?" Shahran membesarkan matanya. "Awak sedar yang situasi sekarang ni bukan normal kan?"

Rizal mendengus perlahan kemudian memandang Adrian sayu. "Saya tahu. Saya pun tak boleh buat apa-apa untuk yang ni. Hanya tunggu bantuan."

"Sekali lagi saya tanya..." Shahran merenung lelaki itu tajam. "Bantuan dari mana yang kita nak dapatkan?"

Rizal membalas renungan lelaki itu. "Awak akan tahu nanti."

Selepas itu, tiada siapa yang bertanya lagi. Masing-masing merisaukan keadaan Adrian. Kalau diikutkan terlalu banyak persoalan yang ingin diutarakan. Tetapi masanya tidak sesuai. Hampir setengah jam berlalu dengan keadaan yang sunyi, loceng pintu depan utama berbunyi. Serentak semua orang berpandangan sebelum Rizal bergerak selamba dan membuka pintu itu.

"Lambat betul!"

"Kalau kami minta bantuan Yuna atau Qushairy mungkin boleh sampai cepat." Kedengaran suara seorang gadis menjawab.

"Orang tengah jaga anak tu. Biarkanlah." Seorang lagi lelaki bersuara.

"Dah..." Rizal membuka pintu depannya itu seluas yang boleh. "Cepat masuk. Kita kena urus dia dengan cepat."

Anas, Shahran dan Hadha menjenguk untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan seorang gadis yang selama ini selalu bersama Rizal, Jyra berdiri dengan wajah selamba. Di sebelahnya seorang lelaki yang agak bersahaja dengan rambut perangnya terpacak. Dia hanya tersenyum sinis sebelum kedua-dua mereka melangkah masuk.

"Boleh beritahu saya apa yang terjadi?" Jyra memandang Rizal sebelum memandang sekeliling.

"Saya tak ada masa untuk itu." Doktor itu menggerutu.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now