BAB 27
Anas memberhentikan kereta yang dipandunya itu di tepi jalan yang amat sunyi dan agak tertutup. Dia memandang sekeliling penuh berhati-hati di malam yang sepi itu. Keadaan agak gelap membuatkan sukar untuk memastikan jika ada sesuatu yang lain lagi di situ atau apa-apa yang aneh.
Shahran yang duduk di sebelahnya turut memandang sekeliling. Cuba memastikan di mana mereka berada saat ini. Hadha yang duduk di tempat duduk belakang hanya memerhati mereka dalam keadaan yang seperti tidak senang. Entah kenapa dia bersetuju untuk perkara itu.
"Kat mana ni?" Shahran memandang Anas sambil mengangkat keningnya agak kebingungan.
"Ini tempat ayah saya bekerja secara rahsia." Selamba lelaki itu menjawab masih memandang sekeliling.
Shahran mengerutkan dahinya cuba memandang ke luar. Tiada apa-apa yang dapat dia simpulkan.
"Tempat ni tempat rahsia, Ran." Ujar Anas. "Tak ada sesiapa tahu. Hanya orang terlibat yang tahu."
"Macam mana pula awak tahu tempat ni?" tanya Hadha.
Anas mengangkat bahunya selamba. "Saya pernah curi-curi ikut sekali dalam trak kereta ayah saya. Rasa ingin tahu tak dapat dikawal. Dan saya hafal semuanya. Saya tak pernah datang lagi kat sini sebenarnya."
"Habis tu macam mana awak boleh yakin ini tempatnya?" Shahran mengangkat keningnya.
"Saya kira setiap minit." Anas memberitahu. "Berapa kali membelok dan berhenti. Saya hafal."
Kedua-dua mereka hanya mampu melopong. Tidak menyangka lelaki itu akan menjadi teliti seperti itu.
"Saya nak cuba pergi ke sini beberapa kali..." Anas menarik nafas panjang. "Tapi nampaknya ayah saya selalu ke sini. Kebetulan kali ni dia tak ke sini. Ada kerja kat tempat lain. Jadi ini peluangnya."
Memang benar. Mereka perlu mengambil segala peluang yang ada. Untuk mencari jawapan. Jawapan mengenai diri mereka sendiri dan juga orang-orang yang terlibat. Siapa mereka sebenarnya dan apa jenis ciptaan yang diletakkan kepada mereka. Kenapa mereka dapat berfungsi dengan baik seperti manusia dan sebagainya.
"Dah, jom." Anas segera keluar. "Memandangkan ada lagi yang risau kat rumah tu. Kita kena cepat."
Shahran dan Hadha tidak membantah. Mereka tahu siapa yang Anas maksudkan. Asyraf dan Mikha yang menunggu di suatu tempat selamat. Mereka bertekak panjang mengenai rancangan itu. Akan tetapi, itu sahaja yang dapat dipersetujui. Hanya mereka bertiga yang bertindak memandangkan yang lain adalah manusia biasa. Tidak boleh dipertaruhkan untuk itu.
Anas segera menutup mukanya dengan topeng muka sebelum memakai topi. Shahran dan Hadha hanya mengikut apa sahaja yang lelaki itu lakukan. Itu adalah untuk penyamaran. Takut jika ada sesiapa nampak.
"Jom."
Perlahan-lahan mereka berjalan melintasi beberapa semak-samun. Shahran dan Hadha menyusul dalam keadaan takut. Tidak tahu di mana keberadaan mereka saat ini. Juga tidak tahu apa tempat yang seharusnya mereka masuk.
Akan tetapi, semuanya terjawab ketika mereka melihat satu bangunan besar yang berada di tengah-tengah tempat itu. Di mana kawasan luarnya gelap gelita bagaimanapun agak bercahaya di bahagian dalam.
"Ikut sini." Anas segera berjalan ke bahagian belakang bangunan itu. Cuba mencari jalan masuk yang mudah.
Shahran dan Hadha hanya menjadi pengikut di belakangnya. Berharap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang mereka harapkan memandangkan perkara ini sudah agak lama mereka rancang.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...