Bab 36
Shahran membuka matanya perlahan. Pandangannya kabur dan berpinar-pinar. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku saat ini. Dia hampir tidak dapat mengingati apa yang sedang dia lakukan sebelum semuanya menjadi gelap. Badannya tidak dapat digerakkan tidak pasti apa sebabnya. Dia hanya mampu mengeluarkan keluhan dari mulutnya yang dia tidak pasti sama ada ia dapat didengar atau tidak.
Dia benar-benar berusaha untuk memulihkan pandangannya. Terasa seperti matanya tidak dapat dibuka luas lagi. Badannya sudah tidak dapat digerakkan. Panggilan namanya dapat didengar sayup-sayup masuk ke dalam telinganya. Dia tidak tahu itu hanya khayalan atau sebaliknya.
Lama-kelamaan pandangannya mula jelas. Dia membesarkan matanya kemudian memandang sekeliling. Orang pertama yang dilihatnya adalah Hadha. Wajah gadis itu kelihatan lemah. Matanya ada air yang bergenang. Dia hanya membalas pandangan lelaki itu dengan wajah yang sayu. Seperti cuba menyuruhnya untuk terus tidak sedarkan diri sehingga semua selesai.
Shahran mengalihkan pandangannya kepada Anas. Yang berada di sebelah kanannya, sementara Hadha berada di kiri. Lelaki itu sepertinya masih bertenaga seperti biasanya. Akan tetapi, riak mukanya jelas menunjukkan sesuatu yang tidak baik berlaku lagi. Shahran berpaling lagi untuk memandang sekeliling. Barulah dia sedar bahawa mereka kini sedang duduk di sebuah kerusi yang aneh. Pelbagai wayar dan sambungan dicucuk ke badan mereka entah untuk tujuan apa.
Dia cuba mencari kelibat Adrian kerana hanya mereka bertiga sahaja yang duduk sebaris di situ. Akan tetapi, sesuatu yang mengejutkan menarik pandangannya. Sesuatu yang dia tidak pernah akan sangka. Sesuatu yang sepertinya berlaku dalam mimpi. Sesuatu yang mungkin lebih buruk.
"Terkejut nampak saya, Ran?" suara seseorang menusuk masuk ke telinganya. Yang benar-benar dikenalinya.
"Mikha."
Gadis itu tersenyum semakin lebar. Ada aura lain yang dapat dirasakan datang daripadanya. "Ya. Kekasih yang awak cintai."
Shahran cuba menggerakkan badannya bagaimanapun dia merasakan kuasa yang mengalir di dalam badannya seperti mengamuk membuatkan dia mengerang. "Awak perlu pergi dari sini! Bahaya! Awak..."
"Dia dengan mereka!"
Shahran berhenti melakukan apa yang dia ingin lakukan lagi. Seperti jantungnya berhenti berdenyut serta-merta. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Anas yang sudah membalas pandangannya. "Apa?"
"Dia dengan mereka." Ulang Anas dengan nada terpaksa.
"Nak saya sahkan ke, Ran?"
Shahran kembali memandang Mikha dengan wajah yang tercengang tidak percaya. "Apa semua ni?"
Gadis itu ketawa menyeringai membuatkan orang yang mengenalinya terkejut dengan sisi yang tidak pernah dilihat itu. "Semua ini adalah kenyataan. Perlu saya ulang lagi ke, sayang?"
Shahran seperti kehilangan kata-katanya. Dia hanya mengeras pada posisinya. Badannya masih cuba untuk bergerak. Menahan segala kesakitan yang dirasakan sebelum ini. Dia sudah tidak peduli lagi.
"Awak abaikan kami." Ujar Mikha membalas pandangan lelaki itu.
"Kami??" ulang Shahran.
Mikha tidak menjawab sebaliknya memandang ke satu tempat yang mana Shahran mengikutnya. Sekali lagi dia terkejut. Kawan baiknya. Asyraf sedang berdiri di situ. Dengan pakaian seragam perlindungan sama seperti Mikha. Akan tetapi, riak wajahnya agak lain. Dia juga seperti terkejut dengan semua itu.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...