Strange

645 82 30
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Mikha's cast is Kendall Jenner.


Bab 5


Shahran berlegar-legar di koridor bangunan kampus itu seorang diri. Itu sudah menjadi rutin hariannya jika pelbagai perkara yang menyakitkan hati atau tidak mampu ditanganinya berlaku di sekeliling. Selera makannya akan hilang dan dia akan menghilangkan diri untuk bersendirian.

Sepertinya, setiap inci bangunan atau tempat di kawasan kampus itu telah diterokainya. Kadangkala dia akan sampai ke kawasan hujung yang jauh dan tidak pernah ada orang datang ke situ. Dia tidak mahu terserempak dengan Anas atau kawan-kawannya buat masa ini. Emosinya pasti sukar untuk dikawal.

"Semuanya masih normal kat sini..."

Langkah lelaki itu segera terhenti apabila suara itu kedengaran entah dari mana. Shahran memandang sekeliling. Cuba memastikan di mana keberadaannya saat ini. Dia baru perasan dia sudah berada di kawasan hujung bangunan di mana klinik mereka terletak. Dia mengelipkan matanya seketika.

"Ya... Saya tak tahu lagi. Masih belum ada yang pelik berlaku."

Shahran mengerutkan dahinya. Entah kenapa, suara itu menarik perhatiannya. Bukan kerana nada, tetapi kerana ayat yang dikatakan.

"Setakat ni dia masih berkelakuan biasa."

Shahran tidak mampu menahan dirinya daripada mencari tahu siapa yang sedang bercakap itu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah dan terhenti di muka pintu klinik kampus itu. Dia mengelipkan matanya seketika apabila terpandang orang yang berdiri di situ. Doktor baru itu. Lelaki tinggi lampai berambut ikal. Lelaki yang menggantikan Puan Shanty itu. Lelaki itu sedang berdiri menghadap ke luar tingkap dengan telefon bimbit terlekat pada telinga kanannya.

"Ya, saya tahu." Doktor itu menjawab dengan orang yang berada di dalam talian. "Dia masih belum tunjukkan apa-apa yang aneh lagi setakat ni. Semuanya masih nampak normal dan biasa."

Shahran semakin tertarik mendengar perbualan itu. Dia cuba bersembunyi untuk mencuri dengar.

"Dia nampak macam dah curiga dengan sesuatu..."

Perbualan itu nampaknya agak pelik. Shahran mengerutkan dahinya. Cuba untuk meneka siapa yang dia cakapkan.

"Dia semakin takut. Saya takut dia dapat tahu identitinya sebelum kita dapat merancang sesuatu."

Shahran tersentak serta-merta. Entah kenapa, ayat itu membuatkan badannya bergetar seketika seperti terkena renjatan elektrik.

"Baiklah." Doktor itu mengangguk-angguk masih fokus dengan perbualannya. "Saya akan cuba buat sesuatu. Ya. Saya tahu. Baiklah."

Shahran segera membetulkan kedudukannya apabila doktor itu mematikan talian dan menoleh. Dia agak terkejut melihat Shahran bediri di muka pintu bagaimanapun berjaya mengekalkan reaksi yang bersahaja.

"Boleh saya bantu.?" Tanya doktor itu dengan nada yang agak lembut tetapi kedengaran agak serius.

"Er..." Shahran kehilangan kata-kata. Ditanya dalam keadaan seperti itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana untuk berhelah.

"Awak sakit ke.?" Doktor itu mula memandangnya dari atas ke bawah. "Perlukan ubat atau... Nak saya periksa.?"

"Er... Tak." Shahran menggelengkan kepalanya serta-merta sambil matanya memandang sekeliling cuba mencari idea.

Humanoids ✔Where stories live. Discover now