The Old Data

503 60 9
                                    

Bab 20


Shahran pulang ke rumah dengan wajah yang penuh tanda tanya. Melihat ada sebuah trak yang asing berada di hadapan membuatkan dia terhenti. Dua lelaki yang tidak dikenali sedang sibuk memunggah barang-barang yang ada di dalamnya masuk ke dalam rumah. Tidak dapat dipastikan apa jenis barangannya kerana yang dapat dilihat hanya kotak-kotak tanpa corak atau apa-apa tulisan.

Shahran mengerutkan dahinya. Tidak mampu membuka mulut untuk bertanya orang-orang itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Ibunya, Puan Maria kelihatan sedang mengemas gelas-gelas yang berada di meja ruang tamu. Jelas menunjukkan ia baru sahaja diguna.

"Kamu dah balik, Ran.?"

Shahran mengangguk kemudian memandang orang yang lalu membawa kotak itu sekali imbas. "Ada apa ni.?"

"Ayah kamu..." Puan Maria menarik nafas panjang ketika mengangkat dulang itu.

"Kenapa dengan ayah.?" Shahran mengerutkan dahinya.

"Dia akan ambil alih bahagian penyelidikan permainan video baru syarikat Datuk Remy tu."

Shahran mengelipkan matanya seketika. "Humanoids?"

"Ya." Puan Maria mengangguk. "Awak dah cuba permainan tu.? Ayah awak ada dapat percuma."

Shahran tidak membalas. Entah kenapa, nama permainan video itu sentiasa menimbulkan sesuatu perasaan yang tidak dapat dipastikan dalam dirinya. Dia sendiri tidak tahu apa.

"Ran... Shahran!"

Shahran tersentak kembali ke dunia nyata. Puan Maria kini sudah memandangnya agak bingung.

"Kenapa ni.?"

"Er..." Shahran mengusap tengkuknya. "Tak ada. Oh! Kenapa ayah ambil alih pula bahagian penyelidikan.?"

"Belum tanya ayah lagi." Puan Maria mengangkat bahunya dan terus sahaja belalu pergi ke dapur.

"Hah... Ran!"

Shahran menoleh pantas. Ayahnya, Encik Masran kini berdiri bersama Datuk Remy di situ. Senyuman Datuk Remy masih dikenalinya walaupun sudah agak lama dia tidak ke rumah lelaki itu.

"Shahran..."

"Uncle..."

Itu adalah panggilan yang digunakannya selama ini untuk memanggil lelaki itu. Menunjukkan dia bukan orang yang asing.

"Uncle dah nak balik ni." Ujar Datuk Remy.

"Oh." Shahran segera bersalaman dengan lelaki itu.

"Pasal masalah kamu dengan Anas tu..."

Shahran segera menggigit bibirnya. Masalah mereka turut diketahui oleh keluarga masing-masing.

"Uncle akan cuba cakap dengan dia." Ujar Datuk Remy dengan wajah sayu jelas kecewa dengan perkara itu.

"Tak... Tak perlu." Shahran menggeleng perlahan dengan nada hampir berbisik. "Bukan salah dia."

"Tapi tetap tak patut dia berperangai macam tu." Datuk Remy menarik nafas panjang kemudian memandang Encik Masran sambil menghulurkan tangannya. "Saya rasa saya perlu balik dulu."

"Oh..." Encik Masran segera menyambut tangan lelaki bermisai itu.

"Ran..."

Humanoids ✔Where stories live. Discover now