Bab 8
Majlis pembukaan untuk percubaan permainan baru itu kelihatan penuh gilang-gemilang dengan persediaan yang lengkap dan kos yang tinggi. Dewan besar itu kini agak gelap dengan hanya lampi berwarna-warni yang bergerak-gerak.
Beberapa ramai orang berpakaian lengkap seperti pelayan menghidangkan makanan yang lazat. Ada yang menawarkan jus minuman kepada tetamu. Semua yang hadir berpakaian formal dan agak berkelas. Ia terdiri daripada orang-orang yang ternama dan berpengaruh. Segala apa yang dibualkan hanya mengenai bisnes.
Shahran melangkah ke dalam dewan itu dengan rasa berat hati. Sebelum ini, dia merasa teruja untuk datang ke majlis seperti itu yang mana ayahnya sentiasa mendapat jemputan. Akan tetapi, ia tidak lagi seperti itu. Dia merasakan bahawa dia akan menyesali keputusannya untuk datang ke situ.
Dia membetulkan kot yang dipakainya sambil memandang sekeliling. Ia terdiri daripada orang-orang korporat. Separuh dari mereka pernah dilihat sebelum ini di majlis seperti itu yang dihadirinya. Dan selebihnya adalah wajah-wajah baru. Malah, ada yang daripada luar negara.
"Jaga diri." Encik Masran menepuk bahu anak lelakinya itu sebelum berlalu pergi bersama isterinya untuk bergaul dengan tetamu yang lain.
Shahran mendengus kuat kemudian memandang sekeliling. Cuba memikirkan apa yang patut dilakukannya. Matanya terhenti pada seseorang. Mikha yang sedang berdiri dengan baju gaun yang cantik membuatkan dia tersenyum. Hatinya cair sekali lagi melihat kecantikan teman wanitanya itu. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati gadis itu yang sepertinya belum perasan mengenai kehadirannya.
"Awak nampak cantik."
Mikha hampir melompat dengan sapaan yang secara tiba-tiba itu bagaimanapun segera bertenang apabila memandang wajah Shahran. "Awak ni... Saya boleh kena sakit jantung awak tahu tak."
Shahran tergelak. "Maaf lah."
"Awak baru sampai ke.?" Tanya Mikha serta-merta.
Shahran hanya mengangguk-angguk. "Awak.?"
Mikha mendengus kuat. "Sejam yang lalu. Dan saya tak tahu nak buat apa kat tempat ni langsung."
Shahran mengangkat bahunya. "Kamu yang nak sangat pergi ke sini."
Mikha tidak membalas. Sepertinya dia juga menyesal dengan keputusan yang dia ambil itu.
"Apa boleh buat." Shahran menarik nafas panjang. "Kena lah bertahan dalam masa beberapa jam."
"Awak akan okey ke.?" Mikha memandang lelaki itu risau.
"Apa maksud awak.?" Soal Shahran semula.
"Ini kan majlis syarikat ayah kepada Anas." Mikha mengangkat keningnya. "Awak akan okey.?"
Shahran berfikir seketika kemudian mengangkat bahunya. "Saya tak rasa dia berani buat apa-apa kat sini."
Mikha mengangguk tidak yakin sebelum dia dipanggil oleh ibu bapanya. Dia tidak mampu berbuat apa selain menurut meninggalkan Shahran seorang diri di situ tidak mampu berbuat apa-apa.
Shahran mendengus kuat. Benar-benar menyesali keputusannya. Entah kenapa, perbualannya bersama ibu dan ayahnya tempoh hari masuk ke dalam fikirannya. Mengenai masa lalunya. Bagaimana dia ditemui. Dia tidak tahu apa yang tidak kena pada dirinya. Siapa dirinya yang sebenar. Dan itu adalah perkara yang perlu dia lakukan. Dia perlu mencari identiti dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Science Fiction"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...