>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> I choose Jade Thirlwall from Little Mix to be Hadha's cast.
Bab 11
Sudah hampir seminggu berlalu sejak perkenalan Shahran dan Hadha. Gadis yang tidak disangka-sangka adalah sama seperti dirinya. Aneh dan lain daripada orang yang biasa. Mereka mula bertukar-tukar pengetahuan. Hadha dipelihara oleh seorang wanita tua sebelum ini bagaimanapun telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas.
Hadha sudah lama mengetahui persamaannya dengan Shahran akan tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menyapa lelaki itu. Dia melihat cara Shahran agak biasa dan tidak rasa pelik langsung menyebabkan dia berfikir beberapa kali mengenai teori yang dia buat sendiri.
Sedikit demi sedikit Shahran dapat belajar mengenai dirinya sendiri daripada Hadha yang sepertinya banyak pengetahuan mengenai hal itu. Mereka banyak meluangkan masa bersama tanpa mereka sedari.
"Hei!"
Shahran hampir terjatuh apabila Asyraf merangkulnya dari belakang ketika dia keluar dari kelas.
"Awak ni, Asyraf..." Shahran menarik nafas lega. "Saya ingatkan siapa tadi. Rupanya awak."
Asyraf mengerutkan dahinya. "Menakutkan sangat ke cara saya sapa tadi.??"
Shahran tidak membalas. Sebenarnya tidak bagi dalam keadaan yang biasa. Tapi lain pada keadaan Shahran. Semenjak mendengar keadaan hidup Hadha yang seperti sedang diperhatikan dan diburu serta keadaan hidupnya yang kini agak terancam membuatkan keadaan itu menjadi menakutkan baginya.
"Awak mengelamun, Shahran."
Shahran tersentak kembali pada dunia nyata dan memandang Asyraf yang kini merenung curiga dengan lelaki itu.
"Apa yang kita cakap tadi.?" Tanya Shahran acuh tak acuh.
Asyraf mendengus kuat. "Apa kena dengan awak ni, Ran.?"
Shahran memejamkan matanya. Itu adalah perkara yang paling ingin dielakkannya untuk dibincang. Dia tahu, Asyraf dan juga teman wanitanya sendiri, Mikha sudah perasan mengenai perubahan yang ada pada dirinya. Tapi dia tahu bahaya yang akan menanti mereka jika dia beritahu perkara sebenar.
"Shahran!"
Sekali lagi Shahran tersentak. Menyumpah di dalam hati kerana sekali lagi dia menimbulkan kecurigaan kepada Asyraf.
"Serius, Ran..." Asyraf menarik nafas panjang sambil bercekak pinggang. "Saya rasa macam nak tumbuk je awak sekarang."
"Asyraf..." Shahran menggigit bibirnya. "Saya... Biasa lah. Masalah-masalah remeh. Selalu mengganggu fikiran."
"Saya tak rasa benda ni remeh, Shahran." Asyraf menggumam ketika menyoroti langkah Shahran pergi ke loker mereka.
Shahran segera membuka pintu lokernya bagi mengelakkan riak wajahnya dapat dilihat oleh Asyraf.
"Macam baru semalam saya kenal awak." Asyraf menambah jengkel.
"Tak ada apa-apa yang penting untuk awak tahu." Shahran menjawab sambl mengemas buku-bukunya.
Mujur sahaja tiada orang di koridor itu. Jika tidak, pertengkaran kecil mereka itu pasti akan menarik perhatian.
"Jawapan yang susah saya nak terima." Asyraf mula berpeluk tubuh. "Saya rasa awak sendiri perasan perubahan awak tu."
YOU ARE READING
Humanoids ✔
Fiksi Ilmiah"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu robot. Cerita ni bermula dengan Shahran yang cuba mencari identiti dirinya sendiri. WARNING...