HF : 1

18.1K 462 43
                                    



Nama aku Anith Alissa. Orang panggil aku Al. Aku baru berumur 17 tahun but I swear I've been through a lot. Kematian ibuku membuatkan aku benci dengan diri aku. Aku tau aku lah penyebab mama meninggal. Bayangan lalu masih menghantui aku sehingga sekarang.

Aku masih memandang bawah ke mejaku. Aku sesungguhnya penat dengan semua ni. Kenapalah aku tak mati ikut mama dan tak payah tengok muka Ayah hari hari. Aku menghela nafas ringan.

Pap!

Tiba tiba aku rasa mejaku ditepuk kuat. Kepalaku diangkat lantas senyuman kecil mula terbit dari hujung bibirku.

"Kau menung apa minah?" tanya Lydia, kawan baikku sambil menarik sebuah kerusi plastik lalu duduk diatas kerusi tersebut. Aku menggeleng lemah.

"I'm just tired. Aku balik lambat malam tadi," Aku menguap. Cikgu Low yang mengajar Ekonomi masih belum muncul. Haraplah dia tak datang.

Lenganku dipukul lembut. "Aku dah kata kan minah, kau kena rehat. Jangan kerja kuat sangat. Dah nak exam dah nikan?" bebel Lydia.  Aku masih membuat bodoh sambil bermain dengan sebatang pen di tanganku.

"Nanti lah aku cuti. Aku dah mintak Abang Sofi untuk bagi aku cuti for a week. Dia pun ok je,"

"Aku kesian lah dengan kau ni, Al,"  Lydia menghela nafas berat. Serentak itu Puan Low masuk dan kelam kabut Lydia meletak kembali kerusi ditempatnya dan ke tempat duduknya semula.

Bebelan Puan Low tentang Keluk Permintaan itu langsung tidak menarik perhatianku. Mataku yang mula memberat aku tahan. Aduh mata janganlah! Aku taknak kena sembur dengan Puan Low. Aku mengererdip-ngerdipkan mata aku supaya hilang mengantuk.

"Woi kau pahal Anith?" Satu suara sumbang kedengaran. Aku menjelingnya tanpa aku tengok mukanya kerana aku dah tau siapa yang menyalak itu.

"Berapa kali aku cakap, don't call me Anith." Aku malas nak layan beruk dihadapanku ini dan kembali menghadap buku nota Ekonomi.

"Eh, suka hati akulah nak panggil kau apa. Aku nak panggil kau Nora Danish pun boleh," balas makhluk beruk bernama Hilman. Senyuman hodohnya ditayang. Aku yang sememangnya malas nak layan dia terus memusing badan ke kedepan kembali.

"Layan lah aku, Anith. I'm bored,"

Aku masih membuat bodoh tak melayannya.

Tiba tiba kedengaran suara memetir, "Hilman! You dengar ke tidak apa I cakap pasal Keluk Permintaan ni?" Suara Puan Low memenuhi ruangan kelas.

Kelam kabut dia membuka buku nota Ekonominya. Wajahnya berubah panik seraya menarik buku kawan disebelahnya pula.

"Err... dengar cikgu," balasnya takut takut. Aku tersengih melihat Hilman. Ha! Padan muka kau, kacau orang lagi!

"Kenapa tak boleh jawab? Kata you faham? Dah I nak you berdiri dekat luar sebab I taknak orang yang malas dalam kelas I. Dah, keluar!" Laju kaki Hilman keluar dari kelas tanpa sebarang kata.

Ah lantaklah dia janji aku tak kena. Mukaku beubah merah daripada menahan ketawa. Cepat cepat aku buka buku module serta mengeluarkan beberapa keping kertas graf.










"BYE AL!" jerit Lydia dari dalam kawasan sekolah.

Dia koperator koperasi dan itulah sebab dia selalu balik lambat. Aku dulu pun koperator koperasi tetapi akibat kekangan masa aku tidak lagi boleh untuk menjadi koperator koperasi.

Selepas habis melambai kepada Lydia, kaki aku berjalan dengan laju sebab aku nak kena sampai rumah cepat supaya Ayah tak marah bila dia balik nanti.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now