Dalam dua tiga hari selepas itu, mummy dan daddy mengajak aku pergi ke One Utama yang terletak di Damansara. Dia kata boleh pergi Ikea sekali. Aku cuma angguk dan tida membalas apa apa. Aku sebenarnya masih awkward dengan semua benda ni.
Aku akan bermula sekolah pada minggu depan. Memang bila aku khabarkan hal ni pada Lydia, dia mangamuk sakan. Hilman juga sedih dengan aku yang tiba tiba pindah. Semalam aku berjumpa diorang balik masa aku ke sekolah nak minta surat berhenti. Meleleh lah jugak air mata Lydia. Bukan jauh pun Flora High dengan Smk Setia Alam tu. Bila bila masa boleh je lepak dekat Setia City Mall. Aku tergelak kecil bila teringat gelagat kedua rakan baikku.
"Anith? Menung apa tu? Jom sayang. Uncle dah siapkan kereta dah tu." mummy yang telah bersiap anggun mencapai tanganku untuk mengikutnya keluar.
Aku melangkah laju untuk menyaingi langkah mummy. Gila laju dia ni jalan. Aku pakai serious tak beria. Aku cuma pakai skinny jeans dengan baju tshirt hitam yang dibeli di Cotton On Setia City Mall tempoh hari. Masatu cuma beli barang keperluan aku.
Aku terus masuk ke bahagian penumpanh belakang kereta Velfire ini dan pintu secara automatiknya tutup.
"Lawa Anith harini." Daddy memuji aku. Aku mestilah kembang kan. Sengihan aku belanja pada daddy.
Aku memandang keluar tingkap kereta. Radio yang berkumandang sangat perlahan dan aku malas nak memberi perhatian kepada DJ FlyFm yang berceloteh. Iphone X yang dibelikan oleh daddy aku hidupkan. Aku tak mintak pun handphone ni tapi dia yang beria belikan untuk aku. Katanya senang kalau jadi apa apa.
Sebaik sampai ke Ikea, kami bertiga terus menaiki lif untuk ke tingkat 1. Memang rambang matalah lalu sini. Honestly bukan aku tak pernah pergi sini, cuma kali terakhir aku pergi ialah masa ibu masih hidup.
"Anith nak bilik macam mana?" Mama yang sedang melihat lihat sekeliling dengan rambang mata tengok pameran perabot yang tersusun cantik itu.
"Anith rasa, I want a simple room yang dinding warna beige and perabot yang warna putih. Maybe a little bit fairy lights scattered around the room." Otak aku yang terlalu banyak tengok Pinterest terus memajukan diri.
"Thats a good choice, Anith." Balas daddy tersenyum. Kami berjalan sekeliling dan banyak jugak perabot yang dibeli. Aku lah tukang tulis nombor kodnya supaya senang untuk mengambil barang di bahagian bawah Ikea. Daddy ada pilih sofa, meja belajar, katil bersaiz queen dan berjenis perabot dan almari yang aku pun tak tahu nama dia apa.
Lepas je siap buat list, kami menolak troli ke the selling point of Ikea Damansara. Cafeteria dia yang terkenal dengan meatball dan hidangan Swedannya.
Aku memesan set meatball daddy dan mummy memesan chicken chop dan satu set chicken wings. Aku makan dengan laju. Memang sedap gilalah semua ni. Aku cuma makan dalam masa 10 minit. Akibat gelojoh, aku tersedak dan lantas terbatuk.
"Oh my god mummy. Urgh air !" Muka aku memerah menahan pedih lada hitam yang semakin menyesakkan tekak aku.
Botol air mineral dihulur. "Ha tulah, makan macam tak makan setahun." Dia menggeleng kepala . Aku pun biasalah, sengih je mampu.
Selepas membayar perabot dan hiasan bilikku, kami bergerak ke One Utama yang terletak dalam 10 minit perjalanan daripada Ikea Damansara.
"Nak ke mana ni mummy, daddy?" Aku pelik kenapa kami disini sedangkan tadi dah banyak gila barang dibeli sampai kena tegah dengan aku.
"Nak beli bajulah. Takkan Anith nak duduk bogel pulak." Mummy melawak. Aku tersengih lagi. Apa je aku ada lagi kan ? Haha
Kami jalan melalui MacCity dan daddy terus menarik aku masuk.
"Kenapa daddy?" Aku melihat dia begitu berminat dengan MacBookpro yang baru dikeluarkan itu.
"Nak belilah." Dia tersenyum sedikit dan diamitnya pekerja yang berada di situ.
"I want this in Rose gold and that ipad pro in black ya." Pamitnya. Pekerja itu mengangguk lalu ke belakang kedai.
"Untuk siapa daddy?" Aku musykil.
"Untuk Anith lah." Jawabnya pendek. Aku terkedu seketika.
"For me? Daddy tak payahlah. Anith seganlah" aku menarik tangan daddy untuk keluar dari MacCity tersebut.
Daguku dicubit. "Anith kan anak daddy jugak? Tak apalah." Aku terharu.
Kami keluar dan mencari mummy. Katanya dia berada di TOPSHOP. Kami kesana dan aku pun lalu Typo. Aku masuk seketika untuk beli beberapa casing dan notebook serta barang lain seperti fairy lights. Beg sekolah pun aku beli kat situ. Daddy paksa aku ambil walaupun aku taknak pada mulanya.
Aku masuk je TOPSHOP mummy terus memanggil aku untuk mencuba baju. Aku pun ikut je. Lepas je aku selesai 'fitting' terus dia keluar dengan timbunan baju dan seluar itu.
Mata aku pening bila melihat jumlahnya. Rm 1050 weh mana aku berpinar mata tengok. Mummy pun senang je menghulurkan kad kredit platinum nya.
"Thanks mummy daddy. This is seriously too much for me to accept." Timbuk rasa bersalah di hatiku.
"Tak apalah sayang." Mummy menggosok kepalaku dengan mesra.
Selesai je ekspedisi menghulurkan kad kredit kami terus masuk kereta dan balik.
Barang yang telah dibeli diletakkan kedalam bilik aku supaya interior designer yang datang esok boleh terus membuat kerjanya. Aku pun ke bilik sementaraku yang terletak di sebelahnya. Aku membersihkan diri dan jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku membuka iphone aku dan menalefon Lydia dan kami berbual sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Mata mulai mengantuk, aku membaring kan badan dan menutup badanku dengan gebar.Hello! Sorry sangat kalau bab ni bosan gila tapi takpe in the next chapter y'all will meet Noah! So vote tau guys ! - stargala
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Romance• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...