Perutku rasa tak enak dan aku asyik terbayang akan keenakan air boba Xing Fu Tang. Ah! Nak menjerit aku dibuatnya. Semalam aku teringin nak makan Baskin Robin pukul 9 malam, Noah bawa aku ke Setia City Mall. Malam kelmarin aku nak makan McD pun Noah bawa ke McDonald di Setia Taipan. Sekarang nak susahkan dia lagi?Aku memusingkan badan lagi nak selesa. Tapi hampa aku masih rasa terasa tak selesa. Tak boleh! Aku nak juga makan Xing Fu Tang. Aku bangun dari perbaringan dan menukar baju ke yang lebih elok. Tanpa mengejutkan Noah, aku keluar dari bilik. Disebabkan baru pukul 11 malam, ramai yang masih tak tidur. Noah yang terlebih penat jadi pak turut masa majlis kahwin kak Julia tadi.
Aku merapati Julia yang sedang bercakap dengan Izzat. Aku menepuk bahu Julia dan berbisik kepadanya, "Kak, Al nak Xing Fu Tang lah kak. Teringin sangat ni."
Julia memandangku dengan mata mengecil. "Al pregnant ke?" Dia ketawa di hujung ayat.
The moment of silence. Aku tak tau nak jawab apa sebab sorang pun tak tau aku mengandung selain Noah. Aku tersengih. Geleng tak angguk tak. Aku menarik-narik tangan Julia.
"Kak. Jomlah..." aku merengek. Nak nangis aku rasa. Langsung tak rasa bersalah yang aku mensabotaj malam pertama Julia.
"Al. Bagilah Julia bermanja dengan suami dia. Dia dah tahan lama tu." gurau daddy. Satu ruang tamu tu ketawa.
Lagilah aku rasa nak kejutkan Noah dan heret dia ke Xing Fu Tang. "Tak apalah. Al kejutkan Noah jelah." Aku mencebikkan bibir dan mahu masuk kedalam bilik.
"Al. Yelah yelah. Akak bawak pergi Xing Fu Tang. You ok tak?" Dia memandang Izzat.
"I pun nak juga rasa." Balasnya lalu tersenyum.
Aku punya gembira tak boleh disorok. "Yey! Dapat pun! Al tunggu dekat kereta eh." Aku berlari dan turun kebawah. Kalau Noah nampak aku berlari mesti dia tarik tangan aku. Sampai di bawah, aku meraba raba poket hoodie aku dan aku rasa nak cekik je diri aku ni. Aku tertinggal dompet dan talefon!
Mahu tak mahu aku naik ketas semula dan masuk ke dalam bilik dengan perlahan. Dompet aku yang berada didalam beg tangan aku perlahan lahan keluarkan.
Zert. Ada pula bunyi zip ni.
Noah berdehem dan memusingkan badannya. Fuh. Nasib baik dia tak sedar. Aku ambil dompet aku dan mahu berlari keluar.
"Nak kemana Al?" Tanya Noah dengan mata tertutup. Aik dia ni Iron Man ke?
"I nak lepak luar je."
"Hm. You jangan keluar pula. Kalau you nak makan apa apa, cakap I je." Kemudian dia sambung tidur balik.
Fuh. Selamat. Noah ni macam tau tau je aku nak pergi menyelinap keluar. Aku keluar dan turun ke bawah.
"Aik? Kata tunggu dekat bawah?" Tanya Julia pelik.
"Ambil duit. Nasib tak terkejutkan Noah tadi." Aku masuk kedalam kereta dan kereta menderu keluar dari perkarangan rumah.
AIR berharga RM 12.50 itu aku sedut penuy nikmat. Akhirnya air yang aku idamkan ni aku mampu juga rasa. Sedap betul! Aku menyedut dengan laju tanpa menghirup nafas. Nasib baik tak tersedak.
"Minum laju laju nak kemana, Al?" Tanya Julia lalu duduk dihadapan aku dan Izzat duduk disebelah Julia. Diorang share satu air. Bolehlah nak bersweet, orang baru kahwin. Noah? Dia minum boba pun taknak, dia kata buat apa nak minum air yang penuh gula tu kalau boleh minum air kosong?
Whatever floats your boat, Noah Hakimi.
"Sedap sangatlah air ni." Aku menyedut lagi dan menggigit beberapa biji boba kecil yang sangat manis rasanya.
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Romance• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...