HF : 2

9.4K 412 22
                                    



Kakiku seperti biasa melangkah masuk apartment Ayah aku. Aku rasa sungguh penat selepas sukan tadi tapi nak buat macam mana. Tak datang mahu aku kena kejar dengan Lydia.

Aku memasukkan kunci pada lubang kunci. Serentak aku melangkah masuk, aku terdengar suara keras memanggil aku.

"Anith Alissa!" ujar suara itu.

Aku tersentak. Aku taulah nama aku lawa tak usahlah orang tu nak panggil panggil nama aku. Aku tanpa menjawab mengangkat kepala.

Tanpa sempat aku berkata apa apa, aku dilempang kuat oleh Ayah sehingga aku tersungkur kebelakang. Aku terpanar.

Ayah. 

Sedingin dingin Ayah, dia tak pernah naik tangan kepada aku. Aku memegang pipiku yang terasa panas. Air mata yang terasa mahu mengalir, aku tahan.

Aku memandang ke bahagian sofa, terlihat Firza dengan senyuman mengejeknya dan Airis, kakak tiriku. Mukanya tak boleh ditafsirkan apa yang dia tengah fikirkan.

"Ke..kenap ayah?" Tanyaku tergagap dan perlahan.

Makin merah muka cerah ayah bila aku bertanya sebegitu.

"Kenapa kau tanya aku?! Anak tak kenang budi! Aku dah jaga kau lepas mak kau mati dan ni balasan kau pada aku? Aku suruh kau pergi sekolah, belajar! Bukannya kau buat tak senonoh dengan budak laki!" Tempiknya kuat. Aku terkejut. Bila masa aku keluar dengan lelaki lain? Takkan lah ayah tanya pasal aku gi makan dengan Hilman and Lydia tadi kot?

Tapi aku masih lagi diam. Buat apa nak balas lagi? Aku bangun dari keadaan terduduk aku dan mata aku tepat memandang ayah.

"Ayah rasa tu Alissa ke?" Tanyaku perlahan. Aku masih mempunyai rasa takut dan hormat terhadapnya.

"Berani kau tanya aku?" Ayah menunjal kepalaku.

"Hoi ni hah mak kau nampak kau keluar berdating dekat SCM semalam! Aku suruh kau balik lepas sekolah. Apa kau buat dekat situ?" Suaranya memetir lagi.

"Bang, dahlah bang. Mungkin Ija salah tengok semalam." Pujuk Firza dengan lembut. Hish Si Langsuir tu, tu mesti plan dia nak memarakkan api kemarahan ayah. Bukan aku tak tau agenda Mama Ija tu.

Ayah diam namun matanya memandang tepat ke arah aku. Aku memang nak lawan tapi mulut aku ni macam tak boleh nak berkata apa apa. Aku tak boleh nak menegakkan kebenaran dengan benda yang aku tak buat. Air mataku di tubir aku tahan.

"Dah Alissa. Aku nak kau keluar dari rumah aku ni. Aku tak nak tau kau kat mana, kau buat apa, kau tidur dengan jantan mana pun. Aku dah tak kisah. Aku nak kau keluar sekarang!" Suaranya yang pada mulanya mengundur kembali menengking aku.

Aku terpana sekejap. Mana aku nak pergi? Tapi aku tetap melangkah keluar dari rumah. Tapi sebelum tu aku sempag menitipkan nasihat murni pada Mama Ija yang maha sialan tu.

"Kau Tua, kau jangan ingat kau dah menang eh. Aku akan buatkan kau menyesal kau buang aku." Aku memandang Firza. Mukanya ternampak riaknya yang puas hati dengan tindakan Ayah.

"Dan ayah, lepasni jangan nak cari Alissa lagi. Ayah dah buang Alissa, Alissa memang takkan jejak lagi rumah hina ni lagi." Aku terus berjalan keluar.

"Kurang ajar punya budak. Cakap dengan mak bapak macam tu." Aku dengar ayah memarahi aku. Tapi aku buat bodoh jelah bukan ada apa apa lagi pun. Kak Airis. Kak Airis diam je tadi. Takpe Kak, akak pun akan menyesal dengan apa yang akak dah buat.






AIR MATAKU PERLAHAN LAHAN JATUH. Apa yang aku buat sampai Ayah tergamak nak buang aku macam ni? Semuanya berlaku sangat cepat sampaikan aku sendiri pun tak sempat nak menoleh belakang. Aku tengok kiri kanan. Dimanakah aku?

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now