CEO muda Omega Flora Group berkahwin ketika usia remaja, 17?Tajuk utama akhbar itu hampir sahaja membuatku pitam. Tajuk jenis apa ini? Macam mana pihak media boleh tahu? Habislah! Aku meletakkan akhbar itu ke meja semula dan termenung.
"Maaf, puan. Saya tadi beli tak perasanlah pula tajuk dia," kata Amirah, pengasuh anakku yang akan datang setiap hari. Kebetulan, hari ini dia datang awal, dan sebelum aku ke sekolah.
Aku tergelak kecil. "Tak ada apalah, Amirah. Bukan salah awak pun. Ni, Noell tengah tidur. Tapi Aryan dah bangun. Awak mandikan diorang lepastu nanti petang bawa diorang mandi dekat kolam tu. Daripada semalam Noell tanya nak mandi kolam. Tapi saya tak sempat. Saya pergi dulu ya," kataku kepadanya dan mengambil bekas makanan aku lalu melangkah keluar dari rumah.
"Baik puan!" jerit Amirah kembali.
BUKU rujukan akaun yang digunakan tadi aku letakkan keatas meja semula. Wajah anak muridku dipandang satu per satu.
"Faham dah semua?" tanyaku lalu meletakkan marker pen ke dalam beg pensel aku. Diam sahaja tiada balasan. Apehal budak ni? Biasanya senyap je.
Aku menepuk tanganku berkali kali. "Hey kenapa senyap je ni? Faham ke tak? Kalau awak semua tak beri perhatian pada topik ni, takkan kemanalah lejar awak tu!" dengusku. Bila melihat semua orang berkumpul disatu tempat seorang pelajar perempuan ni, aku kearahnya dan menepuk mejanya.
"Kamu semua buat apa dekat sini? Beri perhatian dekat depanlah!" aku menjerit kepada sekumpulan pelajar itu. Tapi mereka semua tak gentar. Semuanya masih terpaku pada talefon pelajar perempuan tadi.
"Miss Alissa, ni ha, dia kata CEO Omega Flora Group ni kahwin masa umur dia 17! Artikel ni juga kata yang CEO tu pernah bersekolah dekat sini dan isteri dia pun!" kata pelajar perempuan itu teruja dan mukanya bersinar.
Aku hampir tersedak mendengar apa yang terkeluar dari mulut pelajar itu. Pelajar disini tahu yang aku dulu belajar disini dan telah berkahwin. Tapi diorang tak tau siapa suami aku dan bila aku berkahwin. Kalau aku bagitau yang itu adalah aku, macam manalah reaksi mereka gamaknya.
Aku berdehem dan membuat muka professional. "Dah! Jangan nak membuang masa lagi. Awak Janet, kalau awak nak simpan talefon tu, saya takkan ambil. Please pay attention to my class." tepat itu bunyi loceng rehat kedengaran dan bermaksud kelas telah tamat.
"Jangan lupa siapkan kerja yang saya dah bagi tu!" laungku dan akhirnya semua pelajar meninggalkan bilik akaun itu. Aku mengeluh kepenatan. Kenapalah aku jadi cikgu? Patutnya aku ikut je angan angan aku nak jadi wartawan ataupun akauntan. Kalau tak disebabkan Noah memaksa aku menjadi cikgu disini, dah lama aku kerja tempat lain.
Kedengaran bunyi pintu diketuk. Aku menoleh dan tersenyum. "Miss Clarin, masuklah kenapa duduk luar." aku bangun dari dudukku dan mempersilakannya masuk. Tak sangka Miss Clarin masih mengajar disini selepas 10 tahun batch aku graduate.
"I dah baca artikel tu. Macam mana boleh pihak media tahu?" soalan Miss Clarian mendapat jongketan bahu. Aku pun tak tahu.
Tiba tiba talefon aku berdering. Noah. "Miss, saya nak angkat call ni eh? Jumpa lagi," aku mengemas barang dan beredar keluar dari bilik tersebut.
"Hello, sayang?" suara Noah kedengaran penat.
"Hello, Noah, you ok tak?" ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan sekolah dan pergi ke pejabat Noah.
"I ok. Cuma dari pagi tadi banyak sangat reporters cari I. I... I penat," Noah mengeluh.
"You dah tau dah siapa yang mulakan hal ni?"
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Roman d'amour• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...