Harini hujung minggu dan aku nak keluar ke SCM dengan Lydia dan Hilman. Dua Bff's aku. Aku bersiap dengan cepat supaya beruk dua ekor tu tak bising. Hilman tu bebel mengalahkan minah joyah.
Pakaianku amat ringkas dengan hoodie trasher berwarna putih dengan seluar jeans hitam. Rambut ikal mayangku dibiarkan lepas. Aku turun ke bawah dan semua dah keluar. Mummy dan daddy kena pergi ke Kuala Selangor menghadiri majlis perkahwinan so tinggallah aku berseorangan. Pak Yus, pemandu yang hantar dan mengambilku dari sekolah dah sedia tunggu diluar. Uncle Sain pergi hantar mummy dengan daddy ke Kuala Selangor.
Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah dan aku sampai di SCM setelah 15 minit perjalanan.
'Mana beruk beruk ni?' Gumamku dalam hati. Talefon dikeluarkan dan jariku laju menaip.
Alissa 💕
Guys korang dekat mana ? Aku dah sampai dekat depan KFC dah ni.Lydia 💜
Kitorang dekat MPH , si Man ni nak beli buku. Jumpa dekat situlah.Aku terus melangkah ke MPH yang terletak di sebelah MCDonald.
"Lydia!! I miss you so much! " kata aku lalu memeluknya. Rindu weh nak dengar minah ni membebel!!
"Aku pun. Yelah dah dua minggu sekolah dekat Flora High terus lupa kitorang kan." Lydia berkata dengan nada merajuk. Bibirnua dicebikkan. Jijik sungguh dia ni.
"Kau tak rindu aku ke Anith?" Tanya satu suara lelaki. Kalau dah panggil aku Anith mestilah si Hilman anak Khairul ni.
Mukaku sengaja di garangkan, "Taklah aku sumpah tak rindu kau. Nak buat apa rindu? Buang masa je." Aku menjelingnya.
"Hm takpelah Anith tak rindu aku. Aku faham." Hilman buat suara sedih.
"Hish kau ni, gelilah merajuk merajuk ni. Mestilah aku rindu kau!" Tubuh Hilman aku peluk seketika. Belakangnya di tepuk perlahan.
"Amboi lama pulak memeluk. Lepaslah woi. Kita nak berjalan ni." Ujar Lydia dengan nada menyampah.
"Jealous ke Lydia?" Kata Hilman dengan menjelirkam lidahnya. Aduhai budak dua ekor ni aku pijak lelaju kang baru tau.
Lepas je diorang selesaikan hal rumah tangga mereka, kami bergerak ke Boat Noodle kerana masa tu dah waktu lunch dan aku pun dah kebulur. Banyak juga aktiviti yang aku buat masa jumpa kawan aku, macam berkaraoke, tengok wayang cerita Captain Marvel dan semestinya bershopping.
Semasa kami di H&M, "Weh korang lambat lagi ke? Aku nak kena balik tengok Dragon Ball ni weh." Suara Hilman macam dah separuh mati.
Lydia menjeling, "Sabarlah Man, kau tunggulah nanti Al belanja kau Starbucks."
"Hah?! Aku pulak?" Aku tengok je budak dua ekor ni kecik besar kecik besar.
Sedang aku memilih baju, tiba tiba aku rasa bahuku disentuh perlahan. Mula mula aku ingat Hilman. Baru nak tumbuk muka dia yang serupa halia tu. Tapi bila aku pandang je belakang aku terkejut. Ayah.
"Al?" Ujar suara garau itu perlahan.
Aku masih terdiam. Lydia dan Hilman pun terkejut tapi aku suruh diorang pergi buat pembayaran dulu. Aku ada perhitungan nak dibuat.
"Ayah nak apa?" Aku sebolehnya mengawal suara aku daripada kedengaran sebak.
Ayah mengukirkan senyuman kecil. "Al macam mana? Al sihat? Al duduk mana?" Tanyana ramah. Riak muka tuanya menunjukkan dia kepenatan. Kepenatan dengan permainan dunia mungkin. Bukan patutnya dia gembira ke dengan keluarga baru dia yang sempurna serba serbi? Isteri baru yang muda dan cantik dan anak tiri yang bijak pandai sampai belajar di London. Tapi tulah, kelebihan yang allah bagi tulah yang buatkan makhluk dua ekor tu riak.
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Romance• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...