Tiket penerbangan MAS AIRLINES ditangannya aku tenung dalam dalam. Hatiku kosong, tak berperasaan. Tak tahu apa yang dirasakan tapi, aku rasa sedikit gembira.Selepas kematian anak aku, aku tak bercakap dengan sesiapa kecuali jika perlu. Macam macam usaha dilakukan oleh ayah, Noah, mummy dan daddy, even mama dan papa Noah. Tapi satu pun tak jadi. Aku masih berlingkar dikatil menangisi takdir. Kenapa tuhan ambil anak aku? Sebab aku tak jaga dia dengan betul ke?
Sehinggalah satu hari, Noah masuk kedalam bilikku dan menyuruh aku mengemas baju. Bila aku tanyanya kenapa, pada mulanya dia tak mahu menjawab. Tapi setelah diasak beberapa kali, Noah mengalah dan memberi tahu sesuatu benda yang aku tak setuju dan tak akan setuju.
"Al, I'm sorry I tak bagitahu you pasal benda ni lagi awal. Semuanya sebab,"
"Sebab apa Noah? Sebab I macam ni ke hari hari? Depressed?" potongku tanpa menunggu ayat Noah habis.
"Bukan, Al... I sedih tengok you. You're not yourself anymore and it scares me. I want the old Alissa." luah Noah.
"You boleh kahwin lain dengan perempuan yang bernama Alissa," balasku selamba. Sungguh aku sudah tak ada hati nak teruskan perkahwinan ini. Kehilangan anak aku buat aku hilang semangat untuk aku hidup. Dah macam mayat hidup aku ni.
"You merepek apa pula ni?" Noah nyata terkejut dari apa yang keluar dari mulutku. Tapi aku masih dengan muka selamba aku.
"Dahtu you nak apa?" Suasana bilik tak pernah menjadi setegang ini. Nampak sangat yang Noah sangat stress melayan perangai merepekku ini.
"Ikut I belajar dekat LSE."
Kata kata Noah bagaikan satu hentakan ke jantungku. "LSE? Kenapa pula? I dah kata yang I nak belajar dekat Sunway," bentakku lalu bangun dari katil dan mahu keluar dari bilik.
"Teman I, Al. I takut dekat sana nanti I alone. At least if you're there, you boleh teman I, eh?" pujuk Noah.
"Jangan paksa benda yang I taknak, Noah. I'm warning you." Mataku membalas pandangan Noah dan hatiku menjadi sedikit lembut.
"I faham. Tapi Al, anak kita Noell akan bangga dengan mama dia kalau mama dia move on dalam life dia. Tak menangis hari hari. Tak jaga diri sendiri. Alissa, anak kita mesti sedih tengok kita macam ni? Hari hari bergaduh. Tak elokkan?"
Kata kata Noah itu membuatkan aku terdiam dan bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Betul apa yang dikatakan oleh Noah itu. Sampai bila aku nak menangis dan merindui anak aku. Rindu tu perkara normal tapi sampai aku abaikan diri aku, itu bukan Alissa yang dulu. Alissa yang dulu kuat dan tabah. Tak macam sekarang.
Ada satu rasa yang menyemarak dalam hatiku. Sebuah semangat baru. Semangat untuk berubah kepada kebaikan dan hidup seperti dulu. Ada satu rasa sebak memenuhi dada dan aku menangis teresak kecil.
Noell, mama buat ni untuk sayang. Jaga diri baik baik ya.
"Al, you ok?" Noah duduk disebelahku dan mengusap rambutku perlahan. Aku rasa selamat di dalam dakapannya.
"Noah, I minta maaf. I tak sepatutnya buat macam ni pada you. I'm sorry," ngongoiku dan menyembamkan muka ke dada Noah.
Noah ketawa kecil lalu memeluk tubuhku. "Yelah, Alissa. Jom pergi makan?"
"Taknak. I nak peluk you je. I rindu you tau tak?" Balasku tak bergerak.
"Jomlah. Nanti I minta benda lain," bisik Noah ditelingaku.
Pantas aku bangun dari duduk dan ke almari menukar baju. "Ok jom keluar makan. You nak
makan apa? I rasa nak makan MinMaxlah," ujarku kelam kabut. Baru nak bermanja dan minta macam macam.
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Romance• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...