HF : 35

6.5K 261 19
                                    



"Doktor, dia ok ke?" Ujar satu suara sayup-sayup kedengran di tepi telingaku.

"Dia ok. Cuma badan dia lemah sikit sebab dia tak makan kan?" Ujar satu suara lagi.

Suara pertama tadi mengeluh. "Nasib baik." Katanya perlahan.

"Tapi... saya ada benda nak cakap dengan awak." Ujar suara kedua itu. Doktor mungkin?

"Apa dia doktor?" Ni mesti suara Noah. Aku masih tidak mahu membuka mataku walaupun aku telah sedar.

"Em... saya nak tanya, ni isteri awak ke?" Tanya doktor itu gusar.

Pelik sangat ke aku dengan Noah ni pasangan berkahwin? Tapi, memang pelik pun!

"Yelah doktor. Doktor fikir apa?!" Keras balasan Noah kepada doktor itu.

Doktor itu ketawa kecil dan berdehem. "Sebenarnya, isteri kamu ni mengandung. Tiga minggu."

Aku tersentak. Hampir sahaja aku membuka mataku dan mencekik doktor itu. Kemudian, aku dengar Noah mengeluh. Dia meraih tanganku dan digenggam.

"Mengandung?"

"Ya, mengandung. Tapi kamu berdua muda lagi, so?"

"Apa dia?"

"Kamu nak simpan ke nak gugurkan kandungan tu?" Tenang kata kata doktor itu.

Aku tersentap. Aku mengandung dan doktor ni nak tanya, aku nak gugurkan kandungan ni ke tak? Tak mahu berlakon tidur lagi, aku membuka mataku dan menyentuh tangan Noah.

"Noah, I dekat mana ni?" Suaraku serak-serak kerana kekurangan air.

"Eh Al, you dah bangun. You nak air?" Dia ke tepi meja dan mengisi sebuah cawan dengan air lalu dihulurkannya kepada aku.

Perlahan-lahan aku menyisip air yang dituang oleh Noah dan merenung doktor itu. Mukanya  bila nampak aku sedang merenungnya terus jadi gelisah.

"Saya keluar dulu ya. Nanti ada nurse datang  bawa makanan dengan ubat." Kata doktor itu sebelum keluar dari bilik wad.

Tepat sahaja doktor itu keluar, aku meletakkan cawan ke meja kembali dan menarik baju Noah. "You cakap apa tadi dengan doktor?"

"Hah? Cakap apa?" Muka Noah kelihatan gelisah dan asyik mengelak pandangan mataku. Dia ketawa kekok.

"Cakap apa yang you cakap dengan doktor lah."

"Oh tu. Err... tak ada apa pun. Dia cuma bagitau I yang you cuma kurang tenaga and sebab tulah you... err... muntah muntah semalam dan pagi tadi." Noah masih cuba berdalih denganku.

"Yeke? Takde cakap lain lagi?" Aku merenung mata Noah yang gelisah itu.

"Haha yelah Al. Apa je I nak cakap dengan doktor tu? Eh, I nak keluar tanya nurse lah mana makanan you. I keluar kejap eh." Kata Noah tergesa gesa dah mahu membuka pintu bilik wad.

"Noah, I dengar you cakap apa dengan doktor tu." Terkeluar juga apa aku nak cakap.

"Ha? Ca-cakap pasal apa?" Tergagap gagap Noah membalas.

"I mengandung, kan?" Perlahan suaraku berkata. Entah kenapa dalam hati aku cukup gembira dengan khabar indah ini, tapi masa depan aku...

"Al, I taknak you risau pasal ni. I tau you nak sambung belajar dan hidup macam student university biasa tapi... I tak boleh lawan apa yang dah jadi, Al." Dia mendekati aku dan duduk disebelah aku.

"Takpelah Noah, nak buat macam mana. Benda dah jadi." Putusku. Aku cuba untuk terima anak ni walaupun aku masih akan cari cara nak sambung belajar.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now