HF : 15

7.3K 296 0
                                    

Pagi pagi lagi Noah dah buat kecoh cari beg sekolah yang tak jumpa, sekali ada dekat bawah katil kerana lepas sahaja buat kerja akaun, dia sepak begnya kebawah katil. Katanya dia dah mengantuk sangat.

"Al! Tolong ikatkan tie I!" Jerit Noah dari dalam bilik pakaian.

Terkoncoh koncoh aku masuk ke bilik pakaian. Aku tadi sibuk pakai stoking di atas katil. "Kenapa? I tak dengar tadi." Betul! Tak jelas lah suara mamat ni tadi.

Noah tersengih sambil tangannya ligat memusing musing tali leher di lehernya itu. "Pakaikan tie I tolong."

Aku berkerut. "Pakaikan? Habistu sebelum ni siapa yang pakaikan?" Rungutku malas. Namun tanganku mula menyentuh tali leher Noah.

"Biasanya mama." Balasnya selamba.

"Ish teruknya you ni pemalas!" Aku membebel tetapi tangan tetap lincah memakaikan Noah tali lehernya. Tak sampai 5 minit sudah siap ikatan tali leher seperti yang diminta oleh Noah.

"Thanks." Tiba tiba dia mencium pipi kananku. Terkejut aku. Pipiku memerah.

"You ni kan!"

"Al! Noah! Makan!" Jerit Mama mengetuk pintu bilik.

Cepat cepat aku keluar dari bilik sebelum Noah sengal ni buat apa apa. Bau nasi lemak sambal sotong menusuk hidung. Sungguh menggoda!

Selesai makan, kami berdua bertolak ke sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Uncle Zali.

"Nanti Uncle tunggu sini eh?" Tanyaku ceria.

"Ya. Tapi kalau Alissa nak balik lambat ke apa ke talefon je Uncle." Ucap Uncle Zali sebelum menghilang masuk ke dalam kereta.

"So?" Noah menyoal aku.

"Kenapa?" Kami berdua masih statik berdiri di lobi.

"Pergi mana lepas ni?" Tanyanya.

"Pergi kelas lah! Takkan nak lepak sini kot. Masa pertama akaun! Subjek favourite I!" Terbayang Miss Clarin yang cantik itu. Aku bukan lesbian ok!

Noah memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. "Kelas?"

"Yelah! I tak malas macam you ok." Aku menjeling dan membuka langkah untuk masuk ke SCB akaun.

Baru Noah mahu membuka mulut, suara gedik Wardina kedengaran.

"Baby. Awalnya you datang. I miss you baby." Wardina memeluk lengan Noah.

Noah terkejut namun dibiarkan. "I pun rindukan you." Suaranya dilembutkan. Dia memandang kau dan membuat gerakan mulut. Jumpa-nanti.

Aku cuma mengangguk faham dan melangkah ke arah tempat loker dan berjumpa dengan Laura.

"Hey pengantin baru." Laura menegur aku.

Bahunya aku tepuk. "Diamlah gila!"

Laura gelak kuat dan kami berjalan ke SBC akaun bersama.

FIKIRAN aku masih menerawang mengingati kejadian Wardina datang tiba tiba dan meluahkan rindunya pada Noah. Ish takkan aku cemburu pula?

Mana ada aku cemburu! Cuma, geli je! Sanggahnya dalam fikirannya.

Mestilah kau cemburu! Suami kau sendiri kot! Balasnya.

Kau kata kau takde apa apa feelings dekat dia Alissa! Hatinya berkata. Sungguh perasaannya berbolak balik. No! Mana aku suka dia! Ew! Sekejap aku mengangguk sekejap aku menggeleng.

Tanpa aku sedari aku menggeleng betul betul dan Miss Clarin berkerut melihat aku yang seakan tidak memberikan tumpuan semasa belajar. Dahiku juga berkerut kerut.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now