"Is it true, Noah, Alissa?" Miss Clarin merenung aku dan Noah dengan mata tajamnya.Aku dari tadi diam menikus dan Noah hanya menunduk. Banyak kemungkinan akan jadi kalaulah aku tak pergi ke bilik Noah dan Noah tak mesej aku minta perfumnya tadi. Kalaulah aku tak masuk ke dalam biliknya tadi.
Sekarang ni takde salah dan takde betul. Kecuali bahlol yang faham fahamlah siapa. Bukan maksud aku, aku sure sangat pun. Tapi hatiku kuat mengatakan dialah yang buat taik sekarang.
Pap!
Meja ditepuk oleh Miss Clarin membuatkan aku dan Noah terkejut sehingga aku terjongketkan bahu.
"I tanya, you jawablah! You diam buat apa?!"
"Ya miss. We're married." Dalam keterpaksaan Noah mengaku. Dia sedar kalau dia tak jawab, ada patah meja depan kami sekarang ni.
Miss Clarin menghela nafas berat dan duduk di kerusi berhadapan aku dan Noah.
"Since when." Nada suaranya kedengaran sedikit kecewa.
"Kitorang dah hampir 5 bulan kahwin."
Mendengar balasanku, Miss Clarin membesarkan biji matanya lagi. "5 bulan?"
"You all kahwin sebab Alissa mengandung ke?" Tanya Miss Clarin.
Aku dan Noah tersedak dan hampir nak gelak. "Miss, kami berdua kahwin with the restu of both families. Yang mengandung tu tak berapa nak accurate."
Walaupun semalam aku dan Noah dah ehem... tak bermaksud aku berkahwin dengan dia sebab aku mengandung! Kalau tak mesti aku dah beranak! Soalan tak masuk akal lah Miss Clarin ni!
Miss Clarin diam dan duduk di kerusi dihadapan kami. "Dah, you Alissa. Boleh keluar. I hope this situation will not happen again. Noah, jangan nak macam macam eh. I'm watching you guys."
Miss Clarin berlalu keluar dari bilik.
Aku tersengih memandang wajah Noah. Noah pandang aku balik dan kami tertawa.
"Noah, you rasa siapa yang buat video tu?"
Video itu ialah video semasa aku dan Noah bergaduh di Sunway Piramid. Masa Noah bawa aku teman dia tengok fashion show Wardina. Orang yang edit video tu siap highlight lagi masa aku kata aku isteri Noah.
Walaupun hati aku kuat mengatakan orangnya ialah Wardina cibek tu, tapi belum masanya lagi aku menuduh.
"I rasa minah tu." dia mengeluh.
Noah memeluk bahuku dari belakang.
"I pun."
Kami berpelukan sekejap dan aku teringat yang aku perlu ke bilik.
"Noah, I kena balik bilik ni. Jumpa esok." Kataku dan keluar dari bilik Noah.
Butang lif angka 12 aku tekan. Baru sahaja pintu lif mahu menutup, ada tangan yang menghalangnya dari tutup.
"Kejap!" Nyaring suara gadis itu.
Suara yang aku amat kenali. Cepat-cepat aku menekan pintu tutup.
Tapi malangnya, sempat pula makhluk tu masuk.
"Fuh nasib baik sempat." Katanya sambil mengerling ke arah aku.
Menyindir aku lah tu! Aku buat bodoh je dengan perempuan gila sebelah aku ni.
"So you're married with Noah?" Suaranya perlahan.
Tapi sudah cukup untuk aku mencengkam leher Wardina dan menarik nyawanya keluar.
Perangai tak ubah seperti psychopath, dia menjeling kepada CCTV yang terletak di penjuru lif kemudian dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Her Fate | COMPLETED
Romance• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah bernasib baik. Kematian mama kesayanganku sewaktu aku kecil memburukkan keadaan. Ayah aku berkahwin dengan seorang wanita yang memang sejak aza...