Latar Tempat: Ipoh
Watak-watak: SinB dan Eunha
SinB dan Eunha berada di Aeon Station 18. Eunha ingin menukar gaya rambutnya sebelum bertemu dengan sahabat-sahabat lamanya. Mereka berada di dalam salon Girl Friend. "Sabtu ni jadikan pergi Langkawi?" soal Eunha kepada SinB yang masih leka dengan telefon bimbitnya. "Ha apa dia? Aku tak dengarlah" SinB mencabut earphone dari telinganya. "Sabtu ni jadikan pergi Langkawi?" Eunha mengulang soalan yang sama. "Mestilah jadi. Leader Yoaa kita dah confirmkan kot. Jiho, Chaewon dan Hyunjoo pun free sabtu ini" jawab SinB sambil menyumbatkan semula earphonenya ke telinga. Dia akan ke mana sahaja bersama earphonenya. Eunha hanya mengangguk dan terus membiarkan rambutnya dicuci. SinB masih leka dengan muziknya. "SinB..." SinB terdengar sesuatu. Dia menekan butang pause. "Eunha? Kau panggil aku ke tadi?" "Ha? Bila masa pulak? Aku dari tadi tak bukak mulut" terang Eunha.
"Pelik... tadi aku dengar macam ada orang sebut nama aku" SinB bermonolog sendirian. Dia menekan semula butang play. "Jangan...... pergi....." "Jangan pergi??? Setahu aku dalam lagu ni takde lirik 'Jangan Pergi'" SinB terus menekan butang stop dan menyimpan earphone dalam koceknya. Dia mula rasa tidak sedap hati. Eunha hairan melihat tingkahlaku SinB. Beberapa minit kemudian "Perghhh boleh tahan jugak hairstyle baru kau ni" puji SinB. Eunha hanya tersengih. "Dah alang-alang ada dekat Aeon ni..... jom shopping!" laung Eunha. "Jom!" jerit SinB pula. "OMG Sis! Ada jualan murahlah!" Eunha teruja. Di hadapan mereka terdapat sekumpulan wanita sedang mengerumuni tempat jualan beg tangan. "Kau pergilah sorang. Aku tak suka ah kena berebut-rebut ni" jelas SinB. Eunha terus meninggalkan SinB sendirian.
SinB tidak suka akan bunyi bising dan berhimpit-himpit dengan orang ramai. Dia akan rasa terganggu dan hilang tumpuan. Suara orang ramai yang mengerumuni tempat jualan itu mula menganggu SinB. "SinB....." "Jangan...... Pergi....." suara misteri itu muncul kembali. SinB tersentak. Dia sendiri terkejut dan hairan bagaimanalah dia mampu mendengar dengan jelas bisikan misteri itu tatkala berada di tempat yang bising dan riuh-rendah. SinB bergegas ke tandas kerana ketakutan. SinB berasa tidak tenang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam tandas. Dia bimbang suara misteri itu akan muncul kembali. Namun begitu, SinB tidak mendengar apa-apa yang pelik walaupun suasana di dalam tandas wanita itu senyap-sunyi sekali. SinB tidak menceritakan hal ini kepada Eunha. Malam itu, SinB tidak dapat tidur dengan tenang. Hal ini demikian kerana dia terdengar lagi suara misteri itu apabila dia mendengar lagu di laptop dengan menggunakan earphone. Oleh itu, Dia bimbang akan terdengar suara pelik itu lagi. Suasana senyap sunyi membuatkan fikiran SinB serabut dan terganggu. Pagi itu, SinB bangun dengan rasa tenang dan aman. "Pelik, kenapa aku tak dengar suara tu bila suasana senyap dan sunyi?" "Takkanlah....." SinB mula terfikirkan sesuatu.
Petang itu, SinB mengajak Eunha menemaninya ke perpustakaan dan pasar malam. Eunha hairan melihat sikap SinB. "Pelik betul aku dengan SinB ni. Dah kenapa dia tiba-tiba ajak aku pergi perpustakaan. Dia manalah suka membaca. Satu lagi, SinB pergi pasar malam? Ni memang pelik. Mana mungkin SinB yang claustrophobia ni suka pergi pasar malam" Eunha bermonolog sendirian. Malam hari yang sama "Teori aku betul" "Suara itu hanya akan muncul bila aku berada di tempat yang bising" Jawapan kepada misteri SinB terjawab. Buktinya, dia terdengar suara misteri itu sekali lagi apabila dia berada di pasar malam. "Tapi yang peliknya, kenapa suara itu cuma kata SinB Jangan Pergi. Jangan pergi mana?" SinB masih belum membongkar misteri itu sepenuhnya.

YOU ARE READING
G.O.A.T [Malay FF]
FanfictionEnam orang sekawan bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa. Langkawi menjadi destinasi percutian mereka. Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Langkawi, ada sesuatu yang aneh menimpa mereka. G.O.A.T definition 1: Girl or...