Chapter III: Wake Up

85 10 0
                                    

Latar Tempat: Seri Iskandar

Watak-watak: Chaewon dan Hyunjoo

  Chaewon dan Hyunjoo merupakan pemilik butik pakaian April yang terletak di Billion Seri Iskandar. Mereka menjalankan bisnes ini sudah hampir setahun. Mereka juga tidak menggunakan pekerja. Segala-galanya diuruskan oleh mereka berdua. "Jom ahh pergi dinner" pinta Hyunjoo. "Tak nak ahh. Aku tak larat. Satu lagi, siapa yang nak jaga butik ni bila kita takde?" jawab Chaewon malas. "Kalau macam tu, aku tapau jelah untuk kau. Kau nak makan apa?" soal Hyunjoo. "Nasi Goreng Cina dan teh ais" balas Chaewon ringkas. Selepas Hyunjoo bergerak ke medan selera berdekatan, Chaewon terus baring di atas sofa sambil membelek telefon bimbitnya. "Tak sabarnya nak jumpa korang semua. Tinggal dua hari je lagi" Chaewon melihat semula gambar-gambar yang diambil berapa tahun yang lalu. Chaewon meletakkan telefon bimbit di atas meja dan menguap. "Fuhhh aku tak boleh tertido kat sini. Kang kalau ada pelanggan macam mana?" Chaewon menahan dirinya daripada tertidur.

   Dia hanya duduk menggelamun. 10 minit kemudian, Chaewon (yang sebenarnya sudah tertidur) cuba bangun seperti biasa namun dia gagal. Dia cuba membuka matanya namun tetap gagal. "Kenapa aku tak boleh bergerak ni ha?" Dia yang menyangka dirinya masih dalam keadaan berjaga rupa-rupanya sudah lama tertidur. Fenomena ini dinamakan Sleep Paralysis. Chaewon tidak mampu bergerak, bercakap atau melakukan apa-apa ketika itu. Badannya lumpuh buat sementara waktu. Chaewon yang masih berada di dalam keadaan Sleep Paralysis terdengar suasana riuh rendah. Dia juga ternampak seorang gadis berbaju putih. Gadis itu agak tinggi dan wajahnya pula pucat. Gadis itu menghampiri Chaewon yang sedang terbaring.

  Anak mata Chaewon membulat besar sebaik sahaja ternampak lubang besar di dada gadis tersebut. Kepalanya pula sudah pecah dan tangan kanannya pula sudah putus. Perlahan-lahan gadis misteri itu menghampiri Chaewon. Chaewon hendak sahaja menjerit tetapi bibirnya tidak dapat bergerak langsung. "Chaewon... Bangun Chaewon..." Hyunjoo mengejutkan Chaewon. Chaewon tersentak lalu bingkas bangun. Dia sendiri tidak pasti apa yang dilihatnya. "Kau okay ke? Maaflah sebab lama sangat. Ramai pulak manusia yang makan dekat kedai tu" jelas Hyunjoo. "Aku okay aku okay. Aku cuma tertido tadi" jawab Chaewon sambil melemparkan senyuman palsu. "Tadi aku mimpi ke apa? Kenapa rasa macam real?" Chaewon bingung. Selama tiga malam berturut-turut Chaewon mengalami mimpi ngeri yang sama. Mujurlah ianya hanya mimpi tapi Chaewon tetap tidak tenang setiap kali teringat akan mimpi itu. Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seawal 6.30 pagi lagi Chaewon dan Hyunjoo sudah bertolak ke Batu Gajah untuk bertemu dengan Yoaa dan Jiho. Mereka meninggalkan kereta Proton Persona mereka di rumah Yoaa dan Jiho. "SinB dan Eunha macam mana? Diorang dah bersiap ke?" soal Chaewon yang sibuk memasukkan bagasi ke dalam but kereta. "Aku pun tak tahulah. Tapi aku dah pesan kat diorang suruh siap awal-awal sebelum kita sampai" jelas Jiho. 

  "Kalau macamtu, jom ah gerak cepat" pinta Yoaa. Mereka bertolak ke Ipoh tepat jam 7 pagi. Sebaik sahaja menjemput SinB dan Eunha, mereka berenam pun bertolak. Mereka berenam terasa sangat gembira kerana dapat bertemu semula. Walaupun keenam-enam mereka tinggal di Perak, namun disebabkan kekangan masa dan kerjaya, mereka tiada kesempatan untuk bertemu. Namun demikian, disebalik kegembiraan mereka untuk pergi bercuti, ada pelbagai soalan yang timbul di benak fikiran SinB, Yoaa dan Chaewon. "Kenapakah suara itu asyik berkata Jangan Pergi  kepada SinB?" "Siapa pula yang mengekori Yoaa?" "Apakah petanda mimpi Chaewon itu?. Semuanya masih belum terjawab

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now