Part 9

71 10 0
                                    

  Sementara yang lain sudah keluar dari bilik rahsia itu, SinB tiba-tiba berhenti di hadapan Chaewon. "Cepat lari dari sini!" arah Chaewon. "Tak, aku takkan lari selagi si Psiko ni tak mati" tegas SinB. "Aku tahu kau tak sanggup nak buat, jadi biar aku yang buat" sambung SinB. Chaewon menyerahkan pemadam api kepada SinB lalu beredar dari situ. Sana masih tidak mampu bangun. Dia membelakangkan SinB. "Maafkan aku Sana" pemadam api seberat 5kg dihempas kuat pada kepala Sana. Kepala Sana bersepai di atas lantai dan Sana mati di tempat kejadian. SinB terus mendapatkan rakan-rakannya semula. Mereka naik ke permukaan dengan selamat. Pihak polis tiba beberapa minit kemudian. Misteri kehilangan-kehilangan pelancong yang melancong di Langkawi sudah terjawab. Mayat Sana dan lain-lain berjaya dibawa keluar daripada bilik bawah tanah itu. Pihak polis mengambil keputusan untuk menutup homestay itu. Jika perlu, Twice Homestay akan dirobohkan. 

Selepas mengambil keterangan saksi, SinB dan lain-lain terpaksa pulang awal. Mujurlah pihak polis bermurah hati untuk menghantar mereka ke Jeti Langkawi. Percutian mereka tamat begitu sahaja. Mereka sendiri tidak menyangka akan mengalami percutian sebegini. "Bagasi dan barang-barang masukkan je dalam but kereta. Tiga orang naik satu kereta" arah seorang Pengawai Polis Wanita dengan mesra. "Korang naiklah dulu, biar aku kunci homestay puaka ni" kata SinB. SinB melihat ruang tamu homestay itu untuk buat kali terakhir. "Terima kasih SinB..... Terima kasih semua....." bisik Tzuyu buat kali terakhir. SinB hanya tersenyum dan terus berlalu pergi. Pukul 6.45 am, Mereka berenam duduk termenung sambil menunggu ketibaan feri. "Siapa sangka orang yang sebaik Sana tu rupanya jahat dan psiko. Nasib baik kita tak jadi lauk dia hahaha" sempat lagi SinB ketawa. "Haishhh kau ni SinB, boleh pulak kau gelak time kita diambang maut tadi" marah Eunha.

"Well I guess we must 'don't judge a book by its cover'. Luarannya nampak normal dan baik tapi dalamannya....." tambah Jiho. "Tapi aku peliklah, kenapa si Tzuyu tu tolong kita? Dan kenapa aku, SinB dan Chaewon je yang sedar akan kehadiran dia?" Yoaa hairan. "Mungkin kita ni antara insan-insan yang terpilih? Hahaha" gurau Chaewon. "Tak kisahlah semua tu. Janji kita semua selamat" sampuk Hyunjoo. "Betul kata Hyunjoo tu" kata Eunha pula. "Kita ni kira bernasib baiklah sebab ada hantu baik tolong kita. Bayangkanlah kita dikejar oleh psiko dan hantu pada masa yang sama errrrr memang menakutkan" kata SinB. "Eiii dahlaaa, jangan cakap pasal ni lagi!" Jiho menekup telinganya. "Hati-hati Jiho. Mungkin malam nanti si Tzuyu masuk bilik kau lepastu mintak tips kecantikan hahaha" usik Yoaa selamba. "Ha'ah lepas tu dia teman Hyunjoo jaga butik masa aku cuti nanti" tambah Chaewon pula. "Last sekali, dia muncul dalam cermin bila Eunha tengah mandi" SinB ketawa besar. "DIAMLAHHHH!!!!" jerit Eunha, Jiho dan Hyunjoo serentak. SinB, Yoaa dan Chaewon pula mula melarikan diri dengan riangnya.


G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now