Part 8

70 11 0
                                    

  "Kehidupan Sana tak seperti remaja lain. Walaupun ibu bapanya mempunyai homestay yang besar dan mewah, Sana tak gembira dengan kehidupannya. Ibu Bapanya terlalu sibuk bekerja sampai lupa pasal Sana. Dia pun tiada ramai kawan mahupun kekasih. Sebab tu lah, saya jadi BFF dia tapi...." "Tapi saya dah lukakan hati dia tanpa sengaja. Saya..saya sendiri tak sangka yang dia cemburu dengan apa yang saya ada. Saya ikhlas berkawan dengan dia tapi....." Tzuyu tidak mampu menghabiskan ayatnya. "It's okay Tzuyu. Bukan salah awak pun. Awak ikhlas berkawan dengan dia tapi dia yang tak hargai persahabatan yang ada" kata Chaewon. "Sana tu bukan manusia biasakan? Ada cara untuk bunuh dia?" tanya SinB serius. "Tak, Sana tetap manusia biasa walaupun dia kanibal. Cuma baru-baru ini dia mendalami ilmu hitam untuk jadi makhluk lain tapi bentuknya masih belum sempurna" terang Tzuyu. "Bentuk dia masih belum sempurna.... Jadi mesti ada cara nak bunuh dia" kata Yoaa. Mereka terdiam sejenak. "Setakat ini, awak berenam je yang berjaya melarikan diri daripada dia tapi awak semua kena sentiasa berwaspada. Dia mungkin akan muncul kembali" "Tapi saya percaya dan yakin awak semua mampu tamatkan semua kegilaan ini. Awak semualah harapan saya" kata Tzuyu lalu terus ghaib perlahan-lahan. "Tunggu!" jerit mereka serentak. SinB duduk tersandar di pintu sambil memikirkan cara untuk membunuh Sana dan seterusnya menyelamatkan diri. "Korang sendiri dengarkan apa yang Tzuyu cakap? Sana tu manusia biasa, kita pasti dapat bunuh dia" kata SinB. "Dia memang manusia biasa tapi...tapi dia tetap psiko! Mustahil kita dapat bunuh orang gila!" Eunha membantah. "Betul kata Eunha tu. Dia memang manusia biasa tapi dia tu psiko dan korang mesti tahu orang gila bertindak macam mana kan? Dia akan jadi lebih agresif nanti" Yoaa menyokong pendapat Eunha. "Habis tu takkan kita nak stay sini sampai bila2? Kau nak tengok si psiko tu makan kita hidup-hidup?!" Jiho meninggikan suaranya.

  "Kawan-kawan, sekarang bukannya masa untuk bergaduh. Kita kena ikhtiar cari jalan keluar dari sini dengan selamat" Hyunjoo mula bersuara. "Betul kata Hyunjoo tu. Pertengkaran tak membantu menyelesaikan masalah" ujar Chaewon. *tup* *tup* *tup* SinB terdengar sesuatu. SinB yang duduk sejak tadi bingkas bangun. Dia mendengar dengan teliti bunyi tersebut. "Sa.....Sana dah datang!" kata-kata SinB membuatkan rakan-rakannya membeku. Mereka semakin panik tetapi Chaewon masih dapat berfikir dengan tenang. "Yoaa kau lindungi Jiho, Hyunjoo, Eunha. SinB sediakan kau punya kayu pemukul besi tu. Aku tahu apa yang nak dibuat" arah Chaewon. Jiho, Hyunjoo dan Eunha bersembunyi di belakang Yoaa sementara SinB sudah bersedia dengan kayu pemukul besinya. Setapak demi setapak Sana menghampiri bilik rahsia itu. Jantung mereka berdegup dengan kencang. *krekkkkkk* Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. "Makanan.....makanan......" Sana Si Kanibal muncul di hadapan mereka. Jiho, Hyunjoo dan Eunha mula menangis sementara Yoaa mula menenangkan mereka semua. "Aku tak takut dengan kaulah! Kau manusia biasa! Aku tak takut dengan manusia biasa!" pekik SinB. Kayu pemukul besi digenggamnya erat. "Makanan....makanan...." ulang Sana. Tanpa berfikir panjang, SinB terus menyerang Sana. Kayu pemukul besi itu tidak berhenti-henti singgah di badan Sana tetapi Sana masih kuat. Tangan kiri Sana mula mencekik leher SinB sementara tangan kanannya pula siap-siaga untuk merobek jantung SinB. Kayu pemukul besi dipegang SinB rebah ke bumi. "Aku...aku kena buat sesuatu. Aku ketua, aku tak boleh duduk diam je" Yoaa berlari pantas lalu mencapai kayu pemukul besi itu. Yoaa terus melibas kaki Sana. SinB terlepas dari cengkaman. Sana yang mengerang kesakitan cuba untuk berdiri namun gagal. "Korang semua cepat lari!" jerit Chaewon yang sudah siap-siaga dengan pemadam apinya. Sepantas kilat, dia menembak Sana sekali lagi. Sana meronta-ronta.

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now