Chaewon tersentak. "Laaa kau rupanya Jiho. Kau nak apa?" segera Chaewon menutup pintu almari tersebut. "Yoaa suruh kita semua bersiap cepat. Minah tu dah excited nak pergi jalan-jalan" terang Jiho. "Okay. Kang aku bersiap" kata Chaewon ringkas. Jiho terus naik ke biliknya sementara Chaewon masih berada di dapur, tertanya-tanya mengapa tersembunyi pintu rahsia di dalam almari buruk itu. 35 minit kemudian, mereka semua sudah berada di dalam kereta. Seperti biasa, Yoaa yang menjadi pemandu. SinB duduk disebelah Yoaa. Yang lain duduk di barisan tengah dan belakang. "So gaisss, kita nak pergi mana dulu ni?" soal Yoaa. "Dataran Lang ahhh" cadang Eunha selamba. Yang lain hanya mengangguk. "Alright then" Yoaa terus memandu. Diringkaskan cerita, pelbagai tempat menarik mereka lawati selama dua hari ini. Mereka akan pulang ke Perak pada hari ketiga. Pantai Cenang, pukul 7.20 pm, 5 minit sebelum matahari terbenam, Mereka berenam duduk di atas pasir putih yang cantik sementara menunggu matahari terbenam. "Bestkan percutian kita kali ni? Tak sia-sia Yoaa pilih Langkawi sebagai destinasi percutian kita" kata SinB sambil tersenyum. "Yes betul tu tapi sebenarnya lokasi percutian itu taklah penting sangat" "Apa yang penting, memori indah yang kita cipta bersama semasa berada dalam percutian ni. Kita berenam yang jadikan percutian ni lebih indah dan manis" kata-kata itu dilafazkan sendiri oleh bibir Yoaa. "Setuju!" jerit Jiho. "Cant agree more" sampuk Eunha. Hyunjoo hanya menunjukkan isyarat thumb up kepada Yoaa. Chaewon pula hanya mendiamkan diri tadi. Dia leka melihat matahari yang hampir terbenam. "Wahhhhh" Chaewon teruja melihat matahari yang mula terbenam perlahan-lahan. Yang lain turut menyaksikan fenomena indah dan jarang dilihat itu. Mereka semua tersenyum manis. SinB tiba-tiba bangun dan berkata "Aku harap persahabatan kita ni akan kekal sampai bila-bila" . Yang lain hanya mengangguk serta turut bangun dan mula berpegangan tangan sambil menyaksikan matahari terbenam.
Malam itu, mereka semua berkumpul di ruang tamu sambil melakukan aktiviti masing-masing. Yoaa, SinB dan Hyunjoo leka menonton televisyen, Eunha dan Jiho sibuk membelek telefon bimbit sementara Chaewon seperti biasa, leka membaca novel. Namun begitu, Chaewon tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembacaan kerana fikirannya asyik memikirkan perkara yang lain. Perasaan ingin tahu masih menghantui dirinya. Dia ingin mengetahui rahsia disebalik pintu di dalam almari itu. "Baiklahhhh, bila semua orang dah tido nanti, aku nak periksa pintu tu" Chaewon nekad. Pukul 12.30 am, semua orang kecuali Chaewon sudah lena dibuai mimpi. Chaewon terpaksa bersengkang mata semata-mata untuk menjalankan misi rahsianya. Dia yang tidur sebilik dengan Hyunjoo terpaksa keluar dari bilik senyap-senyap. Dia terpaksa menjengket agar tidak mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Bilik-bilik mereka terletak di tingkat atas. Chaewon berjaya turut ke tingkat bawah dan terus menuju ke dapur. Hujan lebat mula mencurah. Guruh juga berdentum. Chaewon mula terasa takut tetapi perasaan ingin tahu yang tinggi tetap menguasai diri Chaewon. Chaewon tidak mempedulikan perasaannya. Dia mempercepatkan langkah ke dapur. Almari buruk itu betul-betul berada di hadapannya. Chaewon menghela nafas panjang. Tangannya mula mencapai pemegang almari. Pintu almari dibukanya perlahan-lahan. Pintu rahsia itu berada dihadapannya. Perlahan-lahan tangan Chaewon mendekati tombol pintu itu dan tiba-tiba, "Warghhh" kedengaran suara seorang perempuan menjerit dan bunyi gelas kaca pecah. Automatik kepala Chaewon toleh ke belakang dan dia turut menjerit. "SinB!!! Kau rupanya! Apa yang kau buat dekat sini?" Chaewon cuba bertenang sebaik sahaja mengetahui jeritan itu berasal dari SinB. "Fuhhh kau rupanya Chaewon. Serius aku terkejut tadi. Aku ingat ada hantu dalam rumah ni" "Aku yang patut tanya soalan tu dekat kau" kata SinB. "A..aku nak pergi tandas. Tandas dalam bilik takde air" bohong Chaewon.

YOU ARE READING
G.O.A.T [Malay FF]
FanfictionEnam orang sekawan bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa. Langkawi menjadi destinasi percutian mereka. Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Langkawi, ada sesuatu yang aneh menimpa mereka. G.O.A.T definition 1: Girl or...