Dua minit kemudian, mereka terdengar bunyi guli bertaburan di atas lantai. "Bunyi apa tu?" tanya Yoaa. "Bunyi guli" jawab Chaewon selamba. "Bunyi guli? Biar betul" sampuk SinB. "Pergi dari sini....." SinB terdengar suara itu lagi. "Pergi dari sini?" SinB mengulang semula ayat yang disebut oleh suara misteri itu. "Gaiss, jomlah kita balik bilik dulu. Aku rasa tak sedap hatilah" jelas SinB. "Tadi kata nak call polis..." sampuk Yoaa. "Macam nilah, kita semua masuk bilik dulu dan kunci pintu bilik masing2" "Yoaa kau telefon polis dari dalam bilik" cadang Chaewon. Yoaa setuju. Mereka bertiga terus naik ke bilik di tingkat atas. "Yoaa? Kau pergi mana tadi?" tanya Jiho sebaik sahaja Yoaa menjejakkan kaki ke dalam bilik. Soalan Jiho diendahkan oleh Yoaa. "Aduhhh takde line la pulak" rungut Yoaa. "Kau nak telefon siapa pulak time2 macam ni? Pizza Hut?" Jiho masih tertanya-tanya. "Sebenarnya Jiho....." Yoaa menceritakan hal yang sebenar. Sementara itu, selesai sahaja mengunci kunci bilik, Chaewon duduk di atas katil sambil merenung Hyunjoo yang masih lena di dibuai mimpi. "Apa benda yang aku nampak tadi? Kenapa aku macam nampak je benda tu?" Chaewon bermonolog sendirian. "Mungkin semua ni ada kena mengena dengan pintu rahsia tu" Chaewon membuat teorinya sendiri. "Suara tu....suara tu muncul kembali tapi...." Tapi apa maksud dia 'Pergi dari sini'? Ini amaran atau peringatan?" pelbagai persoalan timbul di benak fikiran SinB. "Mula2, 'Jangan Pergi' lepastu 'Pergi dari sini'... apa...apa maksud semua ni?" SinB bingung. Dia termenung sambil melihat refleksi dirinya pada cermin dan tiba-tiba muncul satu perkataan pada cermin itu. "KELUAR DARI SINI CEPAT!" Perkataan itu seakan-akan ditulis dengan darah. Beberapa saat kemudian, tulisan itu pun hilang. Badan SinB mula mengigil ketakutan. Dia mula mengejutkan Eunha dan menghubungi yang lain. Mereka berkumpul di hadapan bilik SinB dengan tergesa-gesa. Hyunjoo dan Eunha tidak pasti dengan apa yang berlaku sementara Jiho sudah mengetahui hal sebenar. Pertengkaran kecil berlaku antara SinB dan Chaewon.
Chaewon enggan keluar dari homestay itu sehinggalah pihak polis tiba. Dia juga ingin mengetahui rahsia pintu di dalam almari tersebut. SinB masih dengan keputusannya untuk keluar dari homestay itu kerana dia mula bimbang akan keselamatan dirinya dan lain-lain. Yoaa pula mati akal. Tepat pukul 3 am, Hyunjoo terdengar sesuatu. "K...k..korang dengar tak apa yang aku dengar?" "Bu...bunyi tu datang da....dari dapur!" kata Eunha. Jiho mula menelan air liurnya. SinB masuk ke dalam biliknya semula. "Kau dapat mana kayu pemukul tu?" soal Yoaa terkejut. SinB mengeluarkan kayu pemukul besi dari dalam biliknya. "Aku jumpa benda alah ni bawah katil. Dah jom, aku tak nak mati tanpa berlawan" kata SinB selamba. SinB tidak pasti dengan apa yang telah berlaku tapi dia yakin, ada seseorang telah menceroboh rumah mereka. SinB turun ke tingkat bawah dengan pantas sambil diekori oleh rakan-rakannya dari belakang. "Hati-hati sikit. Jangan laju sangat" pesan Jiho. Sebaik sahaja tiba di dapur, mereka ternampak susuk tubuh wanita sedang memotong sesuatu di atas papan cincang. Chaewon menghidupkan suis lampu. Lampu terpasang dalam keadaan malap. "Sa....Sana!" mereka berenam terkejut besar melihat Sana. "A...apa awak buat kat sini? Macam mana awak boleh masuk?" tanya Yoaa. "Ni kan homestay aku, dah tentu2 aku ada kunci spare" "Apa yang aku buat kat sini? Aku nak makan malamlah" terang Sana. Tangannya masih memotong sayur-sayuran. "Makan malam? Makan malam apanya dah pukul 3 pagi ni" sampuk Jiho. Eunha dan Hyunjoo saling berpelukan kerana ketakutan. Chaewon hanya memerhatikan gerak-geri Sana. SinB mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. "Pecah masuk rumah orang pukul 3 pagi dan masak makan malam time2 camni? Memang pelik" "Siapa kau sebenarnya ha? Apa niat kau yang sebenarnya?" soal SinB serius. "Bagus soalan kau tu. Memandangkan kau dah tanya, aku akan jawab" Sana meletakkan pisau di atas papan cincang. Matanya memandang tajam ke arah mereka berenam.

YOU ARE READING
G.O.A.T [Malay FF]
FanfictionEnam orang sekawan bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa. Langkawi menjadi destinasi percutian mereka. Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Langkawi, ada sesuatu yang aneh menimpa mereka. G.O.A.T definition 1: Girl or...