Part 6

66 11 0
                                    

  "Nama aku Minatozaki Sana. Niat aku datang sini adalah untuk menikmati makanan lewat malam aku. Dan makanan lewat malam aku ialah....... KORANG SEMUA" kata-kata Sana membuatkan mereka tersentak. Sana mengambil semula pisau tadi. Dia membelek pisau tersebut. "Jadi tv tu, radio tu, bunyi guli tu semua kerja kaulah..." tanya Yoaa pula. "Tepat sekali. Aku sengaja buat semua tu untuk takut-takutkan korang je" "Mesti korang ingat ada hantu dalam rumah ni kan? HAHAHA!" Sana ketawa jahat. "Korang ingat tak apa yang aku makan haritu masa kita mula2 jumpa?" sambung Sana lagi. "Otak-Otak, Jantung Pisang... huh?!" Chaewon mula perasan sesuatu. "Tepat sekali. Makanan-makanan itu cuma hint je. Sebenarnya aku suka makan otak dan jantung... MANUSIA! HAHAHA!!!" Sana mula mengilai. "Tak guna kau Sana! Kau bukan manusia rupanya!" pekik SinB. "Aku bukan manusia? Hahahaha Kau silaplah. Aku manusia biasa, macam korang, cuma selera aku unik sikit daripada korang. Korang suka makan ayam, daging, ikan tapi aku suka makan manusia hihi" Sana ketawa kecil. "Dah2, aku dah banyak buang masa bersembang dengan makanan aku ni. Sekarang masa untuk MAKAN!" suara Sana mula berubah. Mereka mula panik dan berundur ke belakang. "Tak guna kalau korang cuba lari. Sementara korang sibuk berbincang kat atas, aku dah kunci semua pintu yang ada HAHAHAHA!" Sana mengilai sekali lagi. "A..apa kita nak buat ni???!" Eunha semakin panik. Sana pula menghampiri mereka perlahan-lahan. "Jangan risau, aku ada untuk lindungi korang semua" SinB cuba menenangkan rakan-rakannya. Chaewon terpandang almari yang terdapat pintu rahsia di dalamnya. Almari itu betul-betul berada di belakang Sana. Terdapat juga pemadam api disediakan di tepi almari itu. Dia mula terfikir sesuatu. "SinB kau alihkan perhatian Sana. Aku tahu apa yang aku kena buat" bisik Chaewon. SinB menurut saja permintaan Chaewon. Selangkah demi selangkah Sana menghampiri SinB dan rakan-rakan.

  SinB dan Yoaa dengan beraninya melindungi yang lain. Jiho dan Eunha saling berpelukan dan Hyunjoo pula mula menangis kerana ketakutan. Perlahan-lahan Chaewon pergi ke almari yang terletak betul-betul di belakang Sana. Pisau yang dipegang tangan kanan Sana sengaja dijatuhkan. Fizikal Sana mula berubah sepenuhnya. Matanya mula hitam pekat, kukunya mula menajam dan bajunya yang pada asalnya serba-serbi indah mula lusuh dan buruk. Sana tidak lagi kelihatan seperti manusia. "Ke tepi!!!" Chaewon menghalakan pemadam api ke arah Sana lalu menembaknya. Sana mula meronta-ronta. "Korang semua! Dengar cakap aku, masuk dalam almari tu cepat! Kat dalam tu mungkin ada bilik rahsia!" gesa Chaewon. SinB, Yoaa dan lain-lain bergerak sepantas kilat masuk ke dalam almari tersebut. "Gelap betul bawah ni" kata Eunha. "Jangan risau, Torchlight handphone kan ada" "Dah jom" gesa SinB. SinB, Eunha, Yoaa dan Jiho bergerak terlebih dahulu meninggalkan Hyunjoo dan Chaewon di belakang. Walaupun berada dalam keadaan takut, Hyunjoo tetap menunggu rakan baiknya. Selesai menutup pintu almari dan mengunci pintu, Chaewon terus mendapatkan Hyunjoo dan terus menuruni tangga yang dianggarkan berketinggian 10 kaki itu. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di laluan yang agak sempit sepanjang 500 meter. "Kau rasa laluan ni akan bawak kita ke mana?" tanya Jiho. "Mungkin jalan keluar yang lain?" Eunha membuat andaian. "Kita secara umumnya kat bawah tanah sekarang. Tak mungkin laluan ni akan bawak kita ke jalan keluar yang lain" kata SinB selamba. "Betul kata SinB. Mungkin kita akan jumpa sebuah bilik rahsia" kata Chaewon. 2 minit kemudian, mereka tiba di jalan mati. "Ja...jalan mati!" Yoaa mula panik. Yang lain juga mula resah gelisah. Chaewon perasan ada sesuatu yang pelik pada dinding itu. "Tak, ni bukan jalan mati tapi......" Chaewon menyuluh permukaan dinding itu. Terdapat tombol pintu pada dinding yang berlumut itu. "Ni bukan jalan mati tapi satu lagi pintu rahsia" terang Chaewon.

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now