Part 7

71 11 0
                                    

*krekkkkk* Chaewon membuka pintu itu perlahan-lahan. "Bau apa ni? Busuk betul!" keluh Jiho. "Busuk, sejuk dan gelap... tempat apa ni??" Eunha memeluk tubuhnya. Hyunjoo ternampak suis lampu pada dinding. Dia terus memetik suis lampu. Lampu menyala malap. Anak mata mereka berenam mula membesar dek terkejut melihat sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. "Ma...Mayat....." "Tengkorak pun....ada" kata Yoaa dan SinB. Mayat-mayat bergelimpangan di atas lantai. Tengkorak manusia pula elok dilongokkan di satu sudut. Di satu sudut pula, terdapat pelbagai organ dalaman manusia bersepah di atas lantai. Mereka mahu muntah. Yoaa tidak sanggup melihat mayat-mayat yang ada tetapi Yoaa mula perasan sesuatu. "Eunha, tu....." "Apa dia??" aku tak berani nak tengoklah" Eunha memarahi Yoaa. "Eunha, tengok ahh tu! Tu kan budak perempuan yang dikatakan hilang minggu lepas!" Yoaa cam benar wajah gadis yang hilang itu. Eunha terpaksa memberanikan diri melihat wajah ngeri gadis tersebut. "Be....betul lah!" Eunha tergamam. "Maknanya, gadis-gadis yang hilang tu pernah menginap kat sini dan diorang jugak menjadi mangsa Sana.." SinB menyampuk. "Betul tu, kalau korang tengok betul-betul mayat tu, jantung dan otak diorang dah hilang. Sudah terang lagi bersuluh ini angkara Sana" tegas Chaewon. "Korang! Boleh tak kita fokus cari jalan keluar sekarang? Kita hampir dimakan oleh perempuan psiko yang entah manusia ke tidak, turun ke bawah tanah dan terperangkap dalam bilik mayat ni tapi korang masih boleh berbincang pasal Sana! Korang dah tak betul ke apa?!" Jiho mula hilang kewarasan. "Sabar ahh Jiho, kalau kita naik balik ke tingkat atas dah tentu-tentu dia akan bunuh kita!" jerit SinB. "Habistu, takkan kita nak duduk sini sampai si psiko tu pergi? Kita belum tentu selamat berkurung kat sini!" Eunha pula mula marah. Yoaa cuba meleraikan pertengkaran yang ada. Chaewon pula hanya melihat mereka. Dia masih mati akal dan buntu. Hyunjoo yang bersendirian seperti biasa. Dia masih terkejut dan takut.

 Mentol lampu yang menyala mula berkelip-kelip. Angin sejuk mula bertiup kencang. Suasana yang riuh-rendah sebentar tadi mula bertukar sunyi dan sepi. Mereka berkumpul di satu tempat. Entah mengapa, mereka berenam memandang dinding di hadapan mereka serentak. Mereka dapat rasakan ada sesuatu bakal keluar dari dalam dinding itu. "Apa khabar awak semua?" Dugaan mereka benar. Seorang gadis cantik dan tinggi lampai keluar dari dalam dinding sambil menguntumkan senyuman manis. Mereka terperanjat. "Jangan takut. Saya takkan apa-apakan awak semua" "Nama saya Tzuyu. Saya kawan baik Sana" Tzuyu memperkenalkan dirinya. "Kau...kau rupanya! Aku...aku kenal sangat suara kau!" SinB perasan sesuatu. "Betul tu. Suara misteri itu adalah suara saya. Saya jugaklah yang mengekori Yoaa dan muncul dalam mimpi Chaewon" jelas Tzuyu. Yoaa dan Chaewon tergamam sebentar. "Niat saya yang sebenar bukanlah untuk menakutkan awak bertiga. Saya lakukan semua ini adalah untuk melarang awak semua menginap di sini" terang Tzuyu. "Maksud awak?" Chaewon curiga. "Sebenarnya, saya meninggal disebabkan oleh Sana. Dia yang bunuh saya. Dia cemburu dengan kecantikan dan perhatian yang saya miliki" "Homestay ni pula milik ibu bapanya. Pada satu hari, dia jemput saya menginap di homestay ini bersama dia. Semuanya kelihatan baik sehinggalah Sana bertindak liar. Dia mula menengking saya dengan alasan yang tidak munasabah" "Sana mula bertindak diluar kawalan sehingga dia membunuh saya dengan kejam. Otak saya bersepai, Jantung saya dirobeknya dan tangan kanan saya dipotongnya" "Lepas tu, otak dan jantung saya dimakannya. Darah pula menjadi minumannya. Dan sejak haritu jugaklah dia berubah jadi kanibal. Mayat saya pula ditanam di dalam dinding tu" jelas Tzuyu secara terperinci. "Jadi dia lakukan perkara yang sama pada penginap lain?" soal Yoaa ingin tahu. "Betul tu. Selepas dia makan jantung dan otak mereka, mayatnya dibuang kat bawah ni. Selera dia cuma gadis-gadis belasan tahun" jawab Tzuyu

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now