"Patut ahhh. Aku dahaga. Sebab tu aku turun ke dapur ni ha" "Aku menjerit tadi sebab terkejut nampak kau. Aku ingat kau hantu. Fuhh nasib baik jantung aku masih kuat" jelas SinB. Chaewon hanya ketawa mendengar cerita SinB. "Sebenarnya kau tipu aku, kan? Kau bukan nak pergi tandas tapi kau nak periksa almari tu, kan?" Chaewon terkejut mendengar soalan SinB. "Ma..mana kau tahu ni?" "Aku perasan sejak semalam kau asyik tengok almari buruk tu setiap kali masuk dapur. Apa yang tersembunyi dalam almari buruk tu?" soal SinB ingin tahu. "Baiklahhh.. ni rahsia antara kita berdua je. Ada pintu rahsia dalam almari ni tapi aku sendiri tak tahu apa yang tersembunyi di sebalik pintu rahsia ni" Chaewon terpaksa berterus-terang. SinB menjenguk ke dalam almari itu dan terkejut. "Betul ahh. Jadi kau berniat nak bukak pintu rahsia ni lah?". Chaewon hanya mengangguk. "Aku rasa tak sedap hati ah Chaewon. Lebih baik kau jangan bukak" kata SinB. "Tapi kalau kita tak bukak, kita tak akan tahu" Chaewon masih ingin membuka pintu tersebut. Tangan Chaewon perlahan-lahan mendekati tombol pintu itu dan tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan bunyi televisyen yang kuat. "Haishh siapa pulak tengok tv tengah-tengah malam buta ni" rungut SinB. Mereka berdua bergegas ke ruang tamu. "Yoaa? Hyunjoo? Jiho? Eunha? Mana korang?" panggil Chaewon. Sudah tentu antara mereka berempat yang memasang televisyen itu. "Pelik... takkanlah diorang tengok tv time2 macam ni?" desis hati kecil SinB. SinB ternampak alat kawalan jauh masih diletakkan elok di tepi kabinet tv. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga. *tup* *tup* *tup* Chaewon dan SinB mula panik. Walau bagaimanapun, mereka berdua tetap mendongak ke atas. "Laaa korang rupanya yang bukak tv time2 camni" "Kalau nak tengok tv pun agak-agak ahh. Jangan pasang kuat sangat" Yoaa rupanya yang menuruni tangga itu.
Mereka berdua menghela nafas lega. "Sebenarnya Yoaa, bukan kitorang yang bukak tv ni. Kitorang ada kat dapur time tv ni terpasang" jelas SinB. Yoaa terperanjat. "Mungkin Jiho yang bukak" Chaewon masih positif. "Tak mungkinlah. Jiho tido elok je sebelah aku tadi" terang Yoaa. "Kalau bukan Jiho, mesti Hyunjoo atau Eunha" Chaewon masih berfikiran positif. "Aku tak rasa diorang bukak tv ni sebab Eunha tido mati, Hyunjoo pulak takkanlah dia nak tengok tv tengah2 malam ni sorang2" tegas SinB. "Habis tu siapa yang bukak? Takkanlah dalam rumah niiii ada...." belum sempat Yoaa menghabiskan ayatnya, mereka terdengar sayup-sayup bunyi radio terpasang. "Windy day~ Windy day~ Windy day~" lagu Windy Day oleh Oh My Girl berkumandang entah dari mana. "Jiho? Eunha? Hyunjoo? Korang kan yang pasang radio tu? Jangan main-main" kata SinB. Yoaa dan Chaewon hanya diam seribu bahasa. Mereka masih terkejut. Bunyi radio itu datang dari sudut bacaan. Mereka bertiga memberanikan diri pergi ke sudut bacaan. Lagu masih terpasang. SinB terus mematikan radio yang diletakkan di atas meja belajar. Tiada apa yang bersepah di atas meja belajar itu. Novel dan majalah masih tersusun rapi. "Pelik... kalau ada orang pecah masuk dah tentu-tentu dia akan sepahkan semua benda untuk cari sesuatu" kata Chaewon. "SinB.... SinB...." Kedengaran suara seseorang memanggil nama SinB. Dia tidak pasti suara itu datang dari mana tapi yang pasti, itu bukan suara rakan-rakannya. Dia kenal amat suara rakan-rakannya. SinB mula rasa tidak sedap hati. *tup* *tup* *tup* Yoaa terdengar bunyi tapak kasut. Hanya dia seorang dapat mendengarnya. Dia mengendahkannya. Mata Chaewon pula melilau di merata tempat. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu. Bola matanya membesar kerana ketakutan. Mulut dia terkunci. Dia terus berpaling ke tempat lain. "So apa kita nak buat sekarang?" soalan SinB memecahkan keheningan. "Aku rasa lebih baik kita telefon polis. Aku rasa tak sedap hatilah" cadang Yoaa. Chaewon mengangguk tanda setuju.

YOU ARE READING
G.O.A.T [Malay FF]
Fiksi PenggemarEnam orang sekawan bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa. Langkawi menjadi destinasi percutian mereka. Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Langkawi, ada sesuatu yang aneh menimpa mereka. G.O.A.T definition 1: Girl or...