Part 2

69 10 0
                                    

 "Tiga orang gadis yang sedang bercuti tiba-tiba hilang. Dipercayai Langkawi menjadi lokasi terakhir mereka dikesan" Eunha membaca tajuk berita di laman web rasmi Astro Awani. "O...kayyyy ni menakutkan" Eunha bermonolog sendirian. "Apa yang menakutkan tu?" soal Yoaa yang kebetulan terdengar kata-kata Eunha. "On Whatsapp" arah Eunha. Segera Yoaa mengeluarkan telefon bimbitnya. Rakan-rakan yang lain tidak berminat untuk mengetahui berita sensasi Eunha. "Okay memang menakutkan" automatik mulut Yoaa berkata demikian. Yoaa sedikit sebanyak mula risau tetapi dia tetap positif. Setengah jam kemudian, "Akhirnya! Welcome to Langkawi" jerit SinB sebaik sahaja menanggalkan earphonenya. "Fuhh tak sangka kita sampai jugak Langkawi" sampuk Jiho. "Dahlah jom cari si Sana tu cepat. Dia mesti dah tunggu kita" gesa Eunha. Mereka semua terus bergerak. Keadaan Hyunjoo bertambah baik sebaik sahaja bangun dari tidur. "Kau cam kan muka si Sana tu?" soal Chaewon kepada SinB. "Mestilah. Dah banyak kali aku tengok muka dia dekat FB" Yoaa pula sibuk mencari gadis tinggi lampai dan berdarah kacukan Jepun itu. "Apa khabar semua" sapa seseorang dari belakang. Mereka berenam tersentak. "Cik Sana!" SinB teruja. "Tak perlulah panggil saya Cik. Panggil Sana cukup" kata Sana. "Maaflah kami lambat. Ramai orang masa nak turun tadi" sampuk Yoaa. "It's okay, Saya faham. Jom kita ke kereta" Sana membawa mereka berenam ke kereta. "Ni kereta saya. Kereta ni hanya digunakan untuk ambil dan hantar balik penginap homestay je" "Tapi jangan risau, kereta sewa korang ada dekat homestay saya" jelas Sana lagi. Mereka berenam segera memasukkan 3/6 bagasi ke dalam but kereta. "Ermmm Sana. Saya ada satu permintaan. Boleh tak bawak kami ke restoran atau gerai berdekatan? Kami belum lunch lagi" pinta SinB. "Boleh, no problem tapi awak kenalah belanja saya nanti hahaha" gurau Sana. SinB hanya mampu ketawa. Setibanya di gerai, mereka memesan makanan kegemaran masing-masing.

  Makanan yang dipesan oleh Sana agak unik. Dia memesan nasi putih, Gulai jantung pisang, otak-otak dan air sirap. " Awak memang suka makan jantung pisang dan otak-otak eh?" soal Yoaa ingin tahu. "Ha'ah nilah makanan kegemaran saya, jantung dan otak" "I mean jantung pisang dan otak-otak hehe" Sana hanya tersenyum. Yoaa hanya mengangguk kecil. "Lepas makan korang nak ke mana? Nak jalan-jalan dulu atau chek-in homestay?" soal Sana pula. "Kitorang nak check-in homestay dululah. Nak rehat kejap. Petang sikit baru keluar jalan-jalan" balas SinB. Selesai makan, Sana terus membawa mereka berenam ke homestay miliknya. Homestay dua tingkat yang diberi nama Twice Homestay itu tersergam indah di hadapan mereka. Mereka tidak habis-habis memuji homestay itu. Sana tersipu malu. Sana menyerahkan kunci homestay dan kereta kepada SinB dan terus beredar. Mereka berenam memeriksa satu rumah sebentar sebelum berehat. Homestay dua tingkat itu tersangatlah selesa. Pelbagai kemudahan asas disediakan untuk keselesaan penginap. Sementara yang lain sedang berehat dan tidur, Chaewon yang baru sahaja selesai membaca novel bangun dari sofa dan terus pergi ke dapur bagi mendapatkan segelas air. "Aik? Ada almari kat dapur? Apa fungsi letak almari kat dapur?" Chaewon hairan melihat sebuah almari kayu yang agak antik diletakkan di dapur. "Mungkin Tuan Rumah dah ubahsuai almari ni dan jadikan sebagai tempat letak pinggan mangkuk kot" Chaewon berprasangka baik. Chaewon meletakkan gelas yang berisi air mineral di atas meja. Selangkah demi selangkah kaki Chaewon bergerak ke almari itu. Perasaan ingin tahu yang tinggi menyelubungi diri Chaewon. Perlahan-lahan tangan kecilnya mencapai pemegang pintu almari buruk tersebut. Pintu almari tersebut terbuka. Chaewon terkejut. "Ada pintu?" Tersembunyi pintu rahsia di dalam almari buruk itu. Chaewon cuba mencapai tombol pintu rahsia tersebut dan tiba-tiba "Chaewon?" ada tangan yang memegang bahu Chaewon.

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now