Latar Tempat: Kuala Perlis dan Langkawi
Watak-watak: All casts
"Wehh korang, Sana dah mesej aku. Dia tanya kita sampai Langkawi pukul berapa?" kata SinB. "Ikut anggaran aku pukul 1 pm" Chaewon sudah membuat pengiraan awal. "Ha'ah bagitahu je si Sana tu kita akan sampai pukul 1 pm" kata Yoaa pula. SinB hanya mengangguk. "Dia ke yang akan ambik kita nanti?" soal Jiho yang sibuk membedakkan mukanya. "Ha'ah tapi dekat homestay dia nanti dah ada satu kenderaan disediakan untuk kita" "Jadi senang sikit kita nak bergerak" jelas Eunha. Hyunjoo hanya mendiamkan diri. Dia sememangnya tidak banyak cakap. "Macam mana kau boleh kenal si Sana tu ha?" soal Yoaa. Matanya masih fokus pada pemanduan. "Aku kenal dia dekat FB je. Nasib baiklah dia bagi kita separuh harga" jelas SinB. "Dia punya homestay dua tingkat kan?" soal Hyunjoo ingin tahu. "Ha'ah. Twice Homestay dia memang terkenal. Ramai jugak dah book dia punya homestay tapi nasib baiklah kita dapat dulu" "Satu lagi, kita kira beruntung tau dapat homestay dua tingkat dan kenderaan sewa sekali pada separuh harga" jelas Eunha. "Wahhhh" Jiho tiba-tiba teruja. "Harap-harap percutian a.k.a reunion kita ni berjalan dengan lancarlah" Chaewon menyampuk. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju. Mereka tiba di Jeti Kuala Perlis tepat pukul 11.45 am. "Feri sampai pukul 12 pm. So kalau nak pergi tandas ke beli air ke, baik pergi sekarang" arah Leader Yoaa. Mereka semua sebaya tetapi Yoaa dilantik menjadi leader kerana dia lahir pada bulan Januari. Chaewon dan Hyunjoo bergegas ke tandas sementara SinB dan Eunha pula sibuk mencari makanan dan minuman. Yoaa dan Jiho menjaga bagasi mereka semua. "Kita bercuti 3 hari 2 malam je tapi semua bawak beg macam nak tinggal sebulan" sindir Jiho.
"Hahaha macamlah kau tak kenal sahabat-sahabat handai kita tu" Yoaa hanya mampu ketawa. Mereka berkumpul semula 5 minit sebelum ketibaan feri ke Langkawi. SinB hanya memerhatikan orang ramai. Suasana bising dan riuh-rendah membuatkan SinB berasa kurang selesa. "Pelik... sejak belakangan ni aku dah tak dengar suara misteri tu lagi walaupun ada dekat tempat bising macam ni" SinB baru perasan sesuatu. Yoaa pula tidak lagi mendengar bunyi tapak kaki pelik. Chaewon juga telah melupakan mimpi ngerinya itu. "Dah jom gerak cepat feri dah sampai" gesa Jiho. "Ala relaks ahh sis. Tempat duduk kita dah confirm2 ada" sampuk Eunha. Jiho hanya menjeling Eunha. "Dah2 jom" kata Yoaa. Mereka berenam terus beratur untuk menaiki feri. "Tempat duduk kita no 95-100" kata Chaewon sambil menunjukkan tempat duduk mereka. Sebaik sahaja feri bergerak, Hyunjoo sudah mula rasa tidak sedap badan. "Kenapa ni Hyunjoo?" soal Chaewon yang duduk disebelahnya. "Aku rasa dia mabuk laut ni" sampuk Eunha. "Ni mesti 1st time naik feri kan?" soalan Jiho sengaja diendahkan oleh mereka. SinB pula hanya memerhatikan mereka sambil menyumbatkan earphone ke dalam telinganya. "Kau tido atas bahu aku dulu. Dah sampai nanti aku kejutkan kau" pelawa Chaewon. Segera Hyunjoo melentokkan kepalanya di atas bahu Chaewon. Yoaa hanya tersenyum melihat gelagat Chaewon dan Hyunjoo. Baginya, Chaewon merupakan 'Mak' di dalam kumpulan mereka. Walaupun Yoaa adalah Leader, dia masih tidak mampu menjadi penyayang seperti Chaewon. Perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi hanya memakan masa selama 50 minit. Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Yoaa hanya duduk termenung memikirkan sesuatu dan Jiho pula sibuk dengan cermin kegemarannya. Chaewon si ulat buku membaca novel kegemarannya sementara Hyunjoo sudah tertidur. Eunha pula sibuk membelek telefon bimbitnya dan SinB seperti biasa, mendengar lagu dengan earphone di telinganya.

YOU ARE READING
G.O.A.T [Malay FF]
FanfictionEnam orang sekawan bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa. Langkawi menjadi destinasi percutian mereka. Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Langkawi, ada sesuatu yang aneh menimpa mereka. G.O.A.T definition 1: Girl or...