Chapter II: One Step Two Steps

105 11 0
                                    

Latar Tempat: Batu Gajah

Watak-watak: Yoaa dan Jiho

  Yoaa dan Jiho membeli-belah di pasaraya TF. Mereka yang tinggal serumah keluar untuk membeli barang dapur. "Wahhh tak sabar-sabarnya nak jumpa diorang! Dah dekat 2 tahun kita tak berjumpa" Jiho teruja. "Tu la pasal, kita semua duduk Perak tapi takde masa nak berjumpa sebab masing-masing busy. Syukurlah kita diberi peluang dan kesempatan untuk berjumpa sekali lagi sabtu ni" kata Yoaa yang sibuk menolak troli. "Betul-betul" "Nasib baiklah semua free sabtu ni" gumam Jiho. Selang beberapa minit kemudian, "Aduh! Kenapa tiba-tiba sakit perut ni... Jiho kau sambung ahh beli apa yang patut" Yoaa terus meninggalkan Jiho dan bergegas ke tandas. Tandas wanita di TF agak sunyi. Hal ini demikian kerana tidak ramai pengunjung yang membeli-belah di pasaraya TF pada hari biasa. Sebaik sahaja selesai membasuh tangan, Yoaa mengambil langkah pertama keluar dari tandas. 

   Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut *tup* *tup*. Yoaa toleh ke belakang. "Pelik... takde orang pun" gumam Yoaa. *tup* Yoaa bergerak setapak. *tup* *tup* Kedengaran bunyi tapak kasut sekali lagi. Yoaa toleh ke belakang sekali lagi. Namun, tiada orang di situ. Yoaa terus mepercepatkan langkahnya. Jiho sudah menunggu Yoaa di luar kaunter. "Apahal kau ni? Baru lepas nampak hantu ke apa?" soal Jiho bingung. Yoaa hanya tersenyum pahit. Petang hari yang sama, Jiho dan Yoaa keluar berjogging di kawasan perumahan mereka. Yoaa masih memikirkan perkara tadi. Jiho dan Yoaa berehat sebentar. Mereka duduk di atas bangku yang disediakan. "Yoaa, kita akan ke Langkawi, I mean Jeti Kuala Perlis dengan sebuah kereta je kan? Guna kereta siapa ha?" soal Jiho ingin tahu.

  "Kereta kitalah. Chaewon dan Hyunjoo akan datang sini" "Lepastu kita semua pergi Ipoh ambik SinB dan Eunha. Jadi kita tak payah ulang-alik. Kita gerak ke Jeti Kuala Perlis dari Ipoh je" jelas Yoaa dengan terperinci. Mereka tinggal serumah dan berkongsi kereta. Perodua Avanza milik mereka sudah tentu mampu memuatkan enam orang sekali gus. Jiho hanya mengangguk. "Jomlah sambung, hari dah nak senja ni" Jiho bingkas bangun dan meninggalkan Yoaa di belakang. "Kau pergi dulu. Aku nak ikat tali kasut kejap" kata Yoaa. Selesai membetulkan tali kasut, Yoaa bingkas bangun dan mengambil langkah pertama *tup*. *tup* *tup* Bunyi tapak kasut itu muncul lagi. Yoaa tersentak. Setiap kali Yoaa bergerak setapak, akan kedengaran bunyi tapak kasut bergerak dua tapak. *tup* *tup* Yoaa sengaja bergerak dua tapak. *tup* *tup* *tup* kali ini bunyi tapak kaki itu bergerak tiga tapak. Yoaa mula resah gelisah. Dia terus berlari mendapatkan Jiho. "Dah sah ada sesuatu ikut aku!" bisik hati kecil Yoaa. Yoaa menceritakan hal ini kepada Jiho tetapi Jiho enggan mempercayainya. "Imaginasi kau je ni" "Cuba kau bergerak setapak. Mesti kau akan dengar bunyi tapak kasut tu" pinta Yoaa. 

   Jiho menuruti permintaan Yoaa. "See? Takde apa pun kan? Imaginasi kau je ah. Dah ahh jom balik" Jiho terus mengenggam erat tangan Yoaa. "Ta...tapi... tapi" Yoaa buntu. Malam itu, Yoaa duduk termenung di dalam bilik bersendirian. Jiho tiada di rumah kerana keluar membeli burger. "Kalau aku bergerak setapak, 'dia' akan bergerak dua tapak, kalau dua pulak, 'dia' akan bergerak tiga tapak" "Jadi mulai sekarang ni aku kena berjalan dengan laju" Yoaa bermonolog sendirian. *tup* *tup* *tup* Yoaa terdengar sesuatu. Dia terkejut. "Jiho? Kau ke tu?" jerit Yoaa. Tiada sahutan. "Pelik. Tak dengar pulak bunyi  enjin motor dia tadi" Yoaa memberanikan diri keluar dari bilik dan mengintai sekeliling dan tiba-tiba "Arghhh!" Yoaa terkejut melihat Jiho. "Kau rupanya! Aku ingat siapalah tadi" "Sorry ah sis, motor aku habis minyak, so terpaksalah aku tolak sampai rumah" jelas Jiho.

G.O.A.T [Malay FF]Where stories live. Discover now