"Alyah sayang, jom ikut umi pergi ambil Faqih kat airport." Tanya umi sambil mengusap lembut kepala aku.
Aku yang sibuk dengan phone laju mengalihkan pandangan pada umi.
"Malaslah umi. Alyah nak tengok BTS comeback. Diorang comeback harini la. Boleh tak kalau Alyah tak nak ikut?Please...." Pujuk aku mempamerkan wajah yang paling comel sekali. Taktik muka comel juga yang diguna pakai untuk bodek umi.
"Jangan nak mengada. Dulu bukan main sedih masa Faqih tu kena pindah sana. Sekarang dah tak heran kat Faqih ke?Kenapa?"
Kenapa umi perlu ungkit kisah lama. Buat malu aku je. Dulu zaman kanak-kanak lagi.
"Ala umi ni, bagilah Alyah tengok ni."Rayu aku lagi. Tiada istilah putus asa.
"Dah, jangan nak mengada. Pergi siap cepat. Umi tahu kalau Alyah tak siap, phone tu umi rampas. Tak ada dah BTS lepas ni."Ugut umi sengaja mahu aku ikut sama pergi ke airport.
Sebenarnya aku malas nak jumpa si Faqih tu. Maklumlah, dah 7 tahun dia menetap di New York tu. 7 tahun itu bukan masa yang singkat. Lambat laun pasti aku akan lupankan juga Faqih.
**********
Dengan berat hatinya aku pergi juga ke airport bersama umi. Kelibat Faqih mula kelihatan. Penampilannya jauh berbeza dengan dulu. Nampak lebih tinggi dan bergaya."Assalamualaikum, Faqih sihat?" Tanya umi sebaik sahaja Faqih berdiri di hadapan kami.
"Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Kenapa papa dengan mama tak ambil Faqih? Kenapa umi pula yang ambil?" Soal Faqih sambil memandang Umi. Dia melihat ke arah aku sekilas.
Mamat ni apahal senyum-senyum. Aku tembak kang. Mati dia kat situ.
"Papa dengan mama Faqih overseas di London 2 bulan. Mama suruh Faqih duduk dengan umi dulu."Jawab umi.
What!!!!Tinggal rumah aku? Kenapa aku tak tahu apa-apa? 2 bulan pula tu. Then...boleh gila aku kalau hari-hari mengadap muka dia. 2 bulan lama tu. Dia kan anak orang kaya. Suruhlah papa dia tu tempah hotel untuk dia. Menyibuk kat rumah aku apa hal.
"Oh. Kalau macam tu boleh la Faqih lepaskan rindu dekat Alyah ni. Dah besar dah budak kecil ni. Dulu kuat menangis kan umi?" Usik Faqih. Umi pula seperti menyokong. Habis aku jadi bahan gelakan dan ejakan mak cik dan anak buah tersayang ni.
Aku menjeling Faqih tanda marah. Dia boleh pula senyum lepas tu selamba badak tarik tudung aku. Bukannya sekali, berkali-kali. Cuba bayangkan, 2 bulan duduk rumah aku and banyak kali tarik tudung aku. Agak-agak sehari berapa kali tudung aku ni kena tarik?
"Wah, Alyah. Kau makin cantik la. Tapi tak secantik crush aku yang kat New York tu." Ucapnya selamba. Tiada langsung rasa bersalah selepas mengeluarkan kata-kata tersebut.
Aku hanya membalas ucapan Faqih dengan pandangan 'ada aku kesah'.
Faqih masih lagi meneruskan perbuatannya. Hujung tudung aku ditarik perlahan. Senyuman nakal terhias di bibirnya. Seronok benar ya kau?
"Aku cakap dengan kau la. Lain kali jawab la. Sombong!" Beg kecilnya dihayunkan ke belakang tubuh aku.
"Kau nak aku jawab apa? Ke nak aku puji crush New York kau tu? Tapi, aku sikit pun tak rasa apa. Aku sekarang ni rasa nak sangat tendang kau." Balas aku marah.
Aku mengepal tangan kanan ku seolah-olah mahu menumbuk muka Faqih tapi umi pula kacau.
"Hah, Alyah nak buat apa tu? Jangan nak mengada kat sini ye."
"Padan muka!Dari tadi Faqih diam je.Dia yang lebih-lebih nak tendang Faqih la, tumbuk Faqih la. Kesian Faqih umi." Sampuk Faqih sambil menjelirkan lidahnya kepada aku. Dia juga sempat membuat 'thumbs up' sebagai tanda padan muka.
"Jangan nak gaduh. Umi kahwinkan kamu berdua baru tahu."
"Apa umi merepek ni? Alyah tak nak la kahwin dengan dia ni.Kalau dengan Jimin tak pe lah juga. Hensem pun hensem juga. "Balas aku lagi sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk.
Fikiran ku melayang membayangkan Park Jimin. Berangan lebih-lebih sampai kahwin dengan Jimin. Tapi angan-angan aku terhenti apabila Faqih menjentik dahi luas aku.
"Tapi, aku nak kahwin dengan kau lah budak." Bisik Faqih sebelum berlari meninggalkan aku di belakang.
"Faqih Aiman! Aishh!!"
***********
"Mari turun makan Alyah." Panggil umi. Tangannya sibuk menghidangkan makanan di atas meja."Ye umi,Alyah turun ni."
Dengan malas mahu turun makan,aku gagahkan juga diri untuk turun.Aku dah tahu, mesti aku akan jadi bahan lagi. Tambah-tambah dengan adanya Faqih di rumah aku.
Sampai sahaja di meja makan, tanpa membasuh tangan aku terus mengambil lauk dan mula makan.
"Alyah dah basuh tangan belum?Nanti sakit perut la makan tak basuh tangan."Kata umi tersenyum manis kepada aku.
"Biar aje dia sakit perut umi. Siapa suruh makan tak basuh tangan." Sampuk Faqih.
Sibuk je dia ni.
"Kau apahal! Menyibuk ja. Aku tendang kau kang!." Marah aku sambil mengetuk kuat meja makan.
"Kenapa cakap macam tu? Alyah kena hormat orang, sayang. "
Aku hanya mendiamkan diri dengan ucapan umi. Si Faqih tu pula tersengeh-sengeh. Kalau aku tahu jadi macam ni, lebih baik aku puasa sunat je hari ni. Tak ada lah selera makan aku hilang.
"Tapi kan umi, kalau la Faqih ditakdirkan jadi suami Alyah, Faqih akan jaga dia." Sambung Faqih lagi sengaja membuat aku marah.
"Ada ke orang nak kahwin dengan kau?" Soal aku sinis.
"Mestilah ada. Kat New York tu beratur perempuan nakkan aku. Kau tak teringin ke dekat aku?" Faqih tergelak kecil sejurus membalas kata-kata aku.
"Sorry sikit. Tak payah nak mengada eh." Aku menjeling Faqih. Makanan tadi disumbatkan kasar ke mulut aku. Protes.
Telinga aku dah mendidih duduk kat situ. Lantas aku bangun dan beredar ke dapur untuk membasuh tangan. Kalau tak basuh apa lagi tah yang nak dibahankan nanti. Hati aku dah panas dah ni.
Selesai membasuh tangan, aku kembali semula ke meja makan. Aku mula makan masakan yang umi masak.
Aku memandang Faqih sekilas,dia tersenyum,ketawa macam ada benda yang kelakar.Tiba-tiba,aku merasakan seperti kaki aku ditendang-tendang.Pantas aku menundukkan sedikit badan untuk menjenguh ke bawah meja untuk mengenal pasti kaki makhluk mana yang mengacau mood makan aku.
Kurang ajar betul!!!
"Apa masalah kau ni?Kau nampak tak ni?Kalau aku tumbuk muka kau,bengkak,lebam semua ada.Kau nak ke?Tangan aku dah gatal ni nak tumbuk muka orang ."Ujar aku menunjukkan tangan kanan aku yang digenggam.
"Dah,jangan gaduh depan rezeki.Tak elok.Faqih kan tetamu."
Kata-kata umi seolah-oleh membela Faqih.Waktu itu,aku rasa marah,sakit hati,semua ada dengan Faqih ni.Bingkas aku bangun dan berlari anak menaiki tangga menuju ke bilik.Makin lama mengadap Faqih,aku rasa macam nak bunuh dia.
"Nak pergi mana tu Alyah?Makan pun tak habis lagi."
"Nak naik bilik la.Alyah dah kenyang."Aku menjawab pertanyaan umi acuh tak acuh.
"Maafkan Faqih umi.Nanti Faqih pujuk Alyah tu."
"Tak apa la Faqih.Alyah tu memang macam tu.Lebih baik Faqih pujuk dia cepat.Nanti kang,sampai besok la umi tengok mulut itik Alyah tu."
Mereka sama-sama ketawa.
"Baik,umi."
#PHMP
YOU ARE READING
Pemilik Hati Miss Panda ✔
Teen FictionI'm the one who loves you❤️ (2016) Highest rank : 1 in teen fiction.