⛄ PHMP 4 ⛄

6.6K 301 2
                                    

2 bulan kemudian.....

"Rindunya Faqih dekat mama dengan papa."

Sampai je kat Malaysia,Datuk Fikri dan Datin Husna( atau lebih tepat mak cik dengan pak cik aku sebelah umi.Umi dengan aunty Husna ni adik beradik) terus berangkat ke rumah aku.Faqih kan tinggal kat rumah aku sekarang ni.So,mama dengan papa dia datang lah sini.

Faqih memeluk kedua ibu bapanya.Datin Husna membalas pelukan Faqih dengan erat.Anak tunggal kan.Memanglah maknya lebihkan.Aku pun anak tunggal,tapi tak de lah manja macam dia.

"Mama pun rindu dengan Faqih.Macam mana study sekarang?Okay?"Soal Datin Husna sambil memegang pipi kiri Faqih.

"Study okay je.Lagipun Alyah ada kan.Dia boleh la tolong Faqih sikit-sikit."Jawab Faqih tersenyum.

"Mama kamu ni tak habis-habis suruh papa siapkan kerja cepat.Tak sabar nak jumpa kamu."Selit uncle Fikri.

Sengaja mahu mengusik isteri nya itu.

"Mama ni ada-ada je la."

Mereka sekeluarga ketawa bersama-sama.Dengar sampai dapur anak-beranak ni ketawa.Mengekek-ngekek.

Aku cuba lah mengintai sikit di sebalik pintu apa yang aunty Husna cakap kat Faqih sampai dia senyum tak henti-henti.Apa tah yang best sangat tu.

"Alyah tengok apa?"Bahu aku sedikit terhinjut.Terkejut dengan sergahan umi.

Pantas aku menggeleng-gelengkan kepala untuk menyembunyikan perkara sebenar.

"Jom,uncle dengan aunty nak jumpa Alyah."Sambung Umi.

"Jumpa Alyah?Nak buat apa?"Soal aku.Muka aku ketika itu teramat la blur.Pelik la kan sebab auncle dengan aunty baru je balik Malaysia tiba-tiba nak jumpa aku.Sekurangnya lepaskanlah dulu rindu puas-puas dekat anak tunggal dia tu.

"Jumpa aje lah Alyah."

Aku masih lagi dengan muka blur.Umi menarik lengan aku supaya aku berjalan dengan lebih pantas.

Jejak sahaja kaki aku di ruang tamu,aunty Husna langsung menarik aku duduk di sebelahnya.Aku akur dan duduk dengan sopannya seperti gadis melayu terakhir.

Umi pula sibuk menuangkan air ke dalam gelas.Aunty Husna tak henti-henti memuji aku.

"Umur Alyah berapa sekarang?"Soal aunty Husna.

Uncle Fikri hanya tersenyum pada aku.Faqih pula tetiba menundukkan muka.Macam malu-malu gitu.

"Umur Alyah 19."

"Ohh,aunty kan dah lama duduk New York tu.Dah lama jugak tak tengok Alyah.Alyah cantik sangat.Sama macam umi Alyah."

Aku apalagi,kembang disitu.Pipi aku mula memerah.Malulah bila orang puji kita cantik.Hahaha😂😂😂..

Untuk menutup wajah aku yang dah kemerahan ni,aku menundukkan muka.

"Umi rasa kan,umur macam Alyah ni dah boleh kahwin la."Sampuk umi.

Aku terkejut beruk dengar apa yang umi cakap tadi.Tangan aku laju sahaja mencapai gelas yang berisi air oren itu untuk melegakan tekak aku.

"Apa umi ni?Alyah nak kahwin dengan siapa?Ada ke orang nak Alyah."

Aku membalas kata-kata umi dengan pelbagai alasan untuk mengelak dari berkahwin.Aku muda lagi kot.Tak nak la aku kahwin awal-awal.

"Uncle dengan Aunty dah ada calon untuk Alyah.Dan kami semua dah setuju.Tinggal tunggu keputusan Alyah je ni."

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now