⛄ PHMP 24 ⛄

4.1K 191 3
                                    

Zaq memandang phonenya yang sudah berdering lebih 5 kali itu. Dia melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin phonenya. Keluhan berat dilepaskan. Zaq mengurut kepalanya.

Astrid menghubunginya tanpa henti. Satu pun tidak dijawab oleh Zaq. Hatinya sakit selepas mendengar penjelasan Astrid. Gadis yang selama ni dianggap baik olehnya sanggup melakukan perkara sebegitu.

Lepas dari kejadian itu, dia terus pulang. Hampir seminggu juga Zaq tidak berhubung dengan Astrid. Jika Astrid ajak untuk berjumpa Zaq langsung tidak mengendahkannya.

Ya, sekarang dia sudah tahu tentang hubungan Astrid dan Faqih sewaktu mereka di New York dulu. Dia juga tahu yang Astrid pernah mencintai Faqih. Dia tahu semuanya.

Zaq sangat sayang Faqih kerana Faqih sepupunya yang paling rapat. Faqih juga banyak membantunya. Dalam masa yang sama, Zaq juga mulai mencintai Astrid. Berat hatinya untuk menerima semua kenyataan ini.

******

"Alyah, aku nak minta maaf." Astrid menggenggam erat tangan Alyah. Wajah Alyah ditenung sayu olehnya.

"Untuk apa?" Tanya Alyah.

"Aku nak bagitahu yang sebenarnya, aku lah yang upah orang untuk pukul Faqih. Aku ni memang orang yang teruk Alyah." Astrid mula mengalirkan air matanya. Tersedu sedan dia cuba menahan tangisannya.

Dia betul-betul mahu berubah. Sikapnya yang dulu memang teruk. Astrid akan melakukan apa saja tanpa berfikir. Tapi itu dulu. Dia mahu pastikan perkara jahatnya terhadap Faqih dulu takkan berlaku lagi.

"Tapi kenapa kau buat semua ni?" Soal Alyah. Muncul rasa ingin tahu. Alyah rasa apa yang disampaikan Astrid tadi benar-benar ikhlas.

"Kau tahu kan dulu aku sayang sangat kat Faqih. Aku tak boleh terima yang dia tolak aku. Aku rasa marah sangat. Sebabtu lah aku buat semua ni." Astrid mengeratkan lagi genggaman tangannya. Air matanya mengalir dengan deras.

Alyah masih lagi diam. Dia tahu yang Astrid memang cintakan Faqih dari dulu. Tapi dia tak sangka yang Astrid sanggup buat sebegitu. Faqih juga tidak pernah membuka mulut tentang hal ini.

"Tapi kau percayalah. Tu dulu. Sekarang aku dah tak cintakan Faqih. Aku tahu walau apapun aku buat, Faqih takkan boleh cintakan aku. Aku dah jumpa orang yang lebih baik untuk aku." Sambung Astrid.

Lantas Alyah fokus memandang Astrid. Dia kembali bersuara.

"Siapa?" Tanya Alyah sambil mengangkat keningnya.

"Zaq." Jawab Astrid sepatah.

"Maksud kau Zaq sepupu aku dengan Faqih tu ke?" Soal Alyah tidak percaya. Kadang dia berfikir, lelaki beku macam Zaq tu ada orang nak ke? Tapi sangkaan dia meleset sama sekali.

"Ha ah." Jawab Astrid sambil menundukkan kepalanya. Dia mengeluh perlahan.

"Kenapa kau tak bagitahu dia pasal ni?" Air muka Astrid berubah sedih bila Alyah mengajukan soalan itu. Timbul pula rasa bersalah.

"Lepas aku cerita kat dia tentang perkara ni, dia langsung hilangkan diri dan tak nak jumpa aku. Aku dah try call dia banyak kali pon langsung dia tak angkat." Sekali lagi Astrid mengeluh.

"Zaq tu orangnya degil, keras kepala. Cuba kau bincang dengan dia elok-elok. Aku yakin, dia mesti boleh berbaik dengan kau." Alyah mengusap lembut belakang Astrid sambil memberikan nasihat yang berguna kepada Astrid.

Alyah juga perasan yang perangai Zaq banyak berubah sekarang. Kerap senyum sorang-sorang. Dan dia juga cukup yakin yang Zaq mempunyai perasaan yang sama dengan Astrid. Iaitu mencintai antara satu sama lain.

Astrid tersenyum nipis. Dia memandang Alyah. Dia yang menyebabkan Alyah koma dulu. Dan sekarang, Alyah yang berada disisinya ketika dia memerlukan seseorang untuk menenangkannya.

"Aku tolong kau luahkan perasaan kau kat Zaq." Ujar Alyah tetiba setelah lama mendiamkan diri.

Lantas mata Astrid membulat besar. Luahkan perasaan? Itu agak mustahil untuk dirinya berbuat demikian.

"Tapi macam mana?" Soal Astrid lagi.

Macam kerja gila pula seorang perempuan meluahkan perasaannya kepada seorang lelaki. Dia pernah meluahkan perasaan pada Faqih dulu tetapi ditolak oleh Faqih. Bila difikirkan semula, lepas apa yang jadi, adakah Zaq akan buat perkara yang sama yang dilakukan oleh Faqih.

"Tu tak payah risau. Serahkan pada aku. Tahu lah nanti aku settlekan." Alyah mengenyitkan matanya pada Astrid. Dia cuba berlagak hebat didepan Astrid.

Melihat gelagat Alyah, membuatkan Astrid tergelak besar. Hilang terus rasa sedihnya tadi.

******

"Faqih..... tolonglah aku." Alyah menarik-narik lengan baju Faqih. Dia mencebik. Susah betul mahu meminta pertolongan Faqih ni.

"Tak naklah." Faqih masih lagi sama dengan pendiriannya.

"Tolonglah aku satukan Zaq dengan Astrid." Alyah menarik lengan baju Faqih lebih kuat. Terdorong sedikit tubuh lelaki itu.

"Kau tak rasa ke yang Astrid tu ada niat buruk kat Zaq." Ujar Faqih. Dari dulu lagi dia ragu dengan Astrid.

"Tak baiklah kau ni. Dia kan dah berubah. Sampai bila kau nak marahkan dia. Cukuplah Zaq je yang buat dia macam ni. Takkanlah kau pon nak marah dia jugak?" Kata Alyah sambil berpeluk tubuh.

"Zaq pun marahkan dia?" Soal Faqih tak percaya.

"Ha ah." Jawab Alyah acuh tak acuh.

"Sebab apa pulak?" Entah apa yang membuatkan Faqih blur petang tu.

"Ish kau ni. Sebab dia dah tahulah pasal kau dengan Astrid dulu." Kepala Faqih diketuk oleh Astrid. Faqih mengaduh kesakitan.

Faqih menggosok dagunya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Alyah yang memerhati tingkah laku Faqih menjelingnya sekilas. Pening kepalanya melihat tunangnya itu.

"Okay aku tolong kau." Jawab Faqih sambil tersenyum. Punya lama dia berfikir, hanya itu yang keluar dari mulutnya. Alyah menggelengkan kepalanya.

"Apa rancangan kau?"

"Ni rancangannya..." Jawab Faqih sambil menunjukkan jarinya. Digerakkan jarinya itu dihadapan muka Alyah.

Biji mata Alyah pula fokus bergerak mengikut pergerakan jari Faqih

Takkk!!!

Satu jentikan terkena tepat pada dahi Alyah. Dia mengusap dahinya sambil menahan kesakitan. Jentikan Faqih cukup menyakitkan bagi dirinya.

"Kurang asamlah kau. Kau tahu tak sakit." Marah Alyah. Dia memandang Faqih tajam.

"Kau dah beria ajak aku tolong kau. Lepastu kau suruh aku pikir rancangan. Suka hati kau je nak menyuruh aku."

"Eleh..." Alyah mencebik. Dia berpaling dari menghadap Faqih. Tetiba otaknya mula berfungsi dan dia mendapat idea untuk membaiki hubungan Zaq dan Astrid.

"HAH AKU ADA IDEA!!!" Teriak Alyah sambil memetik jarinya.


👨❤👧🐼

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now