⛄ PHMP 3 ⛄

6.6K 331 7
                                    

Suara usikan dari Faqih tidak lagi kedengaran selepas kejadian pagi tadi.Masing-masing mendiamkan diri.

Aku dan Faqih saling berpandangan.Tapi dedua ego tak nak berbaik.

"Kenapa ni?Alyah dengan Faqih gaduh ke?"

Kemusykilan umi mucul setelah melihat perlakuan kami.Lantas mulut umi mengajukan soalan.

"Mana ada."Jawab aku dan Faqih serentak.

Aku menjeling Faqih tajam.

"Ni apa jeling-jeling.Sah gaduh."

Umi memandang kami bersilih ganti.Masih menunggu jawapan dari kami.

Tapi,aku dan Faqih mengunci mulut.Tidak mahu menjawab soalan umi.

Selepas beberapa minit keadaan di meja makan sunyi sepi tanpa sebarang suara,Faqih memulakan bicara.

"Faqih naik dulu.Dah kenyang."Bingkas dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah anak tangga.

Melihat wajah Faqih yang seolah-olah sangat kecewa dan sedih,muncul rasa bersalah dalam diri aku.

Aku nekad memujuk Faqih lepas makan malam ni.Mana la tahu hati dia lembut nanti kalau aku minta maaf.

**********

"Faqih,aku masuk eh?"Kaki aku pun melangkah masuk ke dalam bilik Faqih.

Walaupun dia tak cakap apa-apa masa aku tanya tadi,aku akan tetap berdegil untuk masuk juga dalam bilik dia.

Sejujurnya,aku memang sakit hati dengan semua yang Faqih cakap kat aku.Tapi dalam masa yang sama,aku rindu nak dengar suara dia.Entah kenapa rasa ni muncul walaupun aku sendiri tak nak ada rasa ni.

Aku mengambil tempat disebelah Faqih yang tetap tidak mengendahkan kehadiran aku di situ.Matanya masih lagi tertumpu pada laptop.

Aku mengalihkan pandangan pada Iphone 6 Faqih yang diletakkan atas meja sebelah katil.Ya,memang phonenya rosak sebab aku.Aku mengeluh berat.

"Hurm.....pasal phone kau ni, aku minta maaf sangat-sangat.Aku betul-betul tak sengaja."

Faqih memandang aku dengan pandangan kosong.Seperti orang yang mati isteri.Mukanya tiada semangat.

"Tak pe lah.Benda dah jadi kan.Nak buat macam mana."Balas Faqih.Suaranya kedengaran perlahan sahaja.

"Jangan lah marah aku.Kau nak apa?Nak aku ganti phone kau?Tapi aku tak de duit.Kau tahu la kan,aku ni belajar lagi.Banyak benda yang aku kena buat.Apa kata,aku ikut je apa yang kau nak.Inshaallah aku buat."

Pantas aku menekup mulut aku.Apasal la aku cakap macam tu.Dimintanya benda yang bukan-bukan.Naya aku!!

Langsung sahaja muka Faqih berubah ceria.Dia kembali tersenyum lebar.

"Betul?Aku tak nak kau tarik balik apa yang kau cakap tadi."Senyuman jahat dipamerkan.

Hati aku berdebar.Faqih mesti ada niat nak kenakan aku.

Aku tak nak lah Faqih merajuk lagi.So,aku accept je la dia punya request.

Aku mengangguk kecil dengan apa yang dikatakan oleh Faqih.

"Baiklah.Aku nak kau bagi phone kau kat aku.Amacam?Boleh?"Arah Faqih sambil mengangkat kening kirinya.

"Apahal pulak?"Kata aku berang.Aku dah agak,mesti benda pelik yang dia nak.

"Kau nak aku maafkan kau ke tak?Kalau nak,bagi phone kau cepat.Tak lama pun,aku simpan phone tu malam ni je.Esok pepagi,aku pulang lah balik."

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now