Memandangkan hari ni hari ahad, hari yang sesuai untuk menghilangkan rasa bosan. Aku ajak Faqih jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Umi kalau boleh 24 jam nak bagi aku nasihat. Katanya nanti aku dah kahwin kena jadi isteri baik. Masalahnya sekarang, kahwin pun belum lagi. Haih😧😧.
"Faqih, aku lapar lah. Nak makan donut...." Aku mempamerkan senyuman yang menampakkan gigi. Mata dikelipkan beberapa kali.
"Tadi dah makan ais krim. Lepastu makan cotton candy. Sekarang nak donut pulak? Nanti gemuk macam mana?" Jawab Faqih. Kalau tak nak bayarkan aku boleh bayar sendiri kot. Tak payah kedekut la.
"Pleaseeeee...... takkan lah makan sikit terus gemuk kot. Kenapa? Kalau aku gemuk kau dah tak nak dengan aku dah ke?" Pandangan aku dilemparkan ke tempat lain sambil berpeluk tubuh.
"Alah janganlah majuk. Jom kita pergi makan donut. Kalau makan sampai gemuk pun tak pe. Aku tak de tinggal kan kau."
"Ye ke? Jommm....." Terus melebar senyum. Senang je nak ugut Faqih. Hahahahaha
"Kalau pasal makan, laju je ko kan?" Faqih menjentik dahi aku. Lantas dia mengangkat kaki dari situ lalu meninggalkan aku. Mahu benjol dahi aku ni.
Aku mengetap gigi. Dahi yang terkena jentikan beracun Faqih diusap perlahan. Dah lama tak jentik aku tetiba datang balik tabiat kurang ajar dia tu.
Dari jauh lagi dah dapat dengar dia gelakkan aku. Dengan muka yang masam mencuka aku berjalan mengikuti Faqih menuju ke Big Apple.
Di Big Apple....
"Adik manis mahu yang mana?" Sapa bangla yang entah muncul dari mana. Dari cara pemakaiannya, dia kerja kat sini. Nasib baik ni bangla yang nampak pembersih. Kalau yang baunya tu dari luar kedai lagi aku dah dapat hidu, confirm aku dah takkan makan donut lagi lepasni.
"Erm...saya nak ni, ni, ni, ni dengan ni....erm tu je lah. Terima kasih." Kata aku sambil tersenyum manis.
Aku memilih donut yang banyak kacang. Lebih sedap. Menggoda sungguh donut-donut kat sini.
Faqih memerhati tingkah laku aku dengan pandangan yang
...... entahlah, aku pun tak tahu nak tafsirkan macam mana. Apasal pula dia ni tetiba jadi macam ni. Tak de mood ke? Tadi elok je gelak macam orang gila. Kadang-kadang pelik dengan perangai si Faqih ni.Kami mengambil tempat di kawasan yang kurang orang. Jadi tak da lah bising sangat. Aku melabuhkan punggung di kerusi dihadapan Faqih. Bekas donut tadi diletakkan di atas meja.
Aku menatap wajah Faqih. Riak wajahnya masih sama seperti tadi. Rasa janggal bila memasing senyap. Untuk hilangkan rasa kekok, aku mulakan bicara.
"Kau kenapa? Senyap je dari tadi. Jumpa hantu ke?"
"Boleh tak kalau nak pilih donut tu tak payah nak mengada. Pilih je la." Tergelak aku dibuatnya. Takkanlah Faqih ni jeles. Agak-agaklah, dengan bangla Big Apple pon nak jeles.
"So...kau jeles la ni?" Soal aku.
"Ye lah... Kau tunang aku kot." Jawab Faqih dingin. Nafasnya turun naik menahan marah.
"Tak sangka kan..."
"Tak sangka apa?"
"Tak sangkalah, orang yang selama ni nampak selalu happy depan aku ni kuat jeles rupanya." Sambung aku lagi diiringi dengan gelak tawa.
Aku nampak yang mata Faqih terbeliak masa aku cakap macam tu. Tapi sengaja tidak menghiraukannya. Donut yang sungguh menarik perhatian aku itu terus dimasukkan ke dalam mulut.
"Makanlah senonoh sikit." Lantas mata aku dialihkan pada pemilik suara yang mengganggu aku makan. Dia ni tak puas hati lagi ke?
"Biarlah...."
"Orang makan guna mulut. Bukan guna hidung. Ni coklat sampai kat hidung. Macam budak kecik." Faqih meneguk coffeenya beberapa kali sambil matanya tertumpu pada skrin phone. Cakap dengan aku tapi mata kat tempat lain.
"Buat apa tu?" Senyuman yang ditayang oleh Faqih menimbulkan rasa curiga dalam diri aku. Kepala dijengahkan sikit bagi memudahkan aku untuk melihat aktiviti Faqih. Nak tengok jugak apa yang best sangat kat phone dia tu.
Manalah tahu kot-kot dia pedajal orang ke. Faqih ni bukan boleh percaya sangat.
"Tak elok tau intai phone orang." Aku yang sudah separuh berdiri itu lantas duduk. Kau pun satu Alyah, nak intai pun tak payah lah sampai macam tu. Kan dah kantoi.
Aku menghembuskan nafas perlahan. Nak cover malu, aku buat-buat makan donut macam orang tak ingat dunia. Comot? Tak payah cakaplah dah sampai pipi.
"Alah, kau tak payah nak cover sangatlah. Aku tak marah pon?"
"Hah!!" Dahi aku dah berkerut. Dia ni ada penyakit mental ke? Tadi merajuk lepastu terus okay. Kalau betullah ada, sebelum kahwin aku kena bawa dia pergi hospital. Kena buat rawatan cepat-cepat ni.
"Aku memang tak marah kat kau pon pasal tadi. Sebab.....sekarang kita dah seri." Ujar Faqih.
"Seri apa pulak ni?" Wajah aku berkerut lagi sekali. Asyik berkerut je dari tadi kang muka aku tua 10 tahun dari usia. Tak nak!!!!
Aku mengambil nafas turun naik. Cuba untuk berlagak tenang.
"Ye lah, tadi kau dah buat aku jeleskan. Sekarang aku dah ada balasan untuk kau sebab buat aku jeles." Faqih tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Apa balasannya?" Semakin teruja pula nak tahu. Nanti dia minta phone aku macam dulu susah...
Aku hanya memerhati pergerakan Faqih. Dia membuka sesuatu dalam phonennya.
"Ni ha."
Mulut aku sedikit ternganga. Tengoklah kan dia buat benda merepek lagi.
"Kejamnya kau." Sakit hati pulak bila tengok gambar aku yang comot giler tengah makan donut ada dalam phone Faqih. Macam manalah aku boleh tak perasan dia snap gambar aku.
"Kejam tak kejam. Siapa suruh buat aku jeles."
Mulut aku memuncung sambil berpeluk tubuh. Nak merajuk sikit dengan Faqih.
"Dah jom balik."
Senyap....
Namun masih lagi tiada jawapan dari aku.
"Kau nak balik ke tak nak? Kalau tak nak aku balik sorang. Nanti kau suruhlah mamat bangla tadi hantar kau balik. Sweet pulak tu balik naik basikal dengan dia nanti." Kata Faqih sambil menongkat dagu menunggu jawapan aku.
Bila difikirkan balik, aku tak sanggup balik rumah naik basikal dengan bangla. Terpaksa tebalkan muka. Tak jadi nak merajuk.
Punggung diangkat lalu aku segera beredar dari situ.
"Malunya....."
#pemilikhatimisspanda
YOU ARE READING
Pemilik Hati Miss Panda ✔
Teen FictionI'm the one who loves you❤️ (2016) Highest rank : 1 in teen fiction.