(1)

5.5K 203 5
                                    

Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun Alyah belajar kat UK. Setiap hari dia akan call aku. Kalau dia tak call aku, aku yang akan call dia.

Phone aku berdering. Aku mencapai phone aku dengan malas. Hari ni Alyah tak call aku lagi sebab tu lah mood hilang.

Aku melihat nama pemanggil di skrin tertera nama Alyah. Dengan senyuman yang mula terukir, pantas aku menjawab panggilan tersebut.

"Wife!!!" Jawab aku separuh menjerit. Gembira tak terkata.

[Husband kat sana sihat? Sorrylah, Alyah busy harini. Ada banyak assignmant yang kena buat lepastu lusa dah kena submit.]

"Tak pe. Lagipun abang pun busy jugak hari ni." Aku berpura-pura seperti sibuk. Aku tak nak Alyah risau. Sampai naik gila aku tunggu dia call aku.

[Abang dah makan belum?]

"Dah." Balas aku pendek.

[Siapa masakkan untuk abang?]

"Isteri baru abang yang masakkan." Dengan selamba aku jawab soalan Alyah. Saja nak mengusik.

[Hah! Berani lah cari bini baru. Alyah tak nak balik Malaysia.] Aku dapat dengar suara marah Alyah dari dalam talian.

Janganlah dia betul-betul tak balik Malaysia. Pengsan aku kang. Siapa nak jaga aku nanti.

"Ala ala ala. Mana ada abang cari bini baru. Hurm ye la. Abang makan kat kedai. Kadang-kadang ada lah jugak Zaq ajak makan kat rumah dia." Kalau ye pun nak ugut tak payah lah sampai tak nak balik Malaysia. 2 tahun aku tunggu ni.

[Tahu takut. Lain kali jangan main-main dengan Alyah. Alyah tak suka.]

"Baiklah Puan. Belajar elok-elok tau kat sana. Abang rindu sangat dengan Alyah."

[Alyah pun rindu abang jugak. Okaylah, Alyah kena letak ni. Assalamualaikum abang.]

"Waalaikumsalam. Jaga diri." Aku meletakkan semula phone di atas meja.

Setiap kali Alyah telefon, aku selalu risau dengan keadaan dia kat sana. Walaupun dia cakap yang dia okay je, tapi aku tetap jugak risau selagi tak dapat tengok muka dia. Heihh..

Phone aku sekali lagi berdering.

"Takkan lah Alyah dah rindu aku? Baru je call tadi." Gumam aku sendiri sambil tersenyum sampai ke telinga.

Bukan Alyah yang telefon tapi Zaq. Apalah yang dia nak ni? Dengan segera aku menjawab panggilan Zaq.

"Faqih tolong aku!!" Jerit Zaq. Aku menjauhkan phone dari telinga. Pekaklah telinga aku.

"Kenapa dengan kau?" Tanya aku pelik. Semenjak si Zaq ni kahwin, dah jarang dia lepak dengan aku. Katanya kesian bini kat rumah. Tetiba call aku. Mimpi apa dia ni?

"Astrid..." Nafas Zaq tercungap-cungap. Dia baru buat larian 400 meter ke? Setahu aku, Zaq ni pemalas orangnya. Tak macam aku. Ceh bangga diri.

"Ye la. Kenapa dengan dia? Cuba cakap perlahan-lahan." Aku menyelak halaman surat khabar sementara menunggu Zaq kembali tenang.

"Astrid.... dia dah nak bersalin!! Tolong aku!!" Terang Zaq. Bila sebut je perkataan 'bersalin', dia jerit balik. Kalau la Zaq ada depan aku dah lama aku sekeh kepala dia.

"Hah!! Aku on the way datang hospital. Kau tunggu aku." Dengan tergopoh-gapah aku berlari keluar dari rumah. Aku memandu secepat yang boleh. Macam bini aku pulak yang nak bersalin.

******

Aku menghampiri Zaq yang kelihatan gelisah di luar wad bersalin Astrid. Suara jeritan Astrid menambahkan lagi kerisauan Zaq. Anak pertama mereka bakal lahir tak lama lagi.

"Macam mana?" Aku menepuk bahu Zaq. Dia memandang aku.

"Tak tahu. Aku tak tahu. Weyh macam mana ni? Anak aku... Isteri aku...." Zaq mundar mandir di situ. Peluh membasahi dahinya.

"Dah berapa lama Astrid masuk dalam?" Tengok Zaq mundar-mandir, aku pun terikut sekali. Macam ni ke orang yang nak dapat anak?

"Baru 5 minit tadi." Jawab Zaq perlahan. Dia berhenti seketika kemudian memandang wad tersebut. Setelah beberapa saat, Zaq kembali seperti tadi. Aku yang tengok pun naik letih.

"Lah, dia baru je masuk dalam tu. Kau punya gelabah macam dah 5 tahun Astrid tak keluar dari wad." Gurau aku. Dalam masa macam ni lah aku nak buat lawak hambar. Tapi sikit pun tak menjadi. Zaq hanya buat tak tahu.

"Macam mana ni? Macam mana ni? Macam mana ni? ARGHHHH!!!." Jeritan Zaq bergema di situ. Zaq mengusutkan rambutnya. Rupa dia waktu tu, teruk giler. Aku tengok dah macam orang lain yang depan aku sekarang ni.

Nurse di sekeliling kawasan tu tergelak kecil. Aku menundukkan kepala. Malu aku dapat cousin macam Zaq ni.

Lengan Zaq aku tarik supaya dia duduk disebelah aku.

"Kau boleh tak sabar sikit? Inshaallah tak jadi apa-apa." Zaq melepaskan keluhan berat. Akhirnya dia duduk dengan tenang.

Kakinya dari tadi bergerak-gerak nak bangun, aku tahan dia. Nak dapat anak first semestinya dia gelabah tahap dewa.

Selepas hampir 1 jam lebih kami menunggu, doktor pun keluar dari wad bersalin tu.

Lantas Zaq bangun dan mendekati doktor tersebut.

"Tahniah Encik. Encik dapat anak lelaki." Kata doktor itu sambil tersenyum.

"Encik boleh masuk dalam tengok keadaan anak dan isteri Encik." Sambung doktor tu lagi.

Dengan tak sabarnya, Zaq terus berlari mendapatkan Astrid yang  termengah-mengah. Anak mereka berada di dalam dukungan Astrid. Astrid hanya tersenyum melihat suaminya yang perangai macam budak-budak tu.

Aku menggelengkan kepala. Zaq ni dah jadi bapak orang tu cubalah ubah sikit perangai.

Anaknya yang baru lahir beberapa minit tadi berada di tangan Zaq. Zaq melaungkan azan di telinga anaknya itu. Aku sekadar memerhati keluarga bahagia ni.

Habis sahaja Zaq mengazankan anak lelakinya, dia duduk di sebelah Astrid. Kepala Astrid dikucup lembut. Ni kali pertama aku nampak Zaq tak senang duduk macam tadi.

Giliran aku pula menggendong anak mereka. Mata, mulut, hidung semua ikut Astrid. Astrid kan kacukan, mestilah dia cantik. Tak de pun muka budak ni macam bapak dia. Mungkin bila dah besar nanti baru nampak macam Zaq.

"Zaq, apa nama anak kau ni?" Soal aku. Zaq dan Astrid memandang antara satu sama lain.

"Boleh tak kalau nama anak kita Emir Fahmi?" Cadang Astrid. Zaq mengangguk laju. Apa sahaja cadangan Astrid, Zaq pasti setuju. Tak de bantahan langsung.

"Emir Fahmi, sedap nama tu." Sampuk aku pula.

"Fahmi nanti dah besar jangan jadi macam ayah Fahmi tau. Tadi dia jerit kat luar. Buat malu Uncle je." Ujar aku sambil mencuit hidung kecil Fahmi.

"Iye ke?" Soal Astrid. Dia memandang Zaq. Manakala wajah Zaq sudah memerah menahan malu.

Zaq berpeluk tubuh. Aku dan Astrid sama-sama mentertawakan Zaq. Sejak kelahiran ahli baru dalam hidup Zaq dan Astrid, aku nampak mereka makin bahagia.



Done😀😀 Seterusnya akan bersambung....


Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now