Sejurus sampai di hospital, aku dan umi mendekati Aunty Husna dan Uncle Fikri yang sedang duduk di ruang menunggu.
"Assalamualaikum kak Husna." Aunty Husna terus memeluk erat tubuh umi. Tangisannya tidak berhenti dari tadi. Uncle Fikri pula hanya menunduk mengadap lantai. Satu suara pun tidak keluar dari mulutnya.
Umi membalas pelukan tersebut dan mengusap lembut belakang Aunty Husna. Umi memintanya untuk bersabar. Aku hanya berdiri diam menahan sebak melihat Aunty Husna.
"Faqih mana?" Soal Umi. Wajah Aunty Husna yang sembab itu dipandang oleh umi. Bahu umi terasa hangat kerana air mata Aunty Husna yang jatuh.
"Faqih ada kat dalam." Pelukan umi dilepaskan oleh Aunty Husna. Kami semua masuk ke dalam bilik rawatan Faqih kecuali Uncle Fikri. Katanya, dia tak sanggup melihat keadaan anak tunggalnya sebegitu dan mahu duduk di luar sahaja.
"Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?" Ujar umi.
Setelah melihat keadaan Faqih, dia masih lagi tidak sedarkan diri. Luka di tubuh badannya juga agak parah.
"Tadi polis ada datang jumpa akak. Polis cakap Faqih kena belasah. Mereka pun masih lagi tak jumpa siapa pelakunya." Tangan Faqih digenggam erat oleh Aunty Husna. Pastinya seorang ibu berasa sedih jika melihat keadaan anaknya yang sebegitu.
Aku menarik nafas sedalamnya. Wajah Faqih penuh dengan kesan lebam. Bukan muka sahaja, badannya juga mempunyai banyak kesan yang sama.
"Habistu, Faqih macam mana sekarang?" Soal umi lagi.
"Buat masa ni, Faqih kena banyak berehat." Aunty Husna mengeluh. Wajah anaknya itu dipandang sayu.
Setahu aku Faqih ni baik la jugak. Tak mungkinlah dia ada musuh. Kalau adapun siapa dia? Kenapa dia buat semua ni?
Aunty Husna mengeluh buat sekian kalinya. Tangan aku ditarik oleh Aunty Husna dan sekarang aku berdiri betul-betul di sebelahnya. Lamunan aku terhenti dengan tindakan Aunty Husna. Umi pula dah keluar. Dalam bilik tu hanya ada aku, Aunty Husna dan Faqih sahaja.
"Alyah, ada masalah ke dengan Faqih?" Pipi aku dipegang lembut. Tangan Aunty Husna terasa sejuk di pipi kiri aku.
Laju sahaja aku menggelengkan kepala bagi menutupi perkara sebenar. Ya, sememangnya aku mempunyai masalah dengan Faqih. Tapi aku tak mahu kalau orang tua kami turut terlibat dalam hal ni. Lebih elok jika kami selesaikannya sendiri.
"Kalau macam tu Alhamdulillah." Aunty Husna menarik nafas lega. Dadanya diurut perlahan.
"Oh ye..." Aunty Husna menyelongkar beg tangannya seperti mencari sesuatu. Aku hanya memerhati tingkah laku wanita itu.
"Urm...ni polis bagi pada Aunty. Diorang cakap cincin ni jatuh dari poket baju Faqih." Ujar Aunty Husna sambil menunjukkan sebentuk cincin kepada aku.
Wajah aku bertukar pucat. Cincin yang sekarang ni berada di tangan Aunty Husna itu adalah cincin permata yang Faqih beri pada aku. Cincin yang semalam aku baling pada dia.
"Tak pa Aunty, Alyah simpan cincin ni." Aku mengambil cincin tersebut dari tangan Aunty Husna.
"Aunty keluar dulu ye." Aunty Husna tersenyum nipis dihadapan aku. Wajah Faqih dipandang sekilas sebelum Aunty Husna berlalu pergi.
Aku mengangguk perlahan. Aku tahu yang Aunty Husna dan Auncle Fikri banyak memikirkan tentang Faqih. Mereka pula segera balik dari luar negara selepas dapat berita tentang Faqih. Semua kerjanya ditangguhkan semata-mata mahu menjaga Faqih. Sungguh besar pengorbanan Uncle Fikri dan Aunty Husna.
Cincin permata itu aku genggam seerat mungkin. Aku mengambil tempat disisi Faqih. Wajahnya yang penuh dengan kesan luka dan lebam itu ditenung.
Peluh yang sudah membasahi dahi aku lap menggunakan tisu. Muka aku mulai berubah merah.
"Faqih..... aku rindu kau."
Kata-kata itu hanya boleh diungkapkan didalam hati. Tidak boleh diungkapkan dengan mulut. Aku malu nak berhadapan dengan Faqih. Cincin yang sudah aku baling pada dia, aku sarungkan semula pada jari manisku.
"Faqih, kau tengok ni. Aku pakai balik cincin kau. Bangun lah weyh. Nak buat prank kat aku pun jangan lah sampai macam ni sekali. Tak perlu kot kau nak pura-pura pengsan sebab kena belasah. Aku tahu kau tengah berlakon sekarang ni." Tangan kanan aku diangkat bagi membuktikan pada Faqih yang aku pakai semula cincin dia.
Tubuh Faqih yang terbaring kaku, aku goncang sedikit untuk membangunkan dia. Tapi tiada respon. Matanya sedikit pun tidak dibuka.
Mata aku sudah banjir dengar air mata. Aku cuba untuk menahan tetapi ia terus mengalir laju.
"Weyh bangun lah. Kau dah menang. Tengok, kau dah buat aku menangis. Stop la kau punya lakonan ni. Please Faqih..." Suara aku semakin serak. Nafas aku pun tercungap-cungap.
Tombol pintu dikuak perlahan. Pantas aku menyeka sisa air mata yang membasahi pipi. Wajah umi kelihatan di muka pintu.
"Alyah sayang....jom balik. Dah lewat ni." Panggil umi.
"Umi pergi la dulu. Nanti Alyah sampai." Lantas aku bangun dari tempat duduk.
"Aku balik dulu, tau. Nanti aku datang sini lagi." Wajah Faqih dipandang sekilas sebelum aku berlalu keluar.
Keluar sahaja dari bilik rawatan Faqih, aku meminta diri untuk pulang dari Aunty Husna dan Uncle Fikri. Pasti umi dah lama tunggu aku.
"Hati-hati ye." Ujar Aunty Husna.
Aku sekadar mengangguk tanda faham. Senyuman manis aku hadiahkan pada Aunty Husna dan Uncle Fikri supaya mereka melupakan sedikit rasa sedih. Menjadi lebih tabah. Setabah umi semasa menunggu aku sedar dari koma.
"Aunty dengan Uncle kena kuat tau. Nanti Alyah dengan umi datang melawat Faqih lagi." Wajah sembab itu aku tatap sayu. Tangan Aunty Husna yang pucat dan sejuk itu aku genggam. Rasa hangat sikit tangan wanita itu.
"Terima kasih ye, Alyah." Sambungnya lagi.
Pantas aku berjalan meninggalkan Aunty Husna dan Uncle Fikri. Perasaan aku rasa tak sedap. Seolah-olah ada yang memerhati tingkah laku kami.
"Tak ada pa pelah." Aku menggeleng laju dan tidak mengendahkannya. Mungkin perasaan aku je kot. Aku kena jumpa umi cepat. Nanti risau pula umi.
#phmp
YOU ARE READING
Pemilik Hati Miss Panda ✔
Подростковая литератураI'm the one who loves you❤️ (2016) Highest rank : 1 in teen fiction.