⛄ PHMP 21 ⛄

4.1K 197 0
                                    

Zaq memerhati adik perempuannya dari jauh. Dia mengeluh perlahan. Melihat adiknya Asya bersama Alyah membuat dia berasa bengang. Tapi tak boleh nak buat apa-apa. Setiap kali, dia larang Asya bermain bersama Alyah, Asya akan tetap berdegil.

Jiwanya terasa kosong. Hari minggunya hanya dipenuhi dengan aktiviti termenung dari pagi hingga petang. Mahu aja dia ajak Faqih bersembang. Tapi Faqih asyik berkepit dengan tunang dia tu. Zaq memutarkan bola matanya. Rasa menyampah pula melihat pasangan tunang itu. Menyampah ke jeles sebenarnya?

Tetiba baru dia ingat yang dia ada menyimpan nombor Astrid di phonenya. Sebagai langkah awal perkenalan, Zaq memulakan chat pertamanya bersama Astrid melalui aplikasi Whatsapp.

Melonjak gembira Zaq dibuatnya. Ketika itu Astrid di dalam talian. Dengan tak malunya, Zaq langsung menaip mesej untuk dihantar pada Astrid.

Zaq: Hi.😊😊 Tengah buat apa tu?

Astrid : Hi✌✌. Tengah tengok tv. Bosan sikit. Kenapa? Macam mana awak dapat nombor saya ni? Stalk eh?

Zaq : Mana ada stalk. Siapa suruh tinggal phone atas meja. Nasib baik saya yang save nombor awak. Kalau bangla yang bawa basikal tu yang save nombor awak macam mana?

Astrid : Saya tak perasan yang phone saya tertinggal. Ni semua salah awak.

Zaq : Kenapa pula salah saya? Hurm😢😢 saya tahu lah orang tu tengah blushing time tu. Sampai lupa nak bawa phone sekali.😂😂

Astrid : Bila masa saya blushing. Memandai je awak ni.

Zaq : Macam lah saya tak nampak.

Astrid : Suka hati awak lah.

Zaq : Eleh merajuk ke?😦

Zaq : Okay fine, orang tu tak nak reply mesej kita. Btw, good night.


Zaq tergelak sendiri membaca mesej yang dihantar oleh Astrid. Ya, dia memang nampak pipi Astrid yang bertukar merah. Tetapi didiamkan sahaja.

"Oi!!! Apahal sengeh-sengeh ni?" Sampuk Alyah sambil memukul lengan kiri Zaq.

"Tak boleh nak sopan sikit ke? Adik aku mana?" Terus mati senyuman Zaq. Dia menyembunyikan phonenya di dalam poket baju.

"Adik kau dah tidur. Apasal kau sengeh-sengeh tadi? Bak sini aku tengok." Tangan Alyah ligat menyeluk poket baju Zaq.

"Apa ni? Kau nak raba aku ke?" Zaq menyilangkan tangannya di dada sambil mempamerkan wajah ketakutan. Sengaja buat Alyah rasa cuak.

"Buat apa aku nak raba kau. Muka bukannya handsome mana pun." Alyah menarik muncung.

"Dah la. Blah lah kau. Tak habis-habis sibuk hal orang." Zaq menolak tubuh kecil Alyah pergi dari situ.

"Macam lah aku tak da kaki. Aku boleh pergi sendiri kot. Tak payahlah nak tolak-tolak bagai."

"Ha baguslah. Blah cepat." Zaq menayangkan senyum puas. Tiada lagi yang akan mengganggunya selepas ni.

"Aku bagitahu Faqih." Ugut Alyah. Dia menjeling tajam ke arah Zaq lalu beredar dari situ.

"Macamlah Faqih tu ada masa nak layan ko punya ngada-ngada tu." Gumam Zaq. Bibirnya tak henti-henti memarahi Alyah.

"Hah! Kau buat apa kat tunang aku tadi?" Sergah Faqih sambil menepuk bahu Zaq.

"Si Alyah tu mengadu ke? Ceh!! Kuat mengadu minah tu. Aku luku kepala dia baru tahu."

"Berani kau luku kepala dia. Aku luku kepala kau dulu." Wajah Zaq memerah. Geram sungguh dia dengan Alyah. Kuat mengadu, gedik semua ada kat dia.

Zaq sekadar mendiamkan diri. Jika dia terus mengutuk Alyah, pasti Faqih akan membela gadis itu.

"Dari tadi aku nampak kau senyum. Senyumkan apa?" Faqih mengerdipkan matanya. Kononnya mahu meminta simpati Zaq.

"Korang ni memang jodoh kan. Dua-dua suka menyibuk hal orang."

"Hek eleh.... Kau kan cousin aku. Share lah sikit kat aku. Nak tahu jugak."

"Hish!! Kau ni.. Ye lah aku cerita. Minggu lepas, waktu aku nak pergi pekena asam pedas aku ada jumpa sorang perempuan ni." Belum habis Zaq cakap, Faqih dah bersorak.

"Huyooo... Cousin aku dah ada gf lah sekarang. Tahniah...tahniah." Tangannya menunjukkan tanda thumbs up kepada Zaq.

"Boleh tak kalau kau dengar dulu aku cakap sampai habis." Wajah Faqih dipandang serius. Marah kalau orang mengganggu ceritanya.

"Ha cerita lah cepat." Faqih mencebik. Dia kembali fokus mendengar cerita Zaq.

"Aku nampak ada lelaki kacau dia. So aku tolonglah dia." Zaq bercerita sambil tangan kanannya di masukkan ke dalam poket seluar. Begitu bergaya sekali.

"Kenapa lelaki tu kacau dia?" Sekali lagi Faqih mencelah. Mahu saja Zaq ketuk kepala Faqih yang sudah jadi blur tu.

"Dengarlah aku cerita ni."

"Mana tadi? Tengok aku dah lupa sampai mana aku cerita tadi. Lain kali diam aja kalau aku tengah cerita." Bebel Zaq. Faqih menutup kedua-dua belah telinganya menggunakan tapak tangan. Rasa macam nak bernanah je dengar Zaq membebel.

"Diamlah pak cik. Cerita kau tadi sampai mee goreng." Jawab Faqih sambil tangannya menggosok-gosok telingannya

"Ha okay, aku order mee goreng. Lepastu....eh? Bila masa aku cerita pasal mee goreng. Kurang ajarlah kau Faqih."

Faqih sudah ketawa terbahak-bahak sampai nak terkeluar anak tekak. Zaq yang kononnya serius ni pun senang kena tipu.

"Kau nak dengar ke tak ni?" Rambutnya Faqih diserabaikan.

Faqih mengangguk laju. Dia menyeka air mata yang keluar tadi akibat mentertawakan Zaq sebentar tadi.

"Masalahnya sekarang ni. Perempuan ni dia ada hutang lelaki tadi RM10000. Aku pun pening kepala macam mana nak bayarkan hutang dia. Hari tu aku dah janji nak bayarkan. Sekarang ni aku ada RM6000 je." Keluhan berat dilepaskan. Otaknya bercelaru memikirkan tentang hal itu.

"Tu lah. Siapa suruh pandai berjanji. Tak pa. Aku tolong kau dapatkan lagi RM4k tu. Jangan risau la ye." Belakang badan Zaq diusap perlahan oleh Faqih. Dia cuba menenangkan Zaq yang sedang stres.

"Mana nak dapat duit tu?"

"Kau pinjam duit aku dulu. Bila kau dah ada duit kau bayarlah. Takkanlah aku nak biar je sepupu aku ni susah." Melihat senyuman yang dipamerkan Faqih, serba sedikit melegakan hati Zaq.

"Terima kasih Faqih." Zaq memeluk erat tubuh Faqih. Wajah Faqih sudah berubah pucat.

"Weyh janganlah peluk aku kat sini. Nanti diorang ingat aku ni gay." Zaq meleraikan pelukan tadi. Faqih tertunduk malu apabila mendapati banyak mata tertumpu pada mereka.

Akhirnya, keluar juga tawa Zaq. Hatinya rasa terhibur dengan sifat dan perangai Faqih.

#pemilikhatimisspanda

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now