⛄ PHMP 15 ⛄

4.6K 217 0
                                    

Aku duduk di birai katil hospital. Faqih yang duduk berhadapan aku dari tadi pandang muka aku semacam. Macam nak makan orang pun ada ni. Seram pulak aku. Sebab tak sanggup nak tengok muka dia, aku mengambil keputusan untuk menundukkan muka.

"Pandanglah aku." Ujar Faqih untuk menghilangkan rasa janggal.

Jari aku bermain-main di selimut Faqih. Aku mengeluh perlahan sebelum mengangkat muka memandang Faqih.

"Sayang jugak kau kat aku kan?" Senyuman nakal terbit di bibirnya. Jelas kelihatan yang dia sengaja nak usik aku.

"Mana ada."

"Ada."

"Tak da lah."

"Ada."

"Suka hati kau lah Faqih." Aku berpeluk tubuh. Malas nak gaduh dengan dia. Faqih mesti nak menang aje.

"Cakap sikit nak marah. Dah lah susah nak pujuk kau." Kali ni Faqih pula yang merajuk. Nyampah pulak aku dengan lelaki ngada-ngada ni.

"Kata sayang aku. Nak kahwin dengan aku lah. Apa lah. Tapi bila aku merajuk dah tak boleh nak pujuk." Aku mengajuk kata-kata Faqih dahulu.

"Shuuuuuu....." Tiba-tiba si Faqih ni petik jari. Suruh aku diam.

"Apahal?!" Aku menjeling Faqih sebelum mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

"Jom..." Sambungnya lagi.

"Pergi mana?"

"Kahwin." Jawab Faqih selamba. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa riak pun.

"Mengada lah kau ni." Handbag aku yang diletak kemas di sebelah aku dibaling ke arah Faqih. Siapa suruh mengarut.

"Aku tak main-main lah. Jom lah kahwin." Handbag yang aku baling pada dia tadi, disambut dengan penuh bergaya. Kononnya nak tunjuk hebat depan aku.

"Tak kelakar la!!!!" Macam bergegar ja bilik tu masa aku menjerit tadi. Nasib baik ada aku dengan Faqih je kat situ. Kalau ada umi, mesti kena bebel 3 hari 2 malam ni. Confirm!!!

Spontan je tangan Faqih jentik dahi aku.

"Hah! Kan dah kena dengan aku." Berdekah-dekah Faqih ketawakan aku.

"Sakitlah." Aku mengusap-usap dahi yang sudah memerah dek kerana jentikan kurang ajar dari Faqih. Tengah sakit pun tangan si Faqih ni boleh lagi jentik dahi aku.

"Hishhh...." Omel aku sendirian.

Gelakan jahat dari Faqih tadi, tiba-tiba senyap. Lantas pergerakan aku terhenti. Kini, wajahnya agak hampir dari muka aku. Aku terkaku sambil tangan kanan aku masih lagi di dahi.

Lengan aku yang berlapik dengan kain baju itu ditarik oleh Faqih. Sekarang dia boleh melihat wajah aku dengan lebih dekat.

Faqih merenung tajam anak mata aku. Kerana malu yang teramat, muka aku pun dah bertukar merah padam. Mata juga, aku pejamkan. Tak boleh nak tenung dia lama-lama. Takut jantung aku terkeluar pulak nanti.

"Apasal mata kau jadi panda ni? Kau tak tidur malam lagi ke?" Perlahan-lahan aku membuka kedua-dua mata aku. Oh mak kau!! Dekatnya muka dia dengan aku.

Aku hanya diam tak berkutik.

"Mesti kau tak tidur malam tengok kpop kan? Kau ni, dah berapa kali aku cakap tidur awal. Degil betul lah kau ni." Aku menarik nafas lega. Faqih sudah menjauhkan wajahnya dari aku.

Okay, dah start dia punya bebel kat aku. Nasib baik sayang. Sanggup jugak lah aku tadah telinga dengar dia punya bebel.

"Dah lama aku tak tengok kpop. Mata aku sembab sebab hari-hari aku nangis pasal kau. Kau tahu tak?" Ujar aku dengan suara yang cukup perlahan. Aku tak tahu macam mana atau ilmu apa yang dia pakai, tapi Faqih masih lagi boleh dengar apa yang aku cakap tadi. Telinga dia peka betul.

"Apa kau cakap? Ulang lagi sekali." Faqih merapatkan telinganya dekat dengan aku.

"Mana ada aku cakap pa pe." Aku menggelengkan kepala bagi menafikan apa yang aku cakap tadi.

"Kau nangis sebab aku eh?"

"Siapa yang nangis sebab kau. Lebih baik mata aku ni sembab sebab tak tidur malam tengok BTS."

"Sekurang-kurangnya aku lagi handsome dari mamat korea tu." Matanya dikenyitkan ke arah aku.

"Malas lah aku nak layan kau ni." Aku terus bangun dari duduk dan berlalu keluar dari bilik rawatan Faqih. Dari luar aku dengar dia gelakkan aku.

"Ehhh...Aunty Husna." Lepas je aku keluar dari bilik tu, Aunty Husna sampai.

"Alyah nak balik dah ke?" Soal Aunty Husna.

"Ha ah. Lagipun umi sorang-sorang kat rumah." Tipu aku. Sebenarnya nak lari dari Faqih.

"Bukan ke umi ada kat butik sekarang. Alyah nak lari ke apa ni?" Aunty Husna ni ada kuasa baca fikiran orang ke? Yang macam dalam komik tu. Tahu aje yang aku nak lari.

"Tak adalah Aunty. Alyah memang nak balik." Tolonglah Aunty Husna. Lepaskan aku.

"Hurm...tak apelah. Nanti sampai rumah kirim salam dekat umi ye." Pandai juga Aunty Husna ni perli aku. Aku sekadar tersenyum nipis.

Aku menghantar Aunty Husna masuk ke dalam bilik Faqih dengan ekor mata aku.

Sekali lagi aku menghembuskan nafas lega. Bersyukur giler dapat lepas dari soal siasat Aunty Husna. Kalau tak, kering idea aku nak pikir jawapan setiap soalan Aunty Husna tu nanti.

Kerusi yang disediakan di ruang menunggu, aku ambil untuk melabuhkan punggung seketika.

"Mama, bulan depan kita merisik Alyah lagi sekali tau. Kang nanti dia kena kebas dengan mamat korea tu!!" Jerit Faqih dari dalam. Sengaja nak bagi aku dengar perbualan dia dengan Aunty Husna.

"Isyyy..." Aku mencebik. Mulut aku dah jadi macam mulut itik dah. Saja je Faqih ni kan.

Sebelum Faqih ni merepek lagi, baik aku chow....Phewwww....laju je aku lari dari situ. Selaju angin? Tak delah sampai macam tu

"Betul ke apa yang Faqih cakap tadi?" Aunty Husna dah teruja sangat dengan apa yang Faqih cakap tadi. Dia sangat berharap agar Faqih menemukan seseorang yang boleh menjaga anak terunanya itu dengan baik. Seperti mana dia dan suaminya menjaga Faqih.

"Betul lah mama. Faqih nak kahwin dengan Alyah. Please ye mama." Wajah Aunty Husna dipandangnya.

"Alhamdulillah...." Aunty Husna mengangguk tanda setuju dengan permintaan Faqih.

"Thank you mama. You're the best mom in the world. I love you." Satu kucupan singgah di dahi Aunty Husna.

"Love you too..." Balas Aunty Husna lagi.

Sesungguhnya, Aunty Husna benar-benar mahu Alyah menjadi menantunya. Sikap Alyah yang baik dan berdikari itu sudah cukup untuk dia memberikan tanggungjawab menjaga Faqih kepada Alyah.

#PHMP
Maybe chapter dah nak habis.😧😧

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now