⛄ PHMP 18 ⛄

4.3K 195 0
                                    

"Ehem."

Serentak aku dan Asya memandang ke arah pemilik suara yang berdehem tadi. Sibuk je kacau aku dengan Asya main.

"Zaq?!" Membulat besar mata aku. Baru je lepas sebut nama dia, tetiba orangnya dah muncul.

"Wah, kau...sesedap rasa je hasut adik aku kan? Meh Asya datang sini." Zaq menarik Asya bangun dari riba aku. Tapi si kecil itu menolak.

"Tak nak. Bagilah Asya duduk dengan kakak Lya. Jahatlah abang Zaq ni." Asya mencebik. Mulutnya dimuncungkan persis itik.

"Biarlah dia duduk dengan aku. Bukannya aku nak culik pun adik kau ni." Balas aku.

Muka Zaq berubah merah. Nafasnya turun naik. Macam tak puas hati dengan aku je. Kau Zaq, dari dulu sampai sekarang memang tak berubah. Asyik nak menang je.

"Ah, dia tak boleh duduk lama-lama dengan kau. Nanti kau ajar dia yang bukan-bukan." Tangan Asya lagi sekali ditarik Zaq. Dia tetap berkeras tidak mahu adiknya bersama dengan aku.

"Kau yang ajar dia bukan-bukan. Budak ni baru 5 tahun, kau dah cakap pasal kahwin kat dia. Tu apahal pulak? Kan Asya?"

Asya mengangguk tanda setuju.

"Dia adik aku, suka hati aku lah. Sibuk pulak kau." Sambung Zaq lagi. Huhuh, dia ni peguam ke? Ada je benda yang dia nak jawab.

"Nah ambik lah adik kau ni. Esok aku nak tunang. Hilang mood aku kang gaduh dengan kau." Asya disuruh oleh aku untuk bangun lalu dia pun bergerak ke arah Zaq.

"Aku tak habis lagi dengan kau eh." Zaq membawa adiknya pergi dari situ.

"Suka hati kau lah Zaq." Aku mempamerkan riak wajah malas. Zaq pula sempat menjeling. Mata dia macam nak kena korek dengan aku je.

Perangai kau Zaq, memang tak berubah. Tu yang buat aku rindu nak main dengan kau dan Faqih macam kecik-kecik dulu. Walaupun selalu gaduh, korang tetap kawan dan sepupu yang baik.

Flashback

"Bagilah gula-gula tu kat aku!" Bentak Zaq. Tangannya cuba untuk merampas gula-gula yang arwah abi bagi pada aku.

"Mana boleh, ni ayah kita yang bagi. Awak nak belilah sendiri." Sedaya upaya aku cuba untuk merampas gula-gula itu semula dari tangan Si Zaq, tapi tak dapat sebab Zaq jauh lebih tinggi dari aku.

"Masalahnya sekarang, aku nak makan gula-gula yang ada kat tangan kau tu." Zaq menunjuk-nunjuk gula-gula yang ada pada aku.

"Mana boleh. Suruhnya ayah awak belikan untuk awak."

"Kau ni kan!!"

"Ahh..Abang Zaq, sakitlah." Rambut aku ditarik oleh Zaq. Waktu itu Zaq nakal sangat. Selipar aku pun dia pernah curi, lepastu campak dalam parit. Sampai aku menangis.

"Padan muka. Wekkk!!" Akhirnya aku menangis. Zaq meninggalkan aku yang sendirian. Sempat juga dia menjelirkan lidah. Jahatkan Zaq ni.

"Kau okay?" Soal Faqih. Kepala aku diusap lembut. Faqih memimpin aku masuk ke dalam rumah.

"Siapa buat?" Soalnya lagi.

"Abang Zaq." Jawab aku tersedu sedan.

Petang tu, Zaq kena sound dengan Faqih. Siapa suruh dia buat aku sampai menangis. Walaupun Zaq nakal, dia selalu la jugak, main sesama dengan aku. Kalau dia kacau aku, Faqih selalu ada sebelah aku.

Sebab tu lah, time Faqih bagitahu aku yang dia kena pindah New York, aku nangis. Aku takut Zaq buli aku. Tapi, dalam masa sama, Zaq dengan keluarga dia pindah ke Johor.

End Flashback

******

"Akak Lya, bangun!!." Asya naik ke atas katil aku. Tubuh aku digoncang perlahan olehnya. Tak puas lagi tidur sebab semalam tengok kartun sampai 1 pagi. Seronok kan ada budak ramai-ramai kat rumah.

"Asya janganlah kacau akak. Akak Lya ngantuk lah." Selimut ditarik hingga paras kepala. Dah lah sejuk ni, sedap jugak kalau sambung tidur.

"Akak kan nak tunang. Bangunlah!!!" Jerit Asya pada telinga aku.

"Hah!! Tunang?" Terus celik mata selepas Asya sebut perkataan 'tunang'.

"Asya keluar dulu. Akak nak siap." Dahi Asya dikucup lembut. Wangi budak ni. Awal dia mandi. Aku dengan tak mandi lagi terus cium Asya ni.

Asya mengangguk faham lalu segera keluar dari bilik aku.

Jam di dinding dipandang sekilas.

"11:30?" Lantas aku bangun dari katil dan bergerak ke bilik mandi.

Selesai mandi, baju tunang diambil dari dalam almari. Disarung kemas pada tubuh kecil aku. Tudung juga sudah siap dipakai. Muka ditempek sedikit dengan bedak. Langsung tiada sebarang calitan make up pun pada wajah aku. Rimas pakai make up.

Pintu dikuak. Wajah umi muncul di muka pintu. Aku mengalihkan pandangan pada umi.

"Laa, kenapa tak siap lagi."

"Dah siap lah ni." Aku memandang diri sendiri berkali-kali. Cuba mencari apa yang tak siap. Siap je semua. Apa yang kurangnya.

"Ni muka tak make up lagi." Umi menggelengkan kepala melihat perangai blur aku pepagi ni.

"Tak payah make up pun tak pe kan umi? Leceh lah nak make up bagai."

"Jangan nak mengada. Sini umi make up kan." Umi mengarahkan aku duduk di atas kerusi solek.

Aku kuatkan hati untuk membiarkan umi terus make up kan aku. Walaupun hati tak rela, nak buat macam mana. Nanti kena bebel dengan umi.😭😭

"Kan dah cantik." Umi tersenyum puas. Bangga dengan hasil solekan sendiri.

Pantulan dari cermin jelas menampakkan perubahan wajah aku yang sangat ketara. Lain sangat dari tadi.

"Umi apa ni? Merahnya lipstick." Lipstick di bibir aku lap menggunakan belakang tangan. Macam mak cik dah pakai lipstick merah ni.

"Bertuah punya anak. Yang Alyah pergi lap lipstick tu buat apa? Tangan tu dah kotor dah. Jangan degil boleh tak." Dari umi sambung bebel lagi panjang, lebih baik aku pergi basuh kesan lipstick ni.

Redha. Ayat tu je aku boleh cakap sekarang. Redha biarkan umi oles gincu merah tadi pada bibir aku. Mak cik pun mak cik lah. Aku hanya perlu bertahan dengan lipstick ni sehari je. Ya, hari ni je.

"Okay, siap. Jom turun. Diorang semua dah sampai." Aku hanya mampu memuncungkan mulut saat itu.

"Alyah senyum sayang. Tak naklah mulut muncung macam tu." Lengan aku dicubit umi.

"Auch, sakitlah umi." Aku menggosok lengan aku yang dicubit tadi.

"Nak senyum ke tak nak?"

"Tak nak."

"Buat lagi mulut itik tu, umi ambil penyepit kat dapur."

"Nak buat apa dengan penyepit?"

"Nak sepit mulut orang yang tak reti nak senyum ni."

Cuak aku dengan ayat umi. Senyuman paling manis aku pamerkan waktu itu. Selalunya, apa yang umi cakap, umi pasti akan buat.


#pemilikhatimisspanda

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now