Kalau perpisahan cara yang paling mudah mungkin itu jalan yang akan dipilinya. Tetapi ia amat sukar kalau melibatkan hati dan perasaan. Demi cintanya terpaksalah Mawar menahannya.
Kedengaran enjin kereta dimatikan.
'Mesti Syafiq dah balik.'
Rose bangun dari tikar sejadah dan melipat telekungnya. Turun kebawah untuk menyambut kepulangan suami tercinta."Assalamualaikum." Syafiq memberi salam.
"Waalaikumsalam." Rose menghulurkan tangannya berserta senyuman manis. Tapi hampa langsung tidak disambut.
"Mawar ada masak. Jom makan." Mawar masih mengekalkan mood bahagianya.
"Apa yang kau pandai masak? Aku dah makan dah tadi." Rose hampa tapi melihatkan bungkusan yang dibawa oleh Syafiq terus wajahnya ceria kembali.
"Apa tu?" Rose menunjuk sebungkus plastik mangga agaknya.
"Nah. Jangan kata aku tak belikan pulak." Walaupun dingin sahaja suara Syafiq tapi cukup membahagiakan.
"Thank you abang." Akibat terlalu teruja. Terus sahaja bibir Syafiq dicium sekilas.
Syafiq terpana dengan tindakan spontan Mawar. Memang dia sangat rindukan belaian manja Rose. Sangat merindukannya.Rose masih cuba mengekalkan kegembiraannya semetara menahan skit yang mencucuk dikepalanya. Tak nak Syafiq tahu kondisi badannya yang sebenar.
"Kalau awak tak nak makan, awak naik lah dulu mandi. Saya nak makan ni. " Apabila sakitnya mencengkam dia menggigit bibir bawahnya kuat.
'Kau kena kuat Rose jangan jatuh sekarang.'
Rose menolak badan Syafiq naik keatas.
Sedaya mampu nya.'Tarik nafas dulu mawar. Kau boleh tahan.'
Apabila sudah yakin Syafiq naik keatas mawar terus terduduk pada anak tangga pertama. Mengalir airmatanya menahan sakit dikepalanya. Esakkannya ditahan supaya tidak didengari Syafiq.
'Syafiq. Saya sakit.'
Tika ini hanya tuhan saja tahu betapa dia takut mengadapi mati.
.
.
.
Disebalik pintu Syafiq memegang dadanya. Berdegup pantas. Adegan Mawar mencium bibirnya sekilas kembali terlayar di mindanya.'Kenapa sayang buat abang macam ni?'
Syafq terus mandi dan menunaikan solat fardhu yang mana pernah selalu ditinggalkannya.
.
.
.
"Assalamualaikum." Mawar memberi salam di hadapan rumah agam Mertuanya.
Matahari yang terik diatas kepalanya tidak membuatkannya mudah putus asa mahu mengambil kembali hati kedua mertuanya. Perkahwinanya bukan salah Syafiq. Semuanya berpunca darinya. Kalaulag malam kejadian itu dia tisak memakai baju yang mendedahkan auratnya mustahil kejadian tangkap basah itu kan berlaku dan mungkin keluarga Syafiq masih menganggap Syafiq itu anak mereka.Mama Syafiq yang keluar untuk membuka pintu pagar agak terkejut dengan kehadiran mengejut Mawar.
"Ha kenapa?" Kasar sekali bicara Mama Syafiq.
"Assalamualaikum. Mama." Mawar masih tersenyum walaupun dibalas dengan jelingan.
"Mama sihat?" Mawar masih ada diliar pagar. Tiada tanda tanda yang mama Syafiq akan membuka pintu.
"Apa kena mengena kau dengan aku?" Mama syafiq masih dengan egonya.
"Ma bagi mawar explain apa yang berlaku malam tu. Please." Mawar merayu.
"Sebab kau aku tak dapat menantu pilihan aku. Sebab kau juga aku hilang anak lelaki aku. Sebab kau jugak darah tinggi aku naik."
"Kalau mawar boleh tahu siapa perempuan bertuah tu ma?" Mawar meminta kepastian.
"Kenapa kau nak tahu pula. Karang kau apa apakan pula dia."
"Tak. Mawar tak buat apa-apa. Tapi kalau dia jadi menantu mama, mama boleh terima mawar?"
"Eh apa kau merepek ni mawar?"
"Kalau perempuan pilihan mama tu kahwin dengan syafiq, mama terima mawar jadi menantu mama tak? Dan maafkan syafiq?" Walaupun ada sedikit kelukaan dihujung bicaranya dia tetap harus mencuba mendapatkan kemaafan untuk syafiq atas kesalahan dirinya sendiri.
"Hish aku tak paham lah dengan pemikiran kau ni."
"Habis kalau tu je caranya supaya mama maafkan syafiq."
"Tak semestinya kalau dia kahwin dengan Liana aku akan maafkan dia."
'Liana? Yes nama perempuan tu.'
"Ma malam tu bukan salah Syafiq ma. Semua salah mawar." Mawar memegang kepalanya. Sakit itu datang kembali. Tangan kanannya kuat memegang pagar. Mengimbangi dirinya dari jatuh.
"Eh mawar kau kenapa?" Mama syafiq yang melihat keadaan mawar agak gusar. Dah lah diabawah cahaya terik.
Mawar tidak menjawab. Bibir bawahnya digigit cuba menahan sakit.
"Meh mari masuk." Barulah mama Syafiq membuka pintu pagar untuknya. Perlahan-lahan dipimpin mawar masuk ke rumahnya. Sekeras-keras hatinya tapi ada lagi sisi lembutnya.
"Duduk dulu mama buatkan air." Mawar hanya tersenyum.
"Ha hello syafiq. Ambil isteri kamu ni kat rumah mama." Garang sahaja nada yang digunakan. Mawar yang mendengarnya turut kecut.
.
.
.
Syafiq yang melihat sekujur tubuh yang sedang enak diulit mimpi tidak jadi mahu mengejutnya. Terus dicempung tubuh kecil itu.Mawar melihat Syafiq yang mengangkatnya. Bahagianya rasa kalau hari-hari syafiq baik macam ni. Senyuman dia aku rindu. Senyuman yang boleh buat tidur malam aku terganggu. Mawar tidak mahu bangun dari mimpi indah ini.
"Terima kasih ma."
"Em sama-sama" mama syafiq masih dingin.
.
.
.
Mawar mencelikkan matanya.'Aik. Kereta syafiq?' Mawar memandang sebelah tempat pemandu.
"Ab..abang.."
"Kau buat apa kat rumah mama?" Tinggi nada yang digunakan mengejutkan mawar. Tidak pernah dia melihat Syafiq marah. Mukanya merah.
"Mawar nak terangkan pasal malam tu dekat mama. Mawar minta maaf dengan mama sekali." Antara dengar dan tidk suara yang dilontarkan.
Syafiq memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Keluar dari kereta sekarang!" Mawar terkejut dengan arahan Syafiq.
"Ta..Tapi dah malam ni. Mawar takut."
"Habis malam tu kau tak takut pulak keluar malam malam!" Mawar terkejut. Ni bukan Syafiq yang dikenalinya. Nak tak nak dia terpaksa turutkan sahaja apa yang diminta.
Air mata yang ditahan akhirnya terhambur jua.
"Botak...."menangis teresak-esak mawar mengadu pada botak. Saat ini hatinya seakan hancur luluh, takut melihat sisi Syafiq yang lain.
.
.
.
"Damn it, syafiq apa kau buat ni?" Syafuq menghentak tangannya kuat pada stereng. Keretanya membuat pusingan u.