tidur

1.4K 48 1
                                    

"Kau nak tengok movie apa?" Adam mencari fail movie didalam laptopnya.

"Up to you." Alya memberi kata putus. Kalau dilawan nanti kena marah.

"Cerita hantu lah" Alya memandang Adam.

"Tak nak. Takutlah." Alya menarik baju Adam memohon simpati.

"Apa nak takut, aku kan ada." Alya hanya tertunduk diam.

"Okay dah start. Kau duduk diam-diam eh." Adam memberi warning.

Sepanjang movie ditayangkan Alya hanya menutup matanya. Takut.

"Kau nak tengok apa kalau tutup mata?" Adam menarik tangan Alya dari menutup matanya.

"Adam.!!" Terus sahaja kepalanya disembamkan pada dada bidang Adam.

"Ahahahahaha. Alya. Kenapa penakut sangat." Adam tertawa. Terhibur dengan sikap Alya.

"Hish bencilah dia ni" Tangannya menumbuk dada Adam.

"Auch. Sakitlah sayang." Adam menahan tangan Alya dari menumbuk dadanya.
Mendengar sahaja Adam memanggilnya sayang, automatik badannya dijauhkan dari Adam.

"What's wrong Alya?" Adam pelik dengan tindakan Alya.

"Nothing." Terus matanya ditutup menggunakan telapak tangannya. Fokusnya dikembalikan pada skrin laptop jenama Apple milik Adam.

Alya perasan Adam langsung tidak bergerak, dari pertengahan cerita sehingga ke akhir cerita. Alya menoleh kearah Adam yang baring disebelahnya. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Lena sekali.

'Siot. Dia yang ajak tengok movie. Akhirnya dia yang tido. Hampeh betul.'

Alya memerhati segenap wajah bersih Adam. Bibirnya perlahan mengucup bibir merah delima Adam.
bibirnya menguntumkan senyuman.

Seterusnya Alya ingin mengemas segala peralatan ketempat asalnya. Tetapi sudah terlambat, Adam terlebih dahulu menarik tangannya. Secara tidak langsung badannya berada diatas badan Adam.

"Kata takut, tidurlah sini." Alya cuba melepaskan pautan tangan Adam yang berada pada pinggang Alya. Tetapi tidak berhasil.

"T..tak pee. Aku okay"

"Kau tipu." Adam membawa tubuh ringan Alya berada disampingnya. wajahnya betul-betul hanya beberapa inci sahaja dengan wajah Alya. Walaupun masih menutup mata, Adam tahu bagaiman reaksi Alya. Terkejut yang pasti.

"Dah tidur."

"Tapi aku nak kemas barang tu dulu."

"Boleh kemas pagi nanti." Adam mengetatkan pelukan. Tangannya mendodoikan Alya.

Alya cuba memejamkan matanya tetapi tak boleh. Hatinya seakan pilu. Sensitif sungguh. Alya melupakan segalanya dan tidur didalam pelukan Adam.

Adam yang sudah pasti Alya sudah tidur. Meleraikan pelukan untuk melihat wajah Alya yang lena didadanya. Cantik. Tapi wajah itu seakan letih. Rambut yang terurai dihadapan diselitkan pada belakang telinga. Lantas Adam mengucup kedua mata Alya dan akhirnya pada bibir munggil Alya. Bukan dia tidak perasan Alya menciumnya tadi.

'Maafkan aku, selalu buat kau terseksa. Aku janji aku akan perbetulkan semuanya. Sebab aku rasa aku dah mula sayangkan kau.' Adam memeluk kembali Alya yang tidur culas.
.
.
.
"Adam nah stokin kau." Alya menghulurkan sepasang stokin berwarna kelabu kepada Adam.

"Thankss. Tak kerja ke?" Adam menyoal Alya yang masih setia disisinya.

"Tak. Harini saya nak rehat. Lagipun saya ada hal kat luar. Izinkan saya keluar eh." Adam menyarung kasutnya.

"Baguslah tu. Kau bukannya sihat sangat. Tapi kau nak keluar kemana?" Adam berdiri menghadap Alya. Dan memghulurkan tangannya. Dah lama mereka meninggalkan rutin itu.

Alya menyalami tangan Adam.

"Pergi shopping. Boleh?" Adam merenung tepat pada anakmata Alya.

"Boleh sayanggg." Bibirnya mencium dahi Alya lembut. Sengaja panggilannya dileret-leret.
Alya agak terpana dengan tindakan Adam. Adam meninggalkannya degan senyuman yang lekang dibibirnya.
.
.
.
"Aira, tujuan Adam jumpa Aira ni bukannya nak merayu or what. Adam dah redha dah Aira buka jodoh Adam. Lagipun Aira dah tak cintakan Adam lagi kan" Adam cuba mengawal nada suaranya.

"Apa maksud awak ni?" Aira seakan tidak percaya.

"Yelah maksud Adam, Aira dah boleh teruskan hidup Aira dengan aman. Adam takkan kacau Aira lagi." Anak mata Adam tepat merenung anak mata Aira.

"Adam. Awak dah hidup dengan saya lama, takkan awak tak paham lagi isi hati saya. Saya buat macam tu sebab saya masih cintakan awak." Hampir menitis airmata Aira mengenangkan Adam langsung tidak cuba memahaminya.

"I do love you but.."

"Adam.." Alya yang kebetulan ingin makan direstoran yang sama dimana Adam dan Aira berbincang. Alya seakan terpana. Betullah selama ini dialah penghalang kepada perhubungan itu.

Adam menoleh kearah suara yang seakan Alya itu. Sangkaannya benar itu memang Alya.

"Alya.. Bukan tu maksud Adam." Alya berundur kebelakang dan terus meninggalkan restoran itu. Seleranya mati. Tanpa melihat keadan lalu lintas yang sesak Alya terus sahaja melintas tanpa menghiraukan keselamatn dirinya. Fikirannya bercelaru. Adam masih mengekorinya dari belakang.

Tanpa amaran sebuah kereta laju meluncur jalanraya dan terus melanggar tubuh kecil Alya. Dunia Alya kelam. Pandangannya mulai tidak kelihatan. Yang hanya kedengaran suara Adam menjerit namanya.
.
.
.
Alya dikejarkan ke wad kecemasan. Dari tadi Adam tidak putus berdoa. Setelah menelefon kedua orang tuanya dan ibu mertuanya kepalanya disandarkan. Mesti nanti dirinya disoal siasat.

'Alya aku tahu kau kuat.' Adam menangis teresak-esak.

Adam teringat, pagi tadi baru sahaja Alya menyediakan makan minumnya. Mencari stokinnya. Baru pagi tadi rasanya dia merasa kehangatan tubuh Alya yang dipeluknya sewaktu dia tidur.

"Siapa penjaga pesakit.?" Soal seorang doktor yang baru sahaja keluar dari unit kecemasan.

"Saya doktor. Saya suami dia."

"Oh. Syukur Alhamdulillah pesakit dalam keadaan stabil. Tetapi maaf kami tak dapat menyelamatkan anak encik." Terang doktor itu panjang.

"Anak..?"

"Ya. Kandungan terlalu lemah. Baru menjangkau satu bulan."

Airmata Adam menitik. Rupanya Alya mengandung. ANAKNYA.. anak mereka berdua.

"Doktor boleh saya jumpa dengan isteri saya doktor?" Doktor yang merawat Alya tadi mengangguk dan tersenyum.

Hancur hati Adam apabila melihat sahaja tubuh Alya yang diam tidak berkutik. Melihat calar balar yang berada disekitar lengannya. kepalanya yang luka ditampal dengan kain kasa. Jelas kelihatan kesan ubat kuning.

Adam duduk disamping Alya yang masih terbaring lemah. Tangan Alya dielus lembut.

"Alya, abang minta maaf." Bercucuran airmata Adam mengalir.

"Bukan tu yang abang maksudkan. Abang cuma nak cakap abang hanya cintakan Aira waktu dulu. Tu je tak lebih."

"Abang minta maaf sayang."  Tangan Alya dikucup berkali-kali. Alya langsung tidak berkutik. Adam hampa..

SetiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang