Alya cuba membuka matanya tetapi sukar. Dikejam matanya sekali lagi. Tangannya menghalang cahaya matahari dari terus masuk ke kornea matanya.
"Alya?" Berkaca mata Adam yang baru sedar dari tidurnya apabila terasa tangan Alya bergerak.
Alya pandang ke sisinya. Membulat matanya. Badannya masih kaku. Teringat kejadian baru-baru ini membuatkan pemikirannya serabut. Dirinya seakan tidak mahu mengingati segalanya.
"Are you okay sayang? Biar Adam panggil doktor eh."
"Siapa kau?" Alya menyoal kasar. Tangannya yang digenggam erat Adam ditarik kasar.
"Apa ni Alya. I'm your husband. Can't you remember sayang?" Adam seakan tak percaya. 'Alya hilang ingatan ke?'
"Aku tak pernah kahwin dengan lelaki macam kau lah."
"No, you need a doctor now." Adam keluar memanggil doktor. Air matanya bertakung ditubir matanya apabila terkenangkan bahawa Alya sudah tidak mengingati dirinya lagi.
Selepas Adam keluar, Alya memegang dadanya. Sakit. Apabila teringat perhubungan Aira dan Adam.
Adam masuk bersama seorang doktor lelaki yang agak muda.
"Kau keluarlah. Aku tak kenal kau." Alya menunjukkan kearah Adam. Doktor muda tadi memandang Adam dan memintanya keluar sebentar bagi melicinkan tugasnya.
Di luar Adam hanya duduk berteleku. Meraup rambutnya kebelakang. Sudah hampir dua hari Adam berkampung di hospital untuk menjaga Alya.
'Alya dah tak ingat aku ke?' Air matanya gugur lesu dilekuk pipinya.
"Adam, mana Alya nak?" Adam memandang wajah ibu tua dihadapannya. Bersilih ganti dengan along Alya, Airil.
"Alya ada kat dalam. Doktor tengah check dia." Mama Alya turut menunggu dihadapan pintu bilik wad khas bagi Alya.
.
.
.
"Doktor, saya nak minta tolong boleh?""Apa dia puan?" Doktor muda yang bernama Irfan memandang kearah Alya.
"Boleh tak kalau doktor rahsiakan yang saya ni sebenarnya bukan hilang ingatan.?"
"Maksud puan?" Doktor irfan seakan tidak memahami Alya.
"Maksudnya, doktor rahsiakan yang saya ni bukan amnesia.?"
"Tapi puan.." irfan seperti serba salah.
"Saya merayu.."
"Saya kesian dekat suami puan. Sepanjang dia ada kat sini, tak pernah rasanya dia makan."
Alya memandang ketempat lain. cuba memujuk hatinya agar tidak mudah terpedaya.
"Hanya satu je permintaan saya kat doktor. Tolong rahsiakan."
"Haish.. baiklah puan."
"Thanks." Alya tersenyum manis. cuba menutup luka dihatinya.
.
.
.
"Doktor macam mana anak saya?" Mama Alya terus menyergah doktor muda yang baru sahaja keluar dari wad Alya. Irfan tersenyum. Teringat pula dengan permintaan Alya. Dengan rasa bersalah irfan menyatakan Alya amnesia.Adam terus meluru masuk ke dalam wad Alya.
"Kau tak ingat aku ke?" Adam memegang pipi Alya. Kecewa rasanya. Baru sahaja dia ingin meluahkan isi hatinya.
"Tak." Tangan Adam ditepis. Pandangannya dialihkan kearah lain. Tak sanggup melihat wajah Adam.
"Alya tak apa-apa ke?" Datin Kalsom terus meluru kearah anaknya.
"Maa siapa lelaki ni?" Tangannya menunjukkan kearah Adam.
Adam tersentak.
"Itu suami kamu.""Alya tak nak kenal dengan orang macam dia tu ma."
Kakinya mulai berundur. Tiba-tiba sahaja pandanggannya kabur. Adam memgang kepalanya yang tiba-tiba pening. Langkahnya seakan tak betul. Adam jatuh terjelopok.
"Adam!" Alya yang melihat sahaja Adam ingin jatuh terus menjerit nama Adam. Airil yang berda tidak jauh dari Adam terus memaut tubuh Adam.
Datin kalsom memandang Alya pelik. Something fishy here.
"Weyh Adam bangunlah." Airil menampar muka Adam perlahan. Tetapi tiada respon. Alya yang berada dikatil pesakit agak kalut. Tetapi disembunyikan.
"Nurse! Nurse!" Jerit Airil. Datang dua orang nurse.
Airil membantu memapah Adam ke kerusi roda yang disediakan pada hujung bilik Alya.
.
.
."Alya explain please." Mama Alya mula mendesak. Firasatnya menyatakan Alya hanya berbohong.
"Apanya?" Alya buat-buat tak tahu.
"Mama yang besarkan Alya."
"Ma. I just.." Alya berjeda dan pandang ke arah lain.
"I knew it.. now tell me" mama Alya mendesak.
"Alya tak nak ingat kenangan dulu. Terlalu perit untuk Alya ma. Adam he should be happy with other girl ma. Alya tahu dia terpaksa jugak kahwin dengan Alya. Dan Alya tahu dia sebenarnya memang tak cintakan Alya. Alya dah cukup sedih dengan keguguran Alya. Alya lagi sedih bila dia cakap dia cintakan orang lain ma." Bercucuran airmata Alya.
"Take time darl. Everything will be alright." Mama Alya mengusap bahunya lembut.
"Alya dah cukup bagi dia masa ma." Alya mengesat matanya kasar.