aiskrim

1.5K 55 1
                                    

Punggungnya dihenyakkan diatas sofa empuk bersebelahan dengan Adam.

"Eh dah siap kemas ke?" Mata Adam masih tertumpu pada rancangan hagemaru.

'Aik asal diam je eh.' Adam memandang sekilas.

"Ehh sedapnya. Kau amik kat mana?" Tangan Adam sudah memanjang untuk mengambil aiskrim choki-choki ditangan Alya.

"Weyhh tu aku punya lah." Alya cuba menggapai kembali aiskrim choki-choki.

"Weyh sedapnya weyh." Adam mengigit aiskrim yang berada ditangannya.

"eh tengok tangan siapa yang buat lah." Alya berbangga diri. Disebabkan duduk dirumah membuat otaknya begitu tepu dan Alya pun mencuba membuat aiskrim Malaysia. Nak keluar dengan kawannya, semuanya hanya memerlukannya ketika diperlukannya. Kalau tak nak dia dibuang jauh.

"Ehh nak lah." Adam hampir menghabiskan.

"Nahlah. Kedekut. Tangkai jering." Adam mengutuk Alya.

Alya hanya tersenyum.

"Ada banyak lagi lah kat peti ais."

"Ambikkan lah." Adam membuat muka gediknya.

"Ada kaki gerak lah sendiri." Alya menyambung menikmati aiskrim tersebut.

"Pleaseeeee" suaranya dibuat-buat comel.

"Ishh." Alya sedikit membentak. Langkah malasnya dibawa ke peti ais didapur.

"Nah."

Mereka pun menikmati aiskrim malaysia masing-masing.

"Weyh kau tengok citer apa ni?" Alya mulai bosan melihat Adam yang asyik menukar-nukar siaran.

"Entah lah. Aku pun tak tahu nak tengok cerita apa."

"Emmm. Kita tengok movie jom." Adam memandang Alya.

"Movie apa?"

"Tadi aku tengok kat laptop kau banyak movie." Alya mulai membuat suara tak bersalah. Takut kena marah lah tu.

"Kau..kau selongkar?" Adam mulai bangun dari sofa empuknya. Televisyen dimatikan. Remote control dihentak ke meja kopi. Alya tersentak.

"Alah. Selongkar sikit je. Betul. Aku tak tipu." Alya cuba meyakinkan.

"Huh." Adam mendengus. Kalau lihat muka Alya waktu itu,sesiapa sahaja boleh cair.

Anak tangga pertama..

Ke-dua...

Ke-tiga..

"Jomlah. Kata nak tengok movie."

"Yeayy"Alya berlari keanakkan.

"Macam budak-budak." Adam menggelengkan kepalanya.

"Eleh. Awak lagi teruk tengok hagemaru."

"Tak nak lah bukak." Adam mengugut.

"Okay-okay. Awak tu matangg sangat. Dah lah hensem. Baik pula tu. Suami siapa lah kann." Adam tersenyum kemenangan.

"Hahahahaha. Tahu takut. Jom tengok dalam bilik aku." Adam membawa keluar laptopnya dan menuju ke dalam biliknya. Sesampai sahaja didalam bilik. Alya sudah ada diatas katil.

"Nak tengok movie apa?" Adam mula membuka fail movie.

"Tengok kingsman tu Adam." Adam menekan pada cerita

"Uuuu." Alya teruja. Dia tak pernah jemu menonton cerita kingsman. Mana tak jemunya. Hero hensem.

"Weyh. Mana kau dapat ni. Hailah asyik makan je." Adam memanjangkan tangannya kearah popcorn yang berada dalam mangkuk pada tangan Alya.

"Ahahaha. Tadi petang aku keluar gi beli barang basah. Tetiba aku terasa nak makan popcorn aku beli lah. Dah lah diam aku nak tengok cite ni."

Alya menyumbat popcorn kedalam mulut Adam secara spontan. Tindakan drastik Alya mengejutkan Adam. Segala impulse dalam badannya cepat-cepat menghantar Isyarat pada otaknya. Adam menggeleng.

Ketika adegan berlawan Alya begitu teruja. Tangannya tak reti duduk diam. Tumbuk angin.

"Dulu kau tak macam ni pun." Kata-kata Adam membuatkan Alya berhenti dari menumbuk angin.

"Itu dulu." Alya mulai tak de mood.

'Aduh kenapa perlu bangkitkan hal dulu.'

"Dulu kau ni pasif kan. Sekarang dah makin aktif eh." Adam memyambung lagi. Tersengih pula tu. Tak boleh blah.

"Ish kau ni. Aku kan dah cakap tu dulu." Nada suara Alya meninggi. Adam terkejut.

"Eh lek ah." Adam cuba menenagkan Alya yang semacam je mengamuknya.

"Kau boleh lah lek. Cuba kau ada kat tempat aku. Bila kau tinggalkan aku. Yaya dah tak de. Yang ada cuma Alya je. So stop calling me yaya."

Adegan dalam cerita kingsman sudah tidak dapat menarik minat Alya. Laptopnya di biarkan terbuka. Badannya masih membelakangi Adam.

"Kau tahu. Lepas kau tinggalkan aku, papa pula meninggal tau. Sebaik ada mama." Alya masih menahan tangisnya. Adam serb salah.

"kau tak tahu perasaan aku macam manamasa tu. Sakit. Bertahun aku cuba ubat. It seems okay outside. But inside it was broken. Pastu kaumuncul balik. Memang salah akumasuk hotel dengan lelaki tu. Tapi tu cuma kawan aku. Tapi tak tahu pula dia nak perangkap aku. Sebaik aku ada silat. Mama kebetulan ada dekat depan pintu bilik tu. Mama salah faham. Mama percaya bukan aku yang buat. Tapi mama suruh aku kahwin jugak tapi dengan kau. Anak aunty Fara. It was me. Aku yang lalyi semuanya adam. Aku bukan kau." Bercucuran Air mata Alya.

"Al..ya. aku minta maaf." Adam berasa sangat kesal.

Alya meluru keluar dari bilik Adam. Dan mengunci biliknya.

'Ya Allah. Kejamya aku.' Adam meraup rambutnya kebelakang.

'Yaya Adam minta maaf.'

Sangat kesal. Tapi nasi sudah menjadi bubur nak buat cemana kan.


SetiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang