cuti

1.5K 53 2
                                    

"Carikan baju aku weyh. Punggung aku rasa macam nak patah lah pula.tolong." Adam cuba meraih simpati. Alya hanya menurut.

Alya mengambil t-shirt putih dan seluar pendek paras lutut didalam almari Adam.

"Spender mana?" Ada mencari disebalik baju. Manatau terselit.

"Ish spender ambik lah sendiri." Alya mengomel.

"Alah tolong lah. Bukan spender lelaki lain. Laki kau jugak." Alya memberi jelingan maut.

kaki berpatah balik kearah almari Adam dan mengambil seluar dalam kepunyaan Adam.

"Nah."

"Thanks kau boleh keluar sekarang."

"Kalau tak nak?" Alya mendekati Adam.

"Aduhai. Tak payah lah nak goda aku keluar sekarang."

Alya masih mahu menduga Adam. Sengaja badannya dibawa rapat kearah Adam.

"Kitakan suami isteri." Alya mengigit bibir bawahnya. Padahal dalam hatinya mahu gelak sakan melihat muka merah padam Adam. Tak tertahan ketawanya. Lalu Alya menghamburkan ketawanya dan keluar dari kamar Adam.

Adam memegang jantungnya.

'Uih lajunya.'

Melihat sahaja pintu biliknya ditutup rapat Adam terus menyalin pakaiannya.

Ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Alya.

"Alya.. weyh." Adam menegur Alya yang sedang menyediakan makan malam mereka.

"Apa?" Alya sedikit marah. Mood swing.

"Eh tak yah lah marah." Adam menarik kerusinya. Dia menjeling kearah lauk-pauk yang disediakan. Nampak menyelerakan.

"Ni aku nak cakap sikit."

"Apa?" Kerutan didahi Alya bertambah.

"Eee berkerutnya mukaa. Hodoh." Adam mengutuk.

"Ee malas lah nak cakap dengan kau."

"Jom pergi bercuti."

"Haaa" Alya semacam tak percaya.

"Yaa holiday." Adam meyakinkan Alya.

Terus senyuman terukir dibibirnya.

"Jomm. Nak pergi mana? Bila?" Alya tak menyabar.

"Hmm esok kita gerak gi Langkawi."

"Esok?" Alya terus membawa kakinya kebilik.

"Ehh nak pergi mana tu.?"

"Nak kemas barang lah."

"Eksaited noh. Temanlah aku makan kat sini."

"Alah kau ni." Alya berpatah balik kearah meja makan. Dia mencedokkan Adam nasi. Dan melayan karenah Adam semasa menjamu selera.

"Ish kau ni makan kat mulut ke kat dagu?" Alya mengambil butiran nasi yang tergantung di dagu Adam.

"Alah. Sape suruh kau masak tak sedap." Alya menjeling.

'Eleh kalau tak sedap kau tak tambah sampai dua kali tau.'

Adam membasuh tangannya di singki. Sementara Alya pula mengemas meja makan. Yalah takkan nak suruh Adam. Dia tu tahu menyuruh je.

"Ada lada tak kat gigi aku?" Adam menayang giginya yang tersusun cantik.

'Heh. Idea.'

"Tengok.." Alya membulatkan matanya.

"Banyaknya weyh. Kat celah sana. Ehh ni ada kat depan."

"Eleh. Kau ingat aku tertipu?." Adam melihat sendiri giginya di cermin.

Jelingan tajam dihadiahkan kepada Alya yang sedang menahan ketawa.

"Tak nak bawak kau gi holiday.." Adam mengugut.

"Alah mana boleh.kau dah janji."

"Tak de. Aku tak de janji." Alya memuncungkan mulutnya. Merajuk.

Adam mengambil hanger yang kebetulan berada di sebelahnya. Entah cemana boleh ada kat situ.

Adam menyangkutkan hanger tersebut dibibir muncung Alya.

"Ehh boleh sangkut hanger lah."

"Eeee Adamm." Alya mencubit lengan Adam kuat.

"Ahahahaha" Adam ketawa besar. Alya terpana.

First time dia ketawa ikhlas macam ni ngan aku.'

"Dah lah aku nak kemas barang." Alya berpamitan.

"Eh kemaskan barang aku sekali. Kita kat sana seminggu tau." Adam menjerit sedikit memandangkan Alya berada berjauhan dengannya. Butang remote control ditekan.Adam memilih siaran astro ceria. Tengok kartun. Hampeh. Dah tua-tua pun tengok kartun.

SetiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang