liana

1.4K 31 6
                                    

"Mama, liana datang ni."

Mama Syafiq terkedek-kedek membuka pintu.

"Liana. Lama kamu tak datang. Mama rindu." Tubuh lampai Liana dipeluk erat.

"Bukan liana sengaja, mama paham jelah kerja Liana macam mana kan. Mana Syafiq? Dah lama tak nampak dia. Rindu pula."

" errmm. Mama ada benda nak bincang dengan Liana pasal Syafiq." Mama Syafiq mulai gusar. Bagaimana mahu menyatakan Syafiq sudah beristeri.

"Pasal apa ma? Perkahwinan kitorangkan, for sure. Ahahaha" Liana ketawa bangga.

"Masuklah dulu panas ni."
.
.
.
"Sayang.. " Syafiq memeluk erat Mawar dari belakang. Tangannya pantas mengusap perut Mawar tanpa lapik.

"Abang, behave."

"Apa? Abang tak de pikir apa-apa pun. Eeee sayang otak kuning."

"Ish abang ni. Pi lah main jejauh jangan ganggu sayang nak basuh pinggan."

"Bilalah anak kita nak besar ni." Tangan kasar Syafiq masih mengusap perut Mawar.
Mawar tersentak. Terharu.

"Abang dah boleh terima anak Mawar?" Badannya dibawa menghadap muka polos Syafiq.

"Bukan anak mawar sorang. Anak abang jugak. Let bygone be bygone. Sorry for doubting you, for hurting you dan seangkatan dengannya." Mawar mengukir senyuman paling manis untuk suaminya.

"I love you." Mawar menyebamkan mukanya pada dada Syafiq.

"Me too. Jom jumpa ayah dengan ibu." Mawar memandang Syafiq lama.

"Ye jumpa ibu dengan ayah sayang."

"Tapikan ayah dah kecewa dengan Mawar." Suara tahan nangis.

"Tapi abang yakin, ayah mesti rindukan sayang." Syafiq mengusap pipi Mawar yang agak cekung.

"Tapi sebelum tu, sayang kena makan banyak-banyaklah. Muka sayang dah kurus. Tak cantik." Slumber Syafiq mengutuk Mawar.

"Yelah macam mana nak ada selera, orang tulah yang buat saya tak de selera tahu. " Syafiq tahu orang yang dimaksudkan itu dirinya. Tapi hanya dibalas dengan kucupan pada ubun-ubun Mawar.

"Sorry again sayang."

"Hehe. Its okay love. Memang nak jiwang-jiwang kat dapur ke cemana ni?"

"Kata nak basuh pinggan. Abang buatlha drama free kat sini."

"Pinggan dah habis basuh dah bang oi."

"Oh dah eh." Syafiq mengaru belakang kepalanya. Badan Mawar dicempung ke raung tamu.

"Abang apa ni? Sayang boleh jalan lagilah."

"Kita buat drama kat ruang tamu pula lah." Tubuh Mawar diletakkan cantik pada sofa. Awal kandungan memang dia kena berhati-hati. Takkan nak main campak je pulak kan. Ganas sangat tu.
.
.
.
"What?" Liana terjerit kuat.
Mama Syafiq mengurut dada. Terkejut dia melihat sisi Liana yang satu lagi.

"Ops sorry ma. Na terkejut."

"Ttt..tapi bila diorang kahwin ma." Airmata Liana jatuh dengan mudah sekali. Yalah bakal suaminya sudah kahwin mana tak meroyan nenek kebayan ni.

"Tapi ada satu harini, dia datang sini"

"Dia buat apa ma?" Soal Liana teruja ingin tahu.

Mama Syafiq pun menceritakan permintaan Mawar serta tawaran yang diberikan.

"Kalau gitu ma. Mama terima jelah tawaran dia tu. Na tak kisah kalau jadi isteri kedua tapi Na nak pastikan jugak Na jadi satu-satunya isteri Syafiq." Liana ketawa jahat.

SetiaWhere stories live. Discover now